Hari minggu yang lepas tanpa dirancang saya ajak suami ke Port Dickson. Masa tu jam sudah dua petang. Tak sangka pula suami cakap. Okay. Kebetulan masa itu ada anak jiran bermain di rumah bersama Qaisara dan Qaisara pula dengan selambanya memberitahu kawan tersebut.
"Jom Najat kita pergi pantai." ha ha
Jadi saya ajaklah sekali. Emak Najat ni saya tak kenal sangat pun. Tetapi pembantu rumah saya dengan pembantu rumah dia baik. Jadi saya ajak sekali pembantu rumah Najat. Emak Najat ni membenarkan sahaja bila saya datang ke rumahnya.
Bibik, pembantu rumah Najat, Wati, Najat dan Qaisara bermain pasir..dipantai.
Qaisara takut dengan ombak. Harus dipegang kukuh, baru dia berani. Menjerit-jerit dia suka bila ombak datang. Najat pun begitu. Umi dia pun suka jugalah. Bila bangun, poket seluar saya penuh dengan pasir. Saya cakap dengan bibik, kalau penuh dengan duit tak apa jugalah. Ha ha..ha..
Mr Seyit Kara tak main air pun. Dia cakap kalau mandi nanti badan letih. Kalau nak tahu kerusi yang suami saya duduk di bawah payung itu disewa dengan harga RM25. Punyalah mahal gila. Sama sedikit lebih kurang, harga chalet dekat sesetengah tempat. Di sini, sana sini payung disewakan. Hairan, apakah ini secara sah atau haram? Pantai yang seharusnya tempat kita membentang tikar sudah tidak percuma lagi. Semua nak kena duit. ALLAH..ALLAH..
2 comments:
Salam..
Tulah, saya pun dah terkena tahun lepas, nak duduk berteduh bawah payung kena charge RM25, macam tak berbaloi je, tapi terpaksa sewa jugakla, dah takde tempat lain lagi nak duduk, nak taknak kena keluarkan duit.....
tak pernah ke PD.. pasni take note lah.. jgn sebarangan duduk.. kang jenuhpulak nak seluk poket... terus lari bajet... ;)
Post a Comment