Cuti sekolah ini, saya pun bercuti sekalilah. Tapi kali ini cuti saya macam tak lengkap aje sebab tak ada Ojan dan Hakim. Ke dua-dua mereka pergi bercuti ke Langkawi dan saya pulang ke Melaka. Qaisaralah paling seronok sekali sebab dapat berjumpa dengan sepupunya, kebetulan sebelum Wonderland di Melaka baru sahaja di buka. Jadi saya angkut anak-anak buah saya ke sana.
Wonderland park ini, gempak aje pada namanya. Tapi tak ada apa yang wonder di sini. Kalau dibandingkan dengan Desa waterpark dengan Sunway Tambun lost world, rasanya di sana lagi seronok. Dengan bayaran RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, rasanya macam tak berbaloi lah. Lebih-lebih lagi airnya yang keroh dan agak kotor! Anak-anak buah saya, bibik dan adik saya Nurul bergambar sebelum masuk. Ramai weh..anak saya. Ha ha ha..
Tengoklah airnya yang keroh? Memanglah tempatnya di Ayer Keroh, masakan taman tema pun air nak kerohkan? Bila balik Qaisara dan bibik asyik mengaru sahaja.
Ini dia Balkish. Dia kalau lihat diluar suka menangis. Merajuk sikit menangis. Tetapi bila ada di taman tema ini, dia lebih berani dari Qaisara. Semua benda dicuba dan dia naik. Saya sendiri tak berani naik gelongsor yang tinggi tapi dia selamba sahaja. Tabik sungguhlah dekat dia!
Inilah Balkish! Tak sempat ambil gambar dia dah jatuh terjunam dan kemudian ketawa mengekeh. Perut saya yang melihat pun kecut. Dia selamba aje.
Tidak tahu kenapa kali ini Qaisara macam tidak berapa suka bermain gelongsor, dia hanya mencuba sekali dua sahaja. Mungkin terlalu tinggi dan panjang untuk kanak-kanak. Tidak macam sunway untuk kanak-kanak rendah sahaja.
4 comments:
oh ini yg akak update kat FB tu ari yea.. main air... bestkan... ida mmg suka main air. budak2 apa lagi... mesti seronok..
akak... jgnlah tulis dugung... tak sampai hati nak baca. akak xdelah godang sangat kak. berlambak lagi yg lebih godang... hehe...
oh ini yg akak update kat FB tu ari yea.. main air... bestkan... ida mmg suka main air. budak2 apa lagi... mesti seronok..
akak... jgnlah tulis dugung... tak sampai hati nak baca. akak xdelah godang sangat kak. berlambak lagi yg lebih godang... hehe...
Kak...ohh ini entry wonderland yang ditambahbaikkan. Za cari juga mana dugung ni...patung ke apa ke....akak cantiklah...slim pulak.Beraninya anak2 itu terutama Balkish. Ngeri melihatnya macam jatuh je.
hehe puas intai2 kat mane dugongnye..upe2 ade depan mate jek hihihi...kelako lah akok nih hahahaha
Post a Comment