Oh..anak dara saya nan seorang ini memang suka duduk di dapur. Tidak tahu kenapa suka sangat dia main dengan tepung segala. Acap kali dia mengajak saya buat kuih. Kadang kala saya layan, kadangkala tidak. Dia pulak kadangkala masa baik senyaplah bila saya tak layan, masa angin tak baik menangis-nangis mahukan tepung. Jadi kadangkala saya letak aje tepung dengan air. Biarlah dia main. Dah puas barulah dia bangun dan mandi.
Sampaikan dia sudah ada mixernya sendiri. Bukan pakai letrik ya, pakai manual.
Mixer Qaiara ni pusing pakai tangan. Gigih dia memusingnya tau, orang buat tak boleh. Sambil pusing sambil senyum.
"Umi Teta dah penatlah, boleh masukkan dalam bekas tak?" Masuk ajelah Ta. Dah itu yang dia larat putarkan.
Inilah hasilnya. Kek Teta yang senget benget. Yelah..mixer pakai cara manual, mana kek tu nak rata ya tak? Ha ha...siap bila baba dia balik, dia menjerit pada babanya. "Baba suprise! I make cake for you!"
Baba dia betul-betul terperanjatlah. Walau senget benget tapi kata babanya sedap. Bersungguh-sungguh babanya makan. Nak ambil hati anak atau memang sedap, tak tahulah. Ha ha..
Sayang asyik dia main tepung dan tepung itu terbuang sahaja. Saya belikan dia tepung kek dan buat kek yang betul. Dia ingat apa yang saya masuk, tepung, telur, susu..ha haha.
"Umi Teta dah penatlah, boleh masukkan dalam bekas tak?" Masuk ajelah Ta. Dah itu yang dia larat putarkan.
Inilah hasilnya. Kek Teta yang senget benget. Yelah..mixer pakai cara manual, mana kek tu nak rata ya tak? Ha ha...siap bila baba dia balik, dia menjerit pada babanya. "Baba suprise! I make cake for you!"
Baba dia betul-betul terperanjatlah. Walau senget benget tapi kata babanya sedap. Bersungguh-sungguh babanya makan. Nak ambil hati anak atau memang sedap, tak tahulah. Ha ha..
10 comments:
bagusnya qaisara ni. takpe..besar nnt takde la kek jd senget-benget lg ;)
tumpang tanye... beli kat mane ek manual mixer tu? dan berapa harganya?
tengok gaya kek Teta ini, sedap juga tu kak....rupa tak penting, rasa yang penting.
Za pun nak tahu juga ,mana beli mixer tu kak?
ya ampun... pandainya teta ni. kecil2 dh pandai buat cup cake. mmg gigih dia yea... cayalah kat teta!
hahaha..jadi menantu auntie la..
wah pasni minta qaisara buat cupcakes!!! :D
Nadiah akak jarang bake, sbb akak tak suka kek, tapi dari mana ntah..dia suka sangat buat kek
Kek cawan itu mixer utk anak2, dia ada banyak gadjet, buat roti pun boleh akak beli di Isetan, harga dalam Rm100 tapi masa tu ada sale..dapat dalam RM50..he he
Za..ha ha mixer tu beli kat isetanlah za..utk budak main..ha ha
ida minat sungguh dia dgn tepung dan bake, sdgn akak tak suka..
besar nanti nuar, mahu terbakar oven haku dikerjakannya ha ha
wah!! teta da pandai wat cake, lps ni leh berguru ngn auntie, kasi lagi pandai... :-)
perghh mmg terer dr auntie tini nih Teta!
Kak Yati,
SEkurang-kurangnya adalah jugak rupa muffin. Saya punya, he he he... sabar ajelah. Meh Teta dengan Auntie Elee main masak-masak, jom. Esok kita boleh bukak cake shop. Kita jual muffin tak naik dan muffin penyek. Itu kan, specialty kita... ha ha ha.
Post a Comment