Beberapa hari yang lepas suami saya lambat balik ke rumah. Pukul 11 rasanya dia baru muncul. Memang dia ada beritahu saya dia lambat sedikit tetapi dia tidak beritahu ke mana dia pergi. Jadi bila balik saya tanyalah dia dah makan ke belum. Dia jawab sudah. Dia makan di lapangan terbang kerana katanya dia menghantar kawannya yang mahu balik ke Turki.
"What did you eat for dinner?" Tanya saya.
"Hmm..we order Tom yam, nasi goreng and Ketiak.."
'Argah? Ketiak.."
Saya ketawa. Apa jugalah makan yang dimakan oleh suami saya.
"Alah honey, the food slightly spicy and black color.."
Fikir punya fikir akhirnya saya terfikir.
"Oh Kuey teow!"
"Yes..yes, kuey teow honey.."
Ha ha ha..kami ketawa besar. Tetapi kemudian rasa hairan pula. Sejak bila suami saya mula makan kuey teow. Kata dia, itu kali pertama dia makan dan terasa sedap pula. Esok paginya dia suruh saya membuat kuey teow. Tetapi disebabkan hanya ada mee kuning saya gorengkan dia mee.
Pertama kali makan mee goreng selepas 7 tahun berkahwin dan selepas berbelas-belas tahun tinggal di Malaysia. Suami suka dan lain kali katanya boleh buat lagi.
Esoknya pula bila makan malam, saya masakan dia kuey teow. Dia lagi suka. Dia cakapa kuey teow saya ini 4 kali ganda lebih sedap daripada yang terdapat di lapangan terbang. Apa tak sedapnya, sarat dengan udang, kerang, sayuran. Selepas makan seperti biasa suami mesti ucapkan terima kasih. "Honey..thank you for your ketiak!"
Aduh....jenuhlah saya mengajar dia kuey teow, tapi ketiak juga yang disebutnya. ha ha
18 comments:
"ketiak pon sodap"
he he he
Salam NB, Aduh! hai...Kelakau betul lidah abg Turkey ni kannn...
hahahah, rupanya my favourite food ini namanya ketiak.
hihi...ingatkan apadia la :D
Salam....
Bila terbaca tajuk n3 yatie...apa plak ketiak ye...
Hahaha rupanya kuey teow....:)
hahhaha..klakarnya pak seyit ni...
wakakaka......aduhai.....ketiak plak jadinya :)
ape daaa makan ketiak ekeke
hahaha...susah beno nak nyebutnye...:D
takpelah kak..dah mudah sket sbb tuan SK dah makan pasta tanah melayu :D
haha
apepun kak
asalkan sedap
nama dah tak kesah dah
haha
hehehe klakar lah kak yatie..what ever it is he must be proud of you ha..sbb selalu masakkan makanan yg best2 utk dia.. :)
sedapnya tgk mee goreng kak yati tu, meleleh air liur..
gelak sy kat sini. jauh benar bunyi ketiak dgn kue tiaw. haha.
nasib la kak yati ni terer. kalau x jenuh jgk nak tgkap apa dia la ketiak. kehkehkeh.
nampak lazat "ketiak" yang akak goreng tu kak...terliur intan...yummy..
ketiak... ingatkan apa tadi... tahan cili tak pe..
hahaha.. ketiak.. rupanya kue teow. lepas ni boleh lah akak selalu buatkan ketiak utk suami akak kan. dia dh suka tu.
hehehh kak....teringat anak saya pun pernah sebut kuey teow tu "ketiau" selalu usik dia sebab bunyi dekat2 bunyi ketiak. bila dia makan kuey teow cakap dia makan ketiak. :D
aduhai.. mau makan tingat citer ni. er...wat to do.. lidah lain2.. tehehe..
Post a Comment