Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 11, 2010

SAYANG SEMUA!


Sebenarnya bukan saya mahu bercerita mengenai kisah saya yang keluar di Harian Metro Selasa lepas, tapi  biarlah saya bercerita mengenai satu hal yang saya rasa telah mengubah persepsi saya pada bidang penulisan.
Dahulu saya menuils seperti penulis baru yang ramai di luar sana. Menulis tanpa ada garis panduan tertentu. Menulis ikut suka hati. Tidak memikirkan apa mesej yang mahu disampaikan. Saya menulis kerana minat. tetapi pertengahan tahun 20an, saya dilanda perasaan kecewa. Kecewa mendengar seorang penulis yang sudah berumur menulis pada salah satu syarikat penerbit menghentam saya dan surat itu sampai ke pihak pengurusan. Bahkan banyak hal-hal menyakitkan hati yang diterbikan oleh penulis baru tetapi kebanyakkan sudah berumur tetapi merasa diri mereka terlalu bagus. Sepanjang saya berkarier sebagai penulis, peminat tidak pernah menimbulkan masalah. Kalau sekadar komen saya anggap semuanya membina walau hentaman mereka kadangkala menyakitkan. Ada satu peringkat saya menyerah kalah dan mahu berhenti menulis gara-gara penulis lain. Pada tahun 2006 saya ke Mekah bersama suami. Di hadapan kaabah saya memohon, apakah  saya harus berhenti atau tidak.  Ketika itu suami menjalankan perniagaan borong dan mengimport barang dari China. Jadi saya fikir biarlah saya bekerja dengan suami dan menghentikan bidang penulisan saya.
Namun satu hari ketika berada di hadapan di kaabah, selepas membaca yassin dan yassin masih di tangan. Satu cerita timbul di kepala saya. Cerita kesedihan perempuan yang dirogol bapa saudaranya ketika dia kecil. Maka terbitlah cerita...TIDAK AKU BERSUARA.
Saya yakin itu petunjuk, menyuruh saya jangan berhenti menulis tetapi mahu saya menulis dengan mesej yang jelas. Bukan penulisan yang membelai jiwa. Sebab itu mungkin penulisan saya sudah banyak berubah dan ada yang mengata saya menulis Tazkirah bukannya novel.
Namun saya tidak kisah, saya gembira kerana paling kurang dalam 10,000 pembaca yang membaca novel saya sekurang-kurang 100 orang dapat menafaatnya, ianya sudah membuat saya gembira.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih pada pembaca dan rakan-rakan yang tidak pernah putus memberi sokongan. Tidak pernah mahu melihat saya menyerah kalah. Terima kasih banyak-banyak dan tiga perkataan ini ingin saya luahkan.
SAYA SAYANG SEMUA!




22 comments:

idasm said...

teruskan berkarya kak... ida sentiasa sokong akak sampai bila2..

sayang akak jugak......

sekamar rindu said...

salam..

saya akan membaca karya anda..

Fadhilah Maarif said...

saya pun sayang akak jugak!...akan terus sokong akak sampai bila-bila...

Lady Arween said...

aween sayang akak jugak..teruskan berkarya dan beri inspirasi pada pembaca2 novel akak melalu karya2 akak

Epelijau said...

sayang kak yati juga!
Teruskan kak..moga Allah berikan ilham buat akak...ameen

aleya_syaireel said...

sayang akk jugak..ngeee <3 <3 <3

gadiselatan said...

btul tu k.yati, dl sy suke baca novel kisah cinta yg menghayalkn..tp itu bukan realiti..kita perlukn sesuatu yg berbentuk realiti...sy sokong akak...

yatie chomeyl said...

sayang k.yati jugak :)

Madam Casper said...

Teruskan jangan mengalah k.yati. Zaman sekolah saya pun nak jadi penulis. Ada bt manuskrip. Tapi bila dah berumahtangga saya rasa tak sempat nak teruskan cita2 saya. Idea ada tapi sy tak tau macam mana nak zahirkan. Otak terasa beku...

Mama Nazhan said...

sayang kak yati jugak....
rugila tak baca metro ari tu...

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim ^__^

saya pun saaaayang kak yati dan semua buku2 kak yati hihihi....

terus...terus...dan terus lah berkarya ya kak yati...sekurang-kurang nya yang seorang ni (angkat tangan siap2..)akan selalu menanti karya2 baru dari kak yati...yeay...

V ^__^ V

kakyong said...

saya pun sayang kak yati... :D

Mrs.Zack said...

Kak Yati,

Saya salah seorang yang mendapat menafaat dari penulisan akak...dikala saya dilanda masalah...menerusi novel kak yati saya mendapat semangat...hidup tak selalu indah kan kak :)

hannahsarah said...

Setiap kali ke MPH, buku akk selalu dibeli. Tak satu, kekadang 2,3 buah wpun buku2 dah diterbit lama dulu. Teruskan menulis krn akk lah my fav author.

Pearl said...

Teruskan berkarya kak, saya tetap menyokong akak sampai bila bila dan saya sangat meminati novel akak dari dulu sampai sekarang...Love you kak...

Zaimah zakaria

azi said...

Kak...sy sentiasa menunggu hasil terbaru karya akak sejak dulu lagi....dan sekarang dah jadi peminat karya2 NB KARA.
keep moving.... :)

ibu aira said...

Sayang akak jugak!!!!!!!!!!!!! :-)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

keep on writing dear kak tie

Suhana Shahril said...

Ana pon..sayang kak yati jugak ^___^

GreenJade said...

moga terus gigih bekarya & terus menghasilkan karya2 hebat & mantap ye akak cayang

go go chaiyok!

sayang akak jugak! :)

ieda said...

alhamdulillah kak yati diberikan kebolehan utk menulis.apabila org yg membaca tulisa akak mendapat manfaat & berbuat kebaikan pasti ada ganjaran dr Allah utk akak....keep writing.
saya sendiri jarang baca novel sb cepat hilang tumpuan.hanya boleh baca cerpen.sebab tu suka jelajah blog org.kalau baca novel mesti nak buka bab last sekali nak tau ending...hehehe...sungguh anti-klimaks.

dlittlekitchen said...

sebenarnya sy rasa amat2 bersyukur kerana karya2 NB yg menjadikan saya lebih sabar, lebih matang dan kental. Dlm 10tahun ni byk yg sy kutip dari novel2 NB. kadang2 mcm karya ilmiah dalm bentuk cerita... dan sy selalu menjadikan watak utama dlm novel2 tu sbg contoh... Dan sy sentiasa berusaha menjadi lebih baik.. Alhamdulillah skrg anak2 pon sume dah semakin membesar, sy dah berjaya dlm career dan sbb dlm novel NB kebanyakan wanita berniaga.. skrg sy pon sibuk nk berniaga jugak... hahahahah

dan bila tahun lepas dapat mengenali NB personally.. ya ALLAH, x tau camne nk gambarkan perasaan gembira..

Apa2 Terima Kasih byk2 k.yati... semoga sentiasa diberkati dan dirahmati...