Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 30, 2010

MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,
"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut,
"Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata,
"Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lalu isterinya menjawab,
"Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?" Orang Ansar itu pun berkata,
"Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya.
"Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
Apakah diantara kita sanggup berlapar untuk menghormati tetamu atau jika tetamu datang kita sambut dengan rungutan di dalam hati..hiss..sibuk aje aku tengah nak tidur ni dia orang datang?

p/s mulai Jumaat ini saya akan schedulekan setiap hari jumaat ada cerita teladan yang saya letak di blog saya. Semoga kita dapat mengutip serba sedikit pengajaran dan teladan darinya. Insya-ALLAH

5 comments:

Leeza said...

sebulan akak nak datang saya dah suka sangat.....macam2 saya plan untuk sambut kedatangan akak. Hopely akak suka dengan layanan za seadanya nanti.

Marzalina said...

kak..dlm buku ta'alim..ada pernah intan baca kisah ni.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak,
nik ada satu citer versi lawak benar yang 'seram'..kisah ala2 sama..si suami bawak balik tamu.. suruh isteri hidang dan gelapkan pelita..lepas tu isteri ni bengang lepas hidang makan.. duk sblh suami.. pastu tangan dia hulur kat paha suami.. sambil cubit bini ni kata sambil kacip gigi tahan geram..."kenapa bwk balik org malam2 nihh..."
tiba2 'suami' tu jwb..bukan aku nak ikut..suami kau ajakkk (sambil tahan sakit)!!!
Alamak salah orang daaa!!!!
moral of the story...takleh nak ikut ajaran rasul lagi!..heheh

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

SUKER CITER CAMNI!!!

akak jd cam ustazah jim masa skolah rendah dulu..suker citer2 nabi2 teladan..jim suker!

dah lama xdgr citer2 camni..BESH2!!

Mami Booluck said...

Alhamdulillah setakat ni slalu cuba menerima kedatangan tetamu dgn hati yg gembira dgn wajah yg manis walaupon dlm keadaan yg btoi2tak larat sebab ingat tetamu tu dtang bawak rezeki dan bawak balik dosa2 ahli rumah...

tapi masih ada ahli rumah yg tak termotivasi dgn janji Allah yg satu ini....

semoga Allah beri hidayah kpd kami sekeluarga..