SEPARUH MASA
Dulukan telah diberitahu
Jangan mengganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu
(chorus)
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat sahaja
Janganlah pula kau mengharap
Berdampiran selalu denganku
Jika kau tak terima khabar
Bererti dia ada di sini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu
*(chorus)
Kuakui ada sesuatu antara kita
Tetapi kutahu bukan seperti biasa
Sejak usia meningkat saya memang tidak begitu gemar mendengar lagu. Bahkan ketika memandu saya lebih suka menutup radio dan membiarkan suasana hening. Anak-anak buah saya sudah faham perangai saya. Sesekali mereka mengadu juga, bosan apabila mengikut saya memandu pulang ke kampung! Tetapi apa daya, kepala saya pening kalau mendengar lagu terlalu lama.
Namun satu malam minggu, sambil menemani adik dan kawan-kawannya yang datang ke rumah sebelum mereka semua berangkat menyambung pelajaran di Mesir. Saya bergabung dengan mereka menonton AF6. Saya terdengar lagu seperti lirik yang saya paparkan di atas, dinyanyikan oleh salah seorang perserta.
“Teruk sungguh seni kata lagu ini..”Saya bersungut apabila mendengar lagu tersebut menerpa ke telinga saya. Macam tidak percaya saya mendengarnya. Terpegun bukan kerana terpersona tetapi hati saya seperti disayat. Sedih, marah, kecewa berbaur satu.. Macam mana lagu-lagu yang seperti ini diluluskan oleh badan penapisan.?
“Senikata macam tak bermoral. Macam mempunyai hubungan rambang itu perkara biasa..”
Salah seorang kawan adik-adik saya menyampuk. Kami berpandangan antara satu sama lain.
“AF sepatutnya bagi lagu-lagu yang baik untuk para pelajar didendang. Banyak lagu-lagu ketuhanan, cinta pada keamanan, lagu jiwa seperti yang banyak dinyanyikan oleh M.Nasir, Ramli Sarip, Ungu dan sebagainya. Bukankah AF ditonton oleh semua peringkat usia..” Aku sudah mula membebel. Mungkin hati sudah tersentap. Jadi rasa kesal yang berladung perlu diluahkan.
“Betul tu, betul…”
Anak-anak remaja yang tidak lebih dari usia 21 tahun ini mengiakan kata-kataku. Kami terus berbincang dan meluahkan rasa kesal dengan lagu-lagu seperti lagu Separuh Masa yang dicipta untuk melekakan anak-anak muda yang sepatutnya dibimbing dengan lagu-lagu yang lebih bermoral. Saya tahu seseorang pencipta atau pengubah lagu, mengubah mengikut pasaran. Mengikut selera pendengar. Tetapi pendengar perlu juga dididik dengan lirik-lirik lagu yang lebih bertanggungjawab. Salah satu lagu yang saya rasa, pengubah dan penulis liriknya seorang yang cukup bertanggungjawab adalah seperti di bawah.
Ramli Sarip
KALIMAH TERAKHIR
Jauh sudah perjalanan
Pahit manis dirasakan
Kini kau sudah di penghujung jalan
Di waktu yang sangat sempitDi saat hampir terhimpit
Gerak bibir mu tanpa suara
Tenangkanlah jiwa mu
Di kalimah akhir mu
Tua, muda, miskin, kayaPasti kembali kepada Nya
Rumah, harta, gedung, istana
Tiada lagi berguna
Hanya amal, budi, bakti, suci
Oh... oh... oh...Jauh sudah perjalanan
Pahit manis dirasakan
Kini kau sudah di penghujung jalan
Yang jauh semakin jauhYang dekat semakin dekat
Berbaktilah sebelum terlambat
Bimbinglah kami iniKe jalan Mu Ilahi Ya! RabbiOh... oh... oh...
Bukankah lagu-lagu begini lebih mententeramkan jiwa. Mempunyai pengisian..entahlah, mungkin dunia sudah semakin hilang nilainya.
aku bukan budak baik
9 months ago
2 comments:
pencipta2 lagu sekarang lebih kepada tujuan komersial, bukan untuk mendidik...memang sungguh kesal :(
Salam....mmg lagu-lagu begini tak mendidik..tp ini satu pengalaman yang mendidik saya satu masa dullu.....pernah terbuai dengan mainan cinta walaupun sudah berumah tangga....masa tu bila dengar lagu separuh masa ni rasa macam sesuai ja dengan lagu ni...tapi alhamdulilah saya tersedar bila menghayatinya...banyak hati yang mesti saya jaga...terutamanya hati seorang suami.....rasa bersalah selalu menghantui saya...pengajaran buat saya
Post a Comment