Anak siapakah ini yang sedang menghadap pintu pagar rumah orang ni?
Ha.ha..itulah Haji. Baru-baru ini Haji datang ke rumah saya dan kebetulan jiran saya mempunyai 3 buah bajak yang diparkir di halaman rumahnya. Jadi si Haji sudah pasti teruja. Awal pagi sudah duduk menghadap bajak. Aikk..takkan dia seorang aje?
Ha.ha..itulah Haji. Baru-baru ini Haji datang ke rumah saya dan kebetulan jiran saya mempunyai 3 buah bajak yang diparkir di halaman rumahnya. Jadi si Haji sudah pasti teruja. Awal pagi sudah duduk menghadap bajak. Aikk..takkan dia seorang aje?
Oh..ada bibik dan Qaisara menemani si Haji melihat kereta bajak ni. Kebetulan rumah jiran saya ini berhadapan padang permainan (rumah saya pun menghadap padang permainan)
Tengok betapa seronok dan gembiranya Haji dapat melihat kereta bajak, melompat dan mundar mandir dia di hadapan kereta bajak!
Selepas dipujuk akhirnya Haji pulang ke rumah, mandi dan tidur kepenatan. Puas hati sungguhlah dia dapat berlama melihat bajak!
8 comments:
hahaha..
mmg obses pd bajak si aji ni..
mcm2 hal..
nasib baik die xmintak beli bajak besar tu..
Lucu budak ni....mudah2an dia jadi orang kaya bajak. Akak tahu apa mak cakap bila tengok abg ipar beli mesin rumput? Dia suruh abg tu beli bajak pulak...macamlah duit beli bajak tu berapa sen je. hahahaha.
masa kecik kalau pakai gincu sebut bajak ni "isyen asyak" \
(Enjen bajak) sebut dengan mulut muncung tak nak terkatup takut gincu hilang hu...hu..
tak percaya cuba sebut...he...he..
bila bajak lau jer saya adik beradik pun teriak..
"Isyen asyak ye..ye....
isyen asyak...ye...ye..."
he..he.. bila dah obses... sama macam Haji bila obses ngan bajak
ala comeinya haji yang minat ke bajak tu ye kak... anak2 lelaki mmg minatnya begitu kot...
lama miss baca entry kak yatie..bila malam je mata tak boleh bukak..hahahah
sy teringat masa kecik abg panggil semua benda2 ni 'titangkokok'.. haha.
mai pulak bila sy skrg. jaga fatih. dia panggil Bob The Builder.
jim si haji memang obses dengan bajak, kalau naik kereta nampak bajak.pitam dengar dia menjerit tau! Ha ha
Ha ha ..kelakarlah mak kau Za, apa yang abang kau nak bajak kat rumah tu?
Balqis suka bajak ke? jarang budak perempuan suka kereta bajak..ha hah
intan..pembawakan memang letih, esok dah besar lagi bertambah letihnya..ha ha..haji dan bajak tak dapat dipisahkan..
Fazlinil apa pulak titagkokok tu? ha ha..macam2 ya..yelah budak skrg panggil bob ajelah..
puas hati haji dapat tgk bajak depan mata...hahahaha! aneh sunggoh...keke.
Post a Comment