Satu petang ketika saya duduk di taman, saya ternampak dia yang berjalan di hadapan saya. Sungguh bergaya dia dengan baju bola yang berwarna merah. Saya tegur dia ramah
"Cantik baju..."
Puji saya, dia ketawa.
"Aunti minat bola tak?"
"Minat.... jugalah.."
"Aunti sokong kelab mana?"
"Dulu Arsenal sebab ada Terry Henry.."
"Oh..dia dah pergi Barcelonalah aunti. Dah tak best dah.."
Petah sahaja bicara dia. Saya menganggukkan kepala.
"Ya betul tu.. Awak minat kelab mana?"
"Ya betul tu.. Awak minat kelab mana?"
"Liverpool pun suka, MU pun suka, Chelsea pun suka.."
"Wah..banyaknya kelab awak suka.."
Dia ketawa mendengar kata-kata saya. Handsome sungguh bila dia ketawa begitu!
"Hmm..pemain minat siapa?"
"Gerard aunti.."
"Gerrard sekarang main di mana ya? Barcelona?"
"Heasy..itu Gerrard lain aunti, ini Steven Gerrard dia main dengan Liverpoollah.."
"Oh iye ke?"
Kami sama-sama ketawa.
"Fernando Torres pun saya minat aunti.."
Fernando Torres pemain mana pulak ni? Sejak akhir-akhir ini saya kurang menonton bolasepak.
"Dia pemain liverpook ke MU?"
"Liverpoollah aunti.."
Huh! Nasib baik mengena juga..ha ha.ha
Dia kemudian bercerita mengenai pemain lain yang diminatinya, mengenai kelab bola sepak dan mengenai piala dunia tidak lama lagi. Dia mentertawakan Beckham yang satu ketika dahulu bermain dengan kelab bola sepak Amerika. kata dia orang Amerika mana pandai bola pun.
Dia bercerita macam orang besar sahaja dan kalau melihatnya tidak menyangka, dia cuma adalah seorang...
-
-
-
-
-
-
-
-
Kanak-kanak berusia 6 tahun. Kalau nak tahu Muhammad adalah abang kepada Musa, kawan Qaisara. Masih berada di tadika tetapi amat meminati bola dan cukup bijak sekali bila bercerita mengenai bolasepak!
8 comments:
sy yg 20thun ni pn xkhatam lg bab bola sepak..hebat btol dy ni..
lor..budak 6 tahun rupanya..pick up btl budak2 sekarang..kalau Aween dulu..umur 6 tahun tak tau langsung pasal benda2 luar dari rumah Aween
uwaaaaahaaaa....tak jadi org pertama hari ni. hebat Muhammad ini...tak sangka sungguh dia tahu semua pasal bolasepak dan pemainnya. Tengok gambarpun dia bergaya sungguh.
Salam Kak Yati
WAHHHHHH! Sangat kagum dengan MUHAMMAD! Cayalah dik.. akak ni langsung tak taw apa.. kekekekeke.. tanyalah satu pasukan bola hatta pemain pun x ambil pusing.. kekekekke
Budak-budak sekarang memangbijak kalau bercakap
muhammad..
jom datang sini. nanti kak irma boleh bawa g stadium arsenal, chelsea, liverpool n MU.
mesti best ada tourist guide yg ckp melayu.. hehe.
Wah...Kagum2:))
woah!!! cayalah...hebat betul, kak Yati sampai kan salam kat dia yer...
Post a Comment