Lokasi
Lot GF-25 Ground Floor SACC Mall
Jalan Perbandaran 14/9
Shah Alam Selangor 40000 Malaysia
Sebenarnya makan-makan di Asiari ini sudah lama. Sudah hendak dekat sebulan tetapi kerana menanti gambar dari Cik Pingu atau pun Umi, barulah kali ini dapat dipostkan. Saya berjumpa dengan sahabat FB saya Lady Gegeh di Asiari ini, dia membawa sekali kawannya umi atau Cik Pinguu. Makanan Vietnam agak kurang memenuhi cita rasa saya mungkin kerana rasanya yang agak manis, saya lebih sukakan makanan Thailand yang pedas berapi.
Inilah Cik Pinguu atau umi bersama dengan Qiasara. Dah tak tahu mana budak 4 tahun dengan 24 tahun..ha.ha.(Pinguu! Betul ke umur hang 24 tahun?..ha.ha)
Ini dia Lady Gegeh atau Tasha. Ini mesti ada yang komplen tengok muka saya yang serius semacam. Ha.ha
Antara makanan yang kami makan. Butter rice dengan ayam percik itu adalah makanan yang saya pesan untuk Qaisara. Tetapi bukan dimakannya pun..
Makanan ini harus dimakan dengan kertas beras yang digulung seperti popia. Vietnam memang popular dengan makanan yang digulung sebegitu.
Kami order dua set makanan ini. Satunya yang banyak sayuran dan yang satu lagi lebih kepada daging. Tengok si umi makan seorang dengan pinggan besar tu! Berlakon aje tu..he.he
Anak dengan umi selepas makan. Gendang gendung tali kecapi, kenyang perut suka hati! Tapi saya macam tidak puas hati aje makan di sini, sebab tak ada cili api..ha.ha
5 comments:
Qaisara makan pedas mcm akak jugak ke? Tgk akakmasak2 tu pun penuh dengan lada...seram...
Kak Yati: Kalau nak makan makanan Thai kat Shah Alam..kena pg Thai Village kat Sek 13..Tapi agak mahal cikit la makanan kat sana
sama lah saye kak..x pedas xdee umpphhh gitu hahaha
lain kali kena bw stok cili api dlm henbeg la ye akak hik3
dah dekat ngn umah tuh...nape x calling2?hehehehe
hahaha... tersengeh ida baca ayat akak yang last tu.. tak puashati kalau takde cili api.. akak ni mmg kuat pedas yea.. hihi..
cantik restoran tu ...
belom cuba lagi makan kat situ.My hubby pun tak boleh tadak pedas2 dlm mkn.katanya macam tak makan. :)
elismie
Post a Comment