Macam mana mahu tidur yang tenang dan mudah?
Ada yang suka menonton telivisyen dan tertidur di hadapannya, ada yang suka mendengar muzik dan ada yang suka membaca novel.
Tetapi kadangkala bila kita bangun, kita akan menjadi tambah celaru dan kadangkala stress.
Para pembaca boleh mencuba cara ini
Memang kerap saya mempraktiskan perkara ini bila susah tidur..
Saya akan membaca, tetapi biasanya tafsiran Al-Quran atau Surah Yassin.
Saya membaca dengan perlahan sehingga saya terlelap.
Bila bangun fikiran jadi tenang dan lega.
Sebenarnya otak kita tidak pernah tidur. Otak menjalankan aktivitinya walapun tidaklah sibuk seperti bila kita tersedar.
Jadi apabila kita mahu tidur, kita mendengarkan musik, television dalam keadaan hidup atau lampu ruangan sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap
diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata. Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat terpaksa bekerja.
Tetapi apabila kita membaca yassin dan ayat Al-Quran
Ianya terakam di kepala kita sepanjang kita tertidur dan menemani sepanjang tidur kita
Ianya menjadi tidur kita aman dan bangun dengan lebih tenang..
aku bukan budak baik
9 months ago
7 comments:
terimakasih...nanti za cuba amalkan. cuma tak boleh tidur bergelap.
kak..intan pun nak cuba amalkan..insyaallah, sbb intan mmg mengalami gangguan nak tido sejak kebelakangan ni...kadang2 tido.di tengah2 malam mesti terjaga dua atau tiga kali...
terima kasih kak yati...patutlah bila saya nak tidur, dan saya fikir perkara-perkara berat yang boleh buat saya 'stress'... saya bangun pagi, badan saya penat sangat..
btol tu.ms study dulu memang suka tidur dengan mp3 alquran terpasang kat pc.
stuju..very true :)
terima kasih berkongsi kak..
tp saya ni jenis yg senang tidur.. letak jer kepala terus tidur... tp kerap juga terjaga bila anak2 nangis/terjaga malm.. tp lepas tu letak je kepala terus lelap semula... ;)
bila husband takdak saya pasang tv sampai terlena...letak sleep bg dia tutup sendiri.kalau dia ada kalut ja saya suruh off tv..takleh tido sb bising...hahaha
Post a Comment