Geram sungguhlah!
Berapa kali nak lalu depan rumah saya.
Saya jeling dia, dia pandang saya. Dia senyum. Saya tidak.
Qaisara juga tersengeh-sengeh.
Macam meminta pengertian dari saya.
"Umi boleh tak.."
"Tak boleh.."
"Kenapa?"
Qaisara kalau kita kata tak boleh, pasti dia akan tanya kenapa?
Walau jawapannya dia sudah tahu.
Walau sudah berbuih-buih mulut kita beritahu.
"Tak boleh sayang, sayang tahu kenapakan?"
Qaisara macam saya. Alah dengan benda sejuk dan cuaca sejuk.
"Bolehlah umi sikit aje.."
"Tak boleh.."
Dalam hati berdoa, jangan ada anak-anak lain terpedaya.
Kalau mereka terpedaya, bermakna Qaisara akan bertanya berkali ganda.
Kenapa dia tak boleh, budak lain boleh aje!
Alahai..susahnya.
Pergilah..janganlah dok pusing dua tiga kali depan saya.
Kasihan dengan Qaisara.
Kasihanlah dengan saya.
Saya tahu dia mahu mencari rezeki
Tetapi bukan di sini tempatnya..
Tempat di mana ada budak bernama Qaisara
yang sekarang sedang batuk dan alah dengan benda sejuk.
Minta maaflah.
pergilah ya...
-
-
-
-
-
-
-
-
Minta maaflah apek ya! Jangan ganggu kami (gambar dari google!)
6 comments:
Hahaha teringat dengan Putri mengamuk dalam kereta kerana kami tak bagi dia keluar ke kedai sebab kami tahu dia mesti hendakkan benda alah ini. Dan saya yang tetiba teringin hendak makan, terpaksa membungkusnya dengan kertas suratkhabar .Cuma saya terlupa membungkus roti kon sama dan dia yang minta berkata : nek, nanti makan aiskrim di rumah ya. Hahahaha...jawapan saya cuma : eh nek tak belipun aiskrim. Beli roti je.
heheh..suspen tul.Ingatkan apa tadi...hehehe.
hahaha..
tutup mata Teta time apek tu lalu kak..
kurung die dlm umah few minit..kikiki...
mcm2 hal si teta ni..
hahaha.. nak gelak je baca entri akak..:D
kesian apekkkk sekerimmmm!
hahaha suke2 jek apek eskrem tuh buat cat walk depan umah akak ye hiks3..
sure makin kuat bunyi loceng eskrem tuh tenampak Teta kans hahaha
salam yatie...
dah agak mesti ais krim 'kling kling' sbb ank2 june dulu pun mcm tu jugak...nasiblah idea jiran sebelah june dulu ckp 'jgn beli ais krim ngan org yg jual kling-kling...sbb pak cik yg jual ais krim tu tak basuh tgn...dia sering benti tengah jln buang air....hah, nanti pegang pulak ais krim jual kat kita...tak geli ke???...'
Sejak tu anak2 june tak mau lagi dah beli ais krim kling2...june akan cerita lagi cerita yg sama berulang kali....hahaha
Post a Comment