Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, October 8, 2010

PERSAMAAN



Lizabujang yang berada di sebelah saya..

Mendengar cerita sahabat saya si Lizabujang mengenai anak buahnya Lokman yang nakal, sering membuat Liza yang bujang meradang dengan perangainya ,saya kadangkala ketawa. Tetapi ada kalanya tanpa Liza tahu saya menangis mendengar cerita Liza, bila mengetahui apabila ramai saudara menyisihkan dirinya, semata-mata Lokman tidak mempunyai emak.

Saya terbayangkan Lokman. Tubuhnya kecil dan kurus sahaja. Ketika berusia 11 tahun sudah ditinggalkan emak. Hampir sama dengan usia saya semasa emak saya meninggal. Sekarang sudah berusia 13 tahun. Perangainya yang bandel atau degil, suka merayau-rayau, memancing, mengayuh basikal dan juga memelihara bintang begitu dekat persamaannya dengan saya. Ketika kecil dahulu saya agak degil, suka merayau-rayau, memancing dan juga mengayuh basikal walaupun kadangkala tergolek, berdarah kaki tangan namun untuk mengalah tidak sesekali.

Saya faham perasaan Lokman, emaknya meninggal dan ayah berkahwin lain. Dia rasa tidak dipedulikan jadi Lokman mencari tempat berteduh dengan rakan sebaya yang berkongsi minat dengannya. Sebab itu terbit kedegilan bukan kerana mahu melawan tetapi mahu mencari tempat selesa menghilangkan resah di hati.

Saya masih ingat lagi, ketika kakak-kakak saya tinggal di asrama. Saya tinggal seorang di rumah, jadi daripada saya tiada teman lebih baik saya merayau-rayau. Saya lebih suka merayau di dalam hutan atau berbaring di atas diperkuburan cina (siapa berani buat begini?). Tidak ada istilah takut ketika itu. Kadangkala saya berkawan dengan burung. Saya masih ingat setiap kali saya berjumpa dengan sarang burung di hutan, saya terlalu gembira. Setiap hari saya akan datang menjenguk sarang. Saya tahu satu masa nanti telur itu akan bertukar menjadi anak burung. Saya suka sekali melihat anak burung terutama matanya. Matanya yang terbuka luas seolah-olah memberi salam persahabatan dengan saya. Tetapi saat menyedihkan apabila anak-anak burung itu sudah pandai terbang. Saya tahu saya tidak akan berjumpa dengan anak-anak burung itu lagi.

Telalu banyak kenangan yang menyedihkan bila emak meninggal dunia. Ianya mengores perasaan tetapi ianya juga membuat saya lebih kuat dan tabah. Jadi bila Liza, marah-marah dan kadangkala rasa give up menjaga Lokman, kerana kenakalan dia. Saya menjadi terlalu marah dan sedih. Macam-macam saya marahkan Liza, sehingga Liza demam terperanjat. Haha..

Saya tahu, Liza tertekan. Dia harus menjaga emak yang tidak sihat dan ditambah lagi dengan anak buah yang sedikit nakal seperti Lokman. Namun saya tidak mahu Liza menyerah kalah terlalu pantas. Kalau Liza menyerah kalah, Lokman tidak ada yang memandu.

Saya tidak mahu Lokman mengalami kehidupan apa yang pernah saya alami. Sekurang-kurang dia ada emak saudara yang mengambil berat mengenainya. Dia ada baju untuk dipakai, dia ada makanan dan dia ada kasih sayang dari seorang emak saudara yang tulus dan ikhlas menjaga dia.

Berkali-kali saya katakan pada Liza, jangan jadikan menjaga Lokman satu beban tetapi keseronokan. Disitu banyak proses pembelajaran yang boleh dipelajari oleh Liza dalam menjaga anak remaja. Syukur saya lihat Liza dan Lokman sudah banyak berkompromi dan saya selalu mendoakan Liza diberi kesihatan yang baik untuk menjaga emaknya dan Lokman. Saya yakin ALLAH akan berikan Liza ganjaran yang melimpah ruah bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat.





10 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak tie..
masih terasa kesedihan waktu akak berkongsi cerita dengan nik kisah hidup akak..
Liza seorg anak dan mak saudara yg sgt baik.. mudah2an Allah merahmati hidupnya dunia dan akhirat!

idasm said...

semoga kak liza akan terus tabah dan berjaya.

Intanaziela said...

mudah-mudahan kak liza sentiasa dipermudahkan Allah dalam urusannya mendidik Lokman...bila membaca kisah kak yatie buat intan menangis...sebenarnya pengalaman yang kita tempuhilah yang menjadi tunjang kekuatan kita menempuh kehidupan kan kak...

mcm sekarang, hati tengah libang libu mengingatkan sahabat baik; ayu yang terlantar sakit..kalau la boleh terbang, sekejap pun jadilah asal dapat berjumpa dan menitipkan kata semangat..tapi apakan daya...cuma tak boleh nak cakap depan2 dia takut dia sedih..huaaa

Hamizah said...

sedihnya baca kisah hidup kakyatie..

ibu aira said...

hampir menitikkan airmata baca entry akak kali ni. walaupun saya masih punya ibu ayah tapi saya dapat selami apa yang akak dan lokman rasa..

untuk kak liza.. moga terus tabah dalam mendidik lokman dan menjaga emak akak. semoga satu hari nanti lokman akak menjadi orang yang berguna! Amin...

ieda said...

salam
buat kak liza...sabar & tabah kan hati.anak2 saya,along & nurul juga anak yatim.nurul mudah sb menurut kata tp kena hati2 jg.kdg2 berpakat dgn along bila buat salah.tapi along sgt sukar pada peringkat awal.banyak kali saya kecewa & menangis dgn perangainya yg bebal,tidak dengar nasihat,suka mengusik,malas & paling saya tak tahan ialah suka menipu.bab merayau takyah ceritalah..suami saya (abah kandungnya) juga selalu angin dgn perangai dia.mmg sukar bila anak2 tidak mendapat kasih ibu diperingkat awal pembesarannya...along kehilangan ibu pada usia 7 thn & hidup bersama abah & adiknya selama 4 thn.bila menghadapi kerenahnya hanya suami kekuatan saya.alhamdulillah..sekarang dia dah 13 thn.lebih lembut hati..kurang bebal.makin berani cakap benar walaupun buat benda salah.tak lagi merayau.
apa yg kami buat padanya?nasihat abahnya mmg tak pernah putus..biasanya dlm kereta so dia tak boleh elak..mesti dengar.hujung tahun lepas kami hantar ke kem bercirikan pendidikan islam selama 10 hari...balik drp tu nampak berubah.
cuma satu saja yg saya nampak dlm diri dia yg boleh membendung dirinya iaitu sifat lembut hati...along cepat simpati kpd org,sayangkan binatang,bukan pendendam.kita marahla sebanyak mana pun dia tetap cool dgn kita.
saya harap liza jg dapat mencari kelembutan dalam hati lokman.

GREENJADE said...

kagum ketabahan akak melalui kepahitan zmn lampau..syukur Allah syg pd akak dikurniakan family yg penyayang di masa kini..

to kak Liza, moga tabah selalu..mmg susah menjaya anak2 remaja..saya tlh melaluinya juga..syukur anak2 remaja saya sudah besar2..sorang ensem 16 & sorang sweet 17 skg..sgt lelah kak nk membesarkan anak2 muda nih..bila tiba masa..InsyaAllah akan Allah permudahkan segalanya...take care..pray harder..don give up. :)

Leeza said...

salam semua,
terkejut pagi ini bila disajikan dengan entry ini. Terimakasih atas nasihat, doa dan cadangan. Terima kasih kerana memberi banyak idea.
insyaAllah saya takkan mengalah.

Anonymous said...

salam..

saya pun dah tiada mak...

Unknown said...

I'm speechless baca kesah kakyatie.. kak memang tabah & kuat..


buat kak liza, saya pun ade tau sedikit sebanyak kesah kakliza.. saya tahu kakliza kuat... dgn adanya kata semangat dr kawan2 & sahbat2.