Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 28, 2010

BUKAN RIAK YA..

Apa perasaan anda bila masuk sesebuah kedai mewah, tidak dilayan?

Isu ini sudah saya bangkitkan dahulu. Tetapi kali ini salah seorang ahli keluarga saya bercerita.
Masuk ke show room jual kereta BMW orang tak layan, sebab dia hanya pakai sandal sahaja.
Tapi bila dia goyang jam tangan Rolexnya. Barulah mereka mahu melayan. Pandai pula mereka yang dishow room tahu membezakan rolex original dengan tidak. Buat mereka fikir rolex petaling street?.
Bila dia masuk ke show room jualan rumah semi D, yang berharga lebih setengah juta pun orang tak layan. Sedangkan dia baru sahaja menjual salah sebuah rumah yang berharga sedikit lebih kurang begitu dan mahu membeli rumah baru, bagi mengantikan rumah yang lama.
Sebab pakaian dia, hanya t-shirt buruk, slack lusuh dan juga sandal sahaja maka orang tak layanlah.
Jadi kena goyang tangannya sekali lagi bila bersalaman dengan jurujual. Tunjuk jam rolexnya sekali lagi. Ha ha..aduh.
Saya pernah terkena, membeli sebuah ruang pejabat.
Saya pergi showroom. Syarikat pemaju, melayan saya dengan baik bila saya bertanya ada lagikan ruang pejabat yang kosong. Lantas saya mengambil keputusan membeli dan saya letak pendahuluan 10 persen.
Tetapi di situ ada salah seorang pengawai bank, perempuan berbangsa cina.
Terus meletakkan borang pinjaman tanpa berkata apa-apa, di depan saya dan wajahnya sedikit angkuh. Saya terkebil-kebil memandang mukanya.
"Untuk apa?" Tanya saya..
"Ini, borang untuk loanlah.."
"Oh..sorry..saya beli cash.."
Dan saya dapat melihat wajah perempuan itu berubah. Dalam hati saya berharap, moga-moga dia akan ingat perkara ini seumur hidupnya...
Dan tolong jangan fikir, orang yang berpakaian selekeh macam kami orang yang meminta-minta..

p/s tak bergaya asal bersih cukup. Buat apa bergaya, berpakaian sedondon dari kepala hingga ke kasut tapi duit tak ada ya tak..he he he.



18 comments:

Leeza said...

hahahaha sayalah tu, berpakaian sedondon tetapi duit madang tak ada. :D ngeee.

Marina Monroe said...

Memang lumrah orang memang menilai dgn pemakaian sesaorang.Saya hairan kenapa pakai jam rolex tapi baju dan seluar lusuh? Jam Rolex yg paling murah 15K, (jam perempuan). Selalunya org yang brand conscious akan jaga dressing from head to toe.
Manusia macam2, dah ada perumpamaan, dont judge a book by its cover... pun
masih org menilai dgn segi oneself dressing...

Zila said...

Betul tu kak setuju saya pun biasa kena..kat SOGO jurujual Clinique tu tak nak layan sbb saya pakai sandal biasa dan pakai baju kurung aje...tapi lupa pulak nak bagitahu dia sandal saya brand apa...hehehehe....heran kan..layan le semua orang bukan ke komisen dia based on sales...manis2kanlah mulut untuk semua pelanggan...

♥♥ atie ♥♥ said...

saya setuju sangat..
saya ni lagi la..berpakaian mmg simple gilerr mmg x reti nak bergaya bagai..suami pun begitu..
tapi...kami x lah kaya...hehehe..sederhana ja.. :)

tp, biarlah org tgk kita atas ke bawah...janji hati mau bersihhh ma..

T___T

siti azizah Sang Pencinta said...

saya sendiri pun pernah terkena hal spt puan. bezanya saya terkena di butik menjual pakaian. sampai skg sy tak pergi lg butik itu walau dah 5 tahun perkara tersebut berlaku.

Rizziela said...

saya berbaju lusuh kak..duit pun lusuh...x cukup duit :D

ieda said...

saya juga dah selalu kena perkara yg sama.mmg saya dressing cikai ja...t-shirt (kdg2 tak iron...haha),jeans & sandal bata @ seliper biasa.masuk kedai besar2 mmg depa bo layan..tp saya tak kisah sb saya tak suka salesgirl dok ikut belakang saya.tp yg paling best kalau pi mana2 jbtn utk urusan rasmi.mmg staf layan lebih kurang.bila sebut ja nama Dr langsung depa jadi mesra alam..hampeh sungguh.tp saya hanya guna Dr tu bila perlu saja.

NB KARA said...

ha ha ha..za, kau banyak sedekahlah za..

Kak nani, keluarga saya tu lelaki, duduk oversea lama, kata dia duduk oversea baju tukar seminggu sekali, kalau summer lagi pulak mat salleh langsung tak berbaju, pakai seluar pendek. Mana ada melawa2nya..ha ha..itu kata dialah.

Zila, kena cakap kot dengan dia orang..hallo..saya pakai sandal..brand2 ni brand tu..he he..

NB KARA said...

atie, mentaliti rakyat kita kot..kadangkala kena gunakan suami pulak nak masuk kedai besar..he he

Azizah itulah, kalau seorang tak datang, esok2 2, lepas tu 3 orang..lama2 jadi ramaikan?

Ziela..ada duit, masakan nak cakap dengan orangkan..ha hah a

NB KARA said...

ieda terpaksa cakapkan ieda doc, akak gunakan suamilah kekadang tu. Bila orang tgk muka suami tu lain..layanan lebih baguslah..he he he

den said...

betul2..saya sokong kak yati!;D

mohd sharif said...

hidup kak yati!!!!he he he...saya pernah masuk kedai baju..dia ikut ke hulur ke hilir...menci la....dia ingat aku xde duit agaknya...

sza_kdh said...

KAK YATI..ITULAH YG SAYA HADAPI...

Abang Petua said...

K.Ti...oh itu lah yang saya lalui. Selekeh tapi tak ada lah sampai org dok sebatu pun boleh bau badan kita.Kak tahu saya dgn Luqman ke airport nak beli beg sekolah dia kat kedai Body Glove jer, sales assistant tu buat tak tau jer. Sebab kami ni local, cuba kalau mat saleh, mat negro haa rancak melayan.

ida_nardiel said...

saya selalu terkena macam tu......

hanisah hassan said...

setuju............

idasm said...

mesti malu giler pegawai bank tu kan...

kakyong said...

selalu jugak dengor kes mcm ni..

suami pun pernah temankan apek cina beli merc.. xde saper layan masa apek tu masuk, yer le pakai tshir pagoda + suor pendek geboh tu.. & sandal plastik hitam... sekali dia ckp nak test drive merz.. siap buka beg isi tunai.. ntah brp ribu saya tak tau, lupa dah suami citer, masa tu dia bujang@muda lagi..

baru salesman tu nak layan...

selalu yg kaya ni pakai lekeh jer... yg tak kaya ni bergaya lebih..