Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, October 29, 2010

KEBAIKAN VS KEBURUKAN

Setiap malam sebelum tidur sejak akhir-akhir ini saya sudah mengajar Qaisara, menyenaraikan kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan setiap hari. Saya suruh dia senaraikan dulu kebaikan yang dibuatnya.
"Hari ini Teta pakai baju sendiri.."
Teta memberitahu. Saya menganggukkan kepala sambil berkata
"Alhamdulilah bagus sayang.."
"Teta pergi tandas sendiri.."
"Good, good sayang..."
"Teta tolong bibik buat bunga telor"
Ha ha ..ye yelah. Adik saya mahu berkahwin jadi agak sibuk, membuat bunga telor.
"Lagi.."
Mata Qaisara terkebil-kebil. Mungkin cuba memikirkan apa yang dibuatnya siang tadi..
"Tak banyak pun kebaikan yang Qaisara buat? Qaisara lebih banyak buat perkara yang tak elokkan?"
Saya tanya Qaisara. Mula menyenaraikan apa perkara buruk yang dilakukan hari ini.
"Qaisara jerit bibik, marah-marah bibik, Qaisara hempas pintu bila umi sedang menjawab telefon, Qaisara marah-marah umi masa kita pergi pasar malam tadikan.."
"Masa tu Teta mengantuk sangat.."
Qaisara menjawab. Ada sahaja alasan dia.
"Kalau mengantuk kenapa sampai sekarang tak tidur-tidur?" Saya mengerling jam. Hampir 11 malam.
Tegur saya. Qaisara ketawa. Melangap-langap ketawa anak saya nan seorang ini.
"Oh banyak sangat perkara yang tak elok Qaisara buat hari ini. Kemudian Qaisara hempas remote control"
Saya mula menyenarai satu persatu perkara yang tidak elok dilakukan. Tiba-tiba Qaisara menangis.
'Umi Teta tak tahu apa benda baik lagi Teta nak buat?"
Tersedu-sedu dia menangis.
"Boleh, banyak. Kalau nak minta susu cakaplah dengan suara yang lemah lembut, lepas minum letak dalam singki botol susu Qaisara. Kalau nak menonton telivisyen, tekan sendiri remote. Qaisarakan tahu. Jangan sesekali jerit bibik suruh tukar.."
Qaisara pegang tangan saya dan cium tangan saya. (sebelum tidur dia akan cium tangan saya dan saya juga akan cium tangan dia he he he). Dia berjanji melakukan 5 kebaikan esok hari. Tidak tahulah tertunai atau tidak.
Namun melihat Qaisara tidur, saya mula mengira. Apakah kebaikan yang telah saya lakukan hari ini dan apa keburukan yang telah saya buat? Apakah kebaikan mengatasi buruk laku saya...
Jom semua..kita senaraikan apa yang patut, untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik!


7 comments:

Eliss said...

ms sekolah dulu di kem motivasi, seorang pakar motivasi terkenal pun pernah kami buat mcm tu, sebelum tidur senaraikan kebaikan dan keburukan kita buat hr tu dan maafkan kesalahan orang sekeliling :)

Mama Nazhan said...

Kak yati,,, kadang2 kita sendiri takut nak senaraikan kebaikan dan keburukan,,,takut yg buruk lagi banyak...kan?

NIk Fauziah Nik Hussin said...

muhasabah..tp kenapa kita slalu lalai..?

idasm said...

elok jugak tu kak...
muhasabah diri....
lama dah tak buat.. hehe..

Unknown said...

huhuuu.. kena buat checklist...
byk yg buruk dr yg baik.. walaupun hanya dok rumah ngadap anak..

hari ni saya tak naik suara dgn anak2.. walaupun fikri jatuh beskal sbb berlumba dgn anak jiran & luka di siku... aliya main ujan renyai2 depan rumah sampai basah kuyup... anis makan nasi & sepah2 satu dapur...

sebabnya hari ni rumah saya kemas.. jd kepala saya tak serabut sgt... ;)

btw, susah nak kekalkan mode tak naik suara dgn anak2 ni.... :|

GREENJADE said...

kdg2 kerana 1 keburukan..rosak kebaikan kita spanjang hari kans kak..

bagus nih..muhasabah diri..go for the better.. :)

Raudha Tekke said...

Belajar parenting skills dr k yati :)