Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 13, 2010

INILAH CERITANYA..


Satu hari di tempat letak kereta sebuah pasaraya, mata suami melihat satu pasangan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Saya bertanya kenapa?

"Tengoklah tu honey"
Ketika itu kami sudah hendak pulang. Saya sudah duduk di sebelah suami yang mahu masuk ke dalam kereta.
"Hairanlah orang Malaysia ni.."
Suami separuh bersungut. Saya dengan suami memang selalu bergaduh dan ejek mengejek. Bukan bergaduh betullah. Bergaduh kutuk mengutuk. Dia kutuk orang Malaysia, saya kutuk orang Turki. Kata suami orang Malaysia pengotor. Kedai makan kotor, tandas kadangkala kotor. Saya pula jawab, orang Turki juga kotor. Kalau tak kotor camana seluar boleh pakai seminggu, baju seminggu. ha ha ha.
"Kenapa?"
"Tengok, bini tu dah pegang anak. Tolak troli lagi.."
Saya melihat pasangan suami isteri yang menjadi topik perbualan kami. Pasangan berbangsa cina. Rasanya masih muda tapi kerana pakaian tidak kemas, sedikit berserabut nampak mereka tua. Anak masih kecil lagi, masih berdukung. Suami berlenggang dan isteri terkial-kial meolak troli.
Oh saya sendiri yang melihat panas hati. Senario ini bukan sekali depan mata. Seringkali apabila beratur membayar di pasaraya. Suami bercekak pinggang, si isteri terkial-kial mengeluarkan barangan dari troli. Pak Seyit yang melihat sering mengeleng kepala dan mengutuk. Tengok! Orang Malaysia! Seringkali saya rasa ingin menjerit sahaja.
"Weh b#d$h tolong bini kaulah" Tak terkeluar hanya tersekat di kerongkong.
Mungkin kerana sudah terbiasa dimanja oleh suami bila bershopping, dia bawak barang, dia mendukung Qaisara (jangan ingat sudah bangka begitu Qaisara tidak berdukung lagi!). Saya jadi anti pada orang yang memperlakukan isteri sebegitu.
Memang susah saya mahu menepis tanggapan suami ini. Terlalu banyak contoh depan mata.
Kalau fikir-fikirkan, kenapa lelaki di Malaysia ramai yang begitu? Adakah pelajaran dari rumah yang membuat mereka jarang bertolak ansur dengan isteri? Sikap acuh tak acuh suami terhadap isteri ini rasanya akan diikuti oleh anak-anak bila mereka dewasa. Jadi siapa yang harus disalahkan? Masyarakat atau sistem pelajaran kita yang kurang menitik beratkan budi pekerti?



12 comments:

Leeza said...

salam kak...ingat tak masa kita shopping di pasar tani kajang? Za mengutuk pasangan cina yang macam tu? isteri mendukung anak, bawa pula plastik2 barang. suami pula melenggang merokok. Cehhhh , sakit hati juga dibuatnya.

gadiselatan said...

btul tuh, kdg2 ann pon terfikir..apa yg ada dlm fikiran suami2 begini...isteri ni untuk aper?utk disygi atau hanya sbg tukang kemas rumah, lahirkn n jaga anak dan pemuas nafsu? bkn ker masa kawen ats dasar cinta?

yatie chomeyl said...

btul la kak, nasib baik hubby sy x buat gitu..kalau buat gitu, saya paksa dia baca entry akak ni hehe

Rizziela said...

Alhamdullilah..suami saya tak macam tu..biasanya kalau tolak troli dia yg buat..dukong anak saya yg dukong...ada kalanya dia buat dua2 sekali...

Kadang-kadang dia bawa anak jalan-jalan..saya tolak troli g cari barang....nak bayar..dia pas anak kat saya..dia settlekan semua sampai barang naik kat dlm kereta....

Puan nor said...

Hah betullah kak yati,kalau masa berkasih bukan main lagi. Plastik satu pun tolong pegang. Tak gentleman ya? agak2 sbb itulah ramai pompuan seakrang suka orang asing

nita sakura said...

Salam, kebanyakan lelaki Malaysia memang camtu. Dimana perginya sikap tanggungjawab mereka ek...

Balqis Nazid said...

he..he.kak yati memang geram kan tengok orang macam tu...
walaupun saya belum aa anak tapi kalau shopping sema suami yang uruskan.. drisorong troi kluarkan barang masa nak bayar sampai susun d bonet...
masa turunkan keretapun sama..
Alhamdulillah dapat suami yang sangat2 baik...

nalhuda said...

alhamdulillah...suami saya akan bawak brg dan dukung anak..sy hanya tlg yg ringan2 shj.

mohd sharif said...
This comment has been removed by the author.
mohd sharif said...

salam..alhamdulillah saya xjumpa lagi orang lelaki macam tue depan saya..kebanyakkan yang saya nampak..macam pak seyit..he he he..sebenarnya semuanya bermula dari rumah...bagaimana ibu bapa mencorak anak tersebut...

kakyong said...

en ayah tak harap saya tolak troli... heheheh, terhegeh2 jer rupanya nanti kalo saya yg tolak... hihiii...

ieda said...

lagi sakit hati bila tengok isteri yg hamil terpaksa dokong anak...bawa handbag besar lg (maklum nak bawa botol anak bagai..).suami lenggang kangkong hisap rokok...eeeeee....saya pernah jumpa spesis ni...geram btol nengok..