Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 2, 2010

PASAR KHADIJAH

Kalau ke Kelantan salah satu kegemaran saya ke pasar kuih Siti Khadijah. Suka sangat saya melihat kuih yang berwarna warni dan kebanyakkan rasanya manis. Tetapi apabila saya pergi kali ini makanan kegemaran saya tidak adalah pulak iaitu jering rebus (orang tua klasik macam saya ni apa lagi makanannya..he.he)


Timbunan karipap, tidak banyak kuih pedas yang dijual di pasar ini dan salah satunya karipap




Ini tapai. 5 bungkus RM1


Pulut bakar.



Inii dipanggil apa ya tetapi di makan dengan kuah gula seperti laici kang.




Labu sira. Campuran manis dan lemaknya cukup sempurna. Saya beli yang ini dan saya suka.



Tahi itik. Tertanya-tanya saya adakah tahi itik berwarna putih? Ha.ha.ha


Jala emas. Saya kurang suka yang ini terlalu manis dan saya tidak membelinya..



Ubi apa ya? Bila saya tanya yang menjual depan pintu pasar khadijah dia buat tak tahu aje. Sabar ajelah..



Ini sejenis ubi juga, saya suka yang ini kerana rasa lemak-lemak masin.


Ini bukan karipap Pasar Khadijah tetapi saya makan di KB Mall. Sengaja bagi peluang karipap ini interframe. Memang sedap...



Keratan rentas karipap yang diletak telur. Lebih sedap daripada apa yang saya pernah buat. Kena tanya resipi ni..ha..ha





Sebenarnya banyak-banyak yang ada di pasar kuih ini saya lebih suka yang ini (tertanya-tanya juga kenapa pasar kuih ada jual parang, pisau dan sabit ya..he.he) Saya beli parang dua. Satu untuk ayahanda saya yang hidupnya memang sentiasa akrab dengan parang, satu untuk saya ..kata makcik yang jual tu boleh potong kayu. He.he..



12 comments:

melissa said...

Salam kak yati. Mak saya yang tinggal berseorangan pon simpan parang di rumah utk tujuan keselamatan, lebih2 lagi selepas nenek pernah dirompak dgn pisau. Ada juga gunanya parang tu selain nk memontong kayu hehehe

CikCah Kebayan said...

kakyati, gmbar no 4 tu..
org klate panggil cendol (yg pjg2 ijau putih tu)
yg biji kecik2 pink= sagu
putih= buah kabong
pjg2 merah + oren= locong (not sure)

heheheee
ecah biase mkn cendol ngan sirap
best;-)
biase kalo bln puasa lg best..
alahai..kakyati pi klate time ecah da kat uia. kalo x, leh kt jumpa.
novel LLBK yg beli msa bookfair ri tu xsntuh lgsung ag kak..

Leeza said...

Salam kak...puit Hang Tuah nak mengamuk ke? hahahaha....

pil'sowe said...

ubi yg kaler itam tu nme die ubi keling..sdap sgt..bg sye la..hahahaha

illaieylla said...

ubi itam tu namanya ubi keling la kak yati....sedap sgt mkn time ujan heheh yeyey bln 6 ni blh balik kelate then mkn le puas2

Sue said...

Salam kak yati, ubi yang hitam tu, tak silap di sebelah utara di panggil ubi kemili.

Dan satu lagi ubi tu, ubi keladi. Ada satu lagi ubi keladi yg besar. yg kecil ni sdap, lemak dan manis.

Mama Nazhan said...

salam kak yati...saya ingat mlm ni nak baca2 blog jer,tp bila tgk kak yati beli parang,,saya pun teringat yang saya pun beli parang ari jumaat ari tu..tp kat pasar malam junjung kulim jer...
rumah saya ni kena ade parang utk menebas hutan dara kat kwsn umah saya..haha..gunting pokok pun dah tak lut...bayangkanla kerimbunannya...hahaha
kak yati plak nak potong apa yer?

Mama Nazhan said...
This comment has been removed by the author.
NIk Fauziah Nik Hussin said...

pasar siti khadijah...uikss lamanya tak pegiiii...

Faten Anur(Ladymaroon) said...

Dah bertahun tak pergi pasar tu sebab dah lama tak balik p.mas.kalau balik kg pun,balik hari je..
Kuih2 ni kat belah hilir aje ada. Kat gua musang,susah nak jumpa sbb dah sebelah pahang dah. Org2 kat gua musang pun ckp dia tak pekat mana dah.hehe..sbb tu sy kurang paham kalau org2 tua guna perkataan pelik2

kakyong said...

lama nya tak makan ubi kemili tu...

dulu masa dok Ganu selalu makan jering rebus, makan dgn kelapa parut.. lebih sedap kalo kelapa parut tu yg masih muda... waaallaaa weiii...

idasm said...

alahai kak. tgk jala mas tu.. teringinnya. ida suka jala mas. lama sgt tak makan. kalau dulu2.. bila ada kenduri kawen, tok nyang idalah yg akan masak jala emas ni.. utk dibuat hantaran, tp ida bolehlah tumpang sekaki.. hehe..