Baru-baru ini suami mahu menyambung visa dibawah spouse program kerana visanya hampir tamat tidak lama lagi. Jadi saya suruh suami pergi ke Putrajaya bertanyakan borang apa yang perlu diisi olehnya nanti. Saya tahu prosedur kerajaan ini akan berubah setiap masa. Maka suami membawa baliklah sebeban borang yang perlu diisinya. Biasanya borang tersebut harus dichop pesuruhjaya sumpah dengan dimatikan stemnya. Apabila semuanya sudah di isi, sudah dimatikan stemnya dan sudah dichop pesuruhjaya sumpah.
Mula-mula kami ke bahagian permohonan visa di tingkatan 3. Tempat ramai orang Indonesia dan Bangladesh di situ.
“Ini bukan bahagian sini puan cuba puan pergi di bahagian penggajian..”
Saya pun bergesalah ke sana..
“Puan saya rasa ini bukan di sinilah, cuba puan pergi di DP10..”
Astaghfiruallah. Sabarlah hati. Sabarlah. Bergesalah saya ke DP10.
“Ini bukan bahagian sini puan..”
“Tadi saya ke bahagian visa, kemudian saya ke bahagian penggajian sekarang beritahu saya, ke mana saya harus pergi..” suara saya tidaklah kasar tetapi saya sudah berasa bosan.
“Cuba puan pergi Shah Alam..”
Arghh? Pergi Shah Alam, saya pandang suami. Suami pandang saya. Mahu dengan tidak, saya mencuba nasib ke Shah Alam walau selama 7 tahun ini suami berurusan di Putrajaya.
Setiba di Shah Alam, dibahagian kaunter pertanyaan saya hulurkan borang tersebut. Tetapi apa jawapan mereka?
“Sorry puan, spouse progamme lama dah tak ada!”
Aik..biar betul. Tergaru-garu jugalah kepala. Maka saya dihulurkan borang baru. Borang memohon pas lawatan sosial untuk suami/isteri. Saya tanya macam-macam dan balik rumah dengan hati yang separuh sabar.
Lantas saya bawa balik borang tersebut dan mengisinya, mematikan stemnya semula dan dichop pesuruhjaya sumpah semula.
Hari ini saya ke Shah Alam semula, mengharap semuanya akan beres. Rupanya ketika mereka memberi saya borang, masih ada borang yang lupa untuk mereka berikan pada saya. Ada lebihan gambar yang diperlukan, bahkan mereka meminta passport suami yang lama (nasib masih disimpan). Aduh..rasa nak pitam sahaja kerana passport lama suami berada di Kajang. Nasib baiklah pegawai tersebut memahami dan memberitahu saya tidak perlu hadir lagi dan suami sahaja berurusan dengan mereka.
Cuba bayangkan kalaulah saya terikat dengan kerja. Berapa banyak masa saya dan suami terbuang?
Aduhai imigresen....(baca balik apa saya tulis ni, macam orang tak naik darah aje saya..ha.ha)
14 comments:
selama ini Pak Seyit uruskan hal visanya di Putrajaya, asal sekarang boleh ke Shah Alam pulak ? Macam2 birokrasi ni kan. Baru2 ni masa za nak apply DG44, za telefon dulu ke pejabat tanya macam2 sebab za tak nak keje 2-3 kali ke PPD. Alhamdulilah segalanya kena pihak sekolah yang uruskan.Patutnya imigresen ni kena adakan kaunter pertanyaan bahagian depan untuk menunjuk arah kaunter mana yang perlu setiap pelanggan pergi. Bukankah Piagam Pelanggan ada? Nampaknya Putrajaya masih ada kelemahan sistem pengurusan ini.
Memang menyakitkan hati berurusan dengan orang kerajaaan ni...mcm x pernah buat keje..
Kalau orang tanya..bagilah satu jawapan yg tepat..bukan suruh orang ke sana ke sini tak tentu pasal..
Masa tu amatlah berharga..dengan penat lagi..dengan duit minyak lagi..senang ajer diaorang buat keje
sekadar sbg panduan..sebelum membuat apa2 urusan dgn pejabat kerajaan. Telefon dahulu bhg berkenaan yang nyatakan apa permasalahan yang sebenarnya, dan mereka akan bagi butir2an terperinci di mana dan ke mana perlu dirujuk dalam ms yg sama tanyakan juga apa2 dokumen lain yang perlu lagi dibawa bersama.InsyaAlllah, barulah masa tak terbuang sgt..
Za..masalahnya seyit dah pergi tanya kat kaunter di putrajya, apa borang yang kena di isi, jadi dia bawaklah balik sebeban borang yang imigresen bagi..
tak faham sungguh, kenapa pekerja tak tahu segala perubahan ya..
Rizziela
Memang menyakitkan hati sungguh, bukan setakat telefon, kita pergi tanya..borang apa yang hendak di isi..dia bagi sebeban borang..kita isi rupanya salah..
hasney, bukan telefon aje..pergi ke imigresen putra jaya, tanya kat kaunter..5 kali kata suami dia kena tendang sana sini, penghabisan dia orang bagi dia borang suruh di isi. Dah bawak balik, di isi..rupanya salah borang.
Kalau setakat telefon tu lagilah tak jalan..
sian kak yati..sabor ye..mok de pun tumpang geram..
Kalo orang kerja pejabat macam ana ni kena berurusan seperti pihak2 yg seperti kak yati sebutkan ni,sohih lah kena amik cuti khas utk uruskan hal2 sedemikian. Contohnya,semasa nak uruskan hal-hal pinjaman perumahan yang kementeriannya berpusat di Putrjaya. Mujur juga masa tu musim cuti sekolah,jadinya, Ana minta cuti dan Ana dan cik abang sama-sama ke Putrajaya.Mujur juga rumah mak mentua di Nilai.Boleh juga bermalam beberapa hari dan berulang alik ke Putrajaya sekiranya masih bermasalah.Terukkan prosedur yang sebegini.Tidak memikirkan tentang kesusahan orang-orang yang di luar sana yang mungkin tinggal berjauhan,tiada kenderaan dan sebagainya.Bukannya tiada piagam pelanggan,fail meja,prosedur kerja.Ada. Tapi kerja masih juga birokrasi.Pelik sungguh la.
mmgpon rasa nk hangin satu bdan.. bila deal dgn ppl yg kurang menghormati masa orang laaen... sabar ajer laaa..
alahai..cian akak..
ape lagi kak?tulis novel citer camni..biar pihak bertggung jawab rs tercabar & baiki sistem mereka..
klu tak,msing2 wat keje lgsg tak efisyen!
Salam Kak Yati,
Makaihhh...
Kalau Dayah akibat balik dengan sebakul kemarahan.
Now ppl want everything fast!
Awat tak guna sahaja kemudahan teknologi dihujung jari. Bukankah semua akan jadi lebih mudah. Mungkin perlu isi dahulu borang2 tertentu dan pergi ke imigresyen untuk pengesahan tapi haruslah complete semua urusan basic dahulu dan higher authority pun kena approve dulu. Kalaulah government boleh buat mcm tu kan. Mudah.
Practice Paperless, alam sekitar terjaga dan masa boleh dipraktikan ke tempat yang lebih berguna dan duit pun tak membazir.
^___^ take care kak... heeee.. kim salam kat pak seyit ya n to teta.. muaaahh and bibik too hehehe ^__^
mmg macam tulah diorang ni kak. ida minggu lepas, berulang alik ke JPJ seremban sampai 4 hari kak. diorang ni bukan nak dgr apa yg kita nak buat betul2. suka sgt menyusahkan public. kalau ida pun angin. buat akak mcm bola... ish.. geram ida membacanya...
tu la kan kak..bkn nk mengata tp mmg betul..bkn nk komplen suka2 tp mmg prosuder asek berubah2..aihh
sama kes mcm hubby saye..plg benci dia nk renew visa..sgt2 slow
k.yati,asben saya pun bukan local...dah 3thn bengang nganimegresen...dulu memula amek workg visa sbb spouse time tu takleh keje,byr byk..pastu spouse program..bayor lagi,pastu renew spose lai n gak procedure..dorg tu bukan reti nk explain habis2 kat kita,ada jer yg tak complete
Post a Comment