Asal Nabi Nuh a.s. bukanlah Nuh, tetapi suatu nama lain yang tidak banyak di ketahui, meskipun Allah s.w.t. menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.
Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu di panggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa yang lain. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh a.s. sendiri pada zaman itu.Nabi Nuh pun menyuruh anjing itu berhenti di depannya lalu bertanya :
"Wahai anjing, aku lihat muka kau ni begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?.
Anjing itu pun menjawab :
"Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?. Tanyalah tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau."
Nabi Nuh a.s pun meraung mendengarkan jawapan anjing hodoh itu, ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan. dia memohon keampunan dari Allah s.w.t. diatas pertanyaanya yang tidak sengaja.
Sejak itu namanya pun di panggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh di abadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

3 comments:
Jika kita rasa rupa kita tidak cantik, tidak istimewa, janganlah bersedih atau menyesal kerana semuanya adalah kehendak Allah menjadikan kita sedemikian. Muhasabah diri yang pernah merasa terkucil dengan fitrah diri.....Allah ada sebab dan ada hak menjadikan kita sedemikian.... subhanallah. Ampunkan dosaku YA ALLAH kerana pernah tidak mensyukuri nikmatMu.
Ooo,baru Ana tahu.Tak pernah lagi Ana terbaca atau terdengar kisah tentang asal nama Nabi Nuh.Baguslah, akak.Ilmu utk disebar2kan.
saya pun baru tahu kesah ni..
Post a Comment