Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 1, 2010

PERJALANAN

Baru-baru ini saya ke Kelantan kerana menghadirikan diri di Pesta buku Kelanta. Tidak melalui jalan yang biasa. Kuala Lipis-Merapoh tetapi melalui Simpang Pulai, Cameron Highgland dan juga juga Gua Musang. Memang kalau travel dalam Malaysia saya suka mencuba bermacam-macam jalan. Saya pergi dengan editor saya Suraya, bibik dan Qaisara. Kami bergilir-gilir memandu. Cuaca begitu cantik sekali hari seolah-olah mengalukan kedatangan kami.




Sepanjang perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron saya asyik memerhati, berkali-kali di dalam hati mengatakan beberapa beruntungnya saya tinggal di Malaysia yang masih menghijau alamnya.




Berhenti sekejap di Cameron melihat keindahan alam



Cameron memang terkenal dengan bunga-bungaan, macam-macam bunga ada.


Bunga loceng bermacam-macam warna tapi yang saya ambil gambar warna pink sahaja. Saya sendiri pun tidak tahu apa alasannya. Ha.a.ha



Selepas membeli doremon yang ini sebanyak 4 ekor


Membeli ini seekor (siapa lagi yang nak kalau tak si Teta)


Qaisara juga sempat menyambar gula-gula halus dan paling panjang pernah saya tengok (yang berada di tangan Qaisara seperti lidi dan abaikan tong sampah yang interframe) kami meneruskan perjalanan...



Sepanjang perjalanan melihat batas-batas pokok dan tanaman. Memang mengasyikkan timbul keinginan mahu menjadi petani..ha.ha..



Di lereng bukit yang tinggi pun dimanafaatkan untuk pertanian. Saya suka melihat sekeliling walaupun saya agak keletihan kerana saya bangun agak awal pagi itu iaitu jam 3 pagi. Tetapi yang menggangu sedikit mood saya adalah benda inii


-

-

-

-

-


-

-

-

-

-





Ya...ampun! Rasa macam taubat sekejap. Sepanjang perjalanan kami terpaksa mengekor dan memotong lori-lori yanng sebegini. Berpuluh-puluh. Rasa-rasanya mahu sahaja keluar kereta dan pijak kayu-kayu balak ini tau. Ha.ha.




9 comments:

Leeza said...

Salam kak...itulah sebabnya za mengantuk semalam kerana terpaksa mengekor sebuah lori kelapa sawit dengan kelajuan 50km/j ,nak potong kereta di arah bertentangan banyak . feri pula tak beroperasi air surut, jadi semua mengguna jalan darat....nasib terbabas di tepi jalan berumput, sikit lagi masuk parit.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

PERGHHH!!
akak smakin ganas!
nk pijak kayu balak plak!!
hahaha..

aku ade kekuatan cam Incredible Hulk ke?? TAKOT NI!

GREENJADE said...

mmg ganaz akak sorang nih..waakaka!!

kalu saye pijak2 jek driver lori tuh..bwk muatan telebih..ngeri & merbahaya keselamatan org lain ahhh

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kecut perut tengok lori kayu balak tu...tak dipotong kang lambat...kang potong takut tak lepas pulak ye kak...haih

Anonymous said...

Dulu masa sy belajar kat KL,selalulah kena lalu jalan ni nak balik Gua Musang. Sini memang kawasan kemalangan maut..Lori akan muncul bermula jam 1.00 tengah hari sampailah malam. Tapi kalau jam 5 petang ke atas lg banyak..sabar2 ajelah.selalu merungut dgn suami (dr jengka-gua musang),sini sepatutnya kena perluaskan jalan.Tp nak buat macam mana, kiri kanan sawit.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za terbabas kat tepi jalan tak apa..akak driver di grik hari itu asyik terbabas aje..jalan dia bengkak bengkok..

Ha.ha..jim kalau kau kena ikut lori cam ni dgn banyaknya harus kaunak pijak tau!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

tinie..ha.ha ya ampun lagi ganas..sbb driver kena pijak, macam driver tu tak melawan dari dipijak ya..ha.ha

bertambah mengigillah kau nuar ya tengok lori balak tu..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

faten..yelah, dapat lori buat lebih muatan cam tu..pengsan dibuatnya, kenapa jpj benarkan ya? sedangkan bukankah ada kawasan penimbang tak jauh dari situ..

Anonymous said...

Kak yati, yg lebih muatan tu dia orang sedia tahu dah waktu jpj aktif kat area tu. Saya kalau kena ikut lori balak , saya keluarkan novel dan baca dlm kereta(sbb dah ada driver kan relaks ajelah)..Saya kira berapa bab saya boleh habiskan..hehe
Kalau kat grik pula, hati2 bila memandu sebab kawasan tu area gajah..