Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 16, 2010

MEMBELI BELAH DI SARAWAK

Orang perempuan, tahu sahajalah. Kalau pergi ke mana-mana pasti membeli belahkan. Saya pun macam tu juga. Walau badan tidak berapa sihat ketika ke Kucing, tapi gagah lagi berjalan-jalan. Qaisara sudah mengikut acuan saya. Sebenarnya tidak ke mana-mana pun kami shopping. Indian Street aje, waterfront dan Spring.



Ini dia Indian street yang sentiasa sibuk di Kuching ini. Kata Lizabujang kalau raya, pasti penuh. Biasalah kalau tempat macam ini di setiap negeri. Macam masjid India di Kuala Lumpurlah.

Saya tak beli apa-apa pun di sini, tetapi Qaisaralah. Suka sangat dengan baju ini. Dia beli tiga helai. Sehelai RM10.




Kemudian berkenan pula selipar hello kitty yang berharga RM8. Ha.ha. Beli ajelah Ta. Qaisara tak kisah berapa harga sesuatu barang, asalkan ada warna pink, gambar mickey, hallo kitty atau barbie.




Kemudian kami ke Spring pusat membeli belah yang popular di Kuching. Di sinilah selalu pesta buku dijalankan. Beli Laksa Paste ini tetapi tak tahulah bila nak masak.



Ini botol air si Qaisara. Sebenarnya harga dia sama sahaja di semenanjung tapi dah berkenan. Beli sahajalah. Buat memberatkan beg ya Ta..


Botol susu brand Chicco ini memang saya cari paten yang ini. Tetapi di Sogo, di Mid Valley rasanya dah 2 tahun kehabisan paten itik ini. Tiba-tiba saya jumpa di Kuching. Tinggal dua sahaja. Saya beli, dua-dua. Untuk siapa lagi. Masakan untuk saya dengan suami saya..ha.ha..



Kalau dah warna pink dah pasti untuk anak dara saya. Masa membeli ini suami saya datang dan bertanya. "How much honey?" Ha.ha.ha.ha. Saya buat tak tahu sahaja. Sebab harga dia lebih mahal dari kasut saya. Nasib baik ketika itu Qaisara nakkan sesuatu. Saya suruh suami melayan Qaisara...selamat. ha.ha.ha



Sebenarnya saya amat sukakan sling bang, saya pengumpul sling bag. Saya tertarik dengan yang ini di butik ELLE. Tapi telah dirampas dengan cara berhemah oleh Qaisara dan sudah mendakwa sebagai milik kekalnya. Huwaahh..hu.hu.hu Silap saya, ada beberapa warna, warna pink yang saya beli kenapa?


Ini yang saya beli dan Cik Lizabujang bayarkan. Gula-gula jeli lada hitam. Sudah selamat diagih-agihkan pada jiran.



Mi Lee Fah ini atas cadangan Lizabujang yang suka makan, ianya seperti mi mamee yang dimakan segera dan tidak payah di masak. Lizabujang mendakwa mi ini lebih sedap dari mi mamee. Bila dia bertanyakan Qaisara antara Lee Fah dan mamee yang mana lebih sedap, Qaisara cakap Lee Fah ni sedap bersoraklah Lizabujang. Namun kemudian Qaisara menyambung, mamee pun sedap..ha.ha.ha.. Bila bawa balik Qaisara tak begitu suka yang sukanya bibik. Ha.ha.ha




Ini gambar t-shirt yang saya beli berhadapan dengan waterfront. Cantik designnya. Saya jumpa satu kedai sahaja yang menjual design begini.



Antara design yang menarik perhatian saya..


Ini juga...




Sebahagian deretan t-shirt yang saya beli. Hendak dijadikan cerita, ketika membeli belah t-shirt ini Qaisara merengek mengajak balik. Angin sungguh saya, langsung tak ada kompromi. Kata dia penat. Tergesa-gesalah saya mencapai itu ini. Tetapi apabila sudah balik ke Kajang, sebaik melihat muka bibik dia memberitahu.
"Bibik, Teta ada belikan bibik t-shirt tau? Betul tak umi?"
"Aik..ada ke?"
"Adalah, yang umi beli banyak-banyak tu. Umi belikan bibik jugakan.."
Dalam dia merengek nak balik dia perasan pula saya belikan bibik t-shirt. Apabila tiba di Kajang, dia kemudian sibuk menelefon sepupu-sepupunya.
"Teta belikan Balkish T-shirt, Teta belikan abang Adli T-shirt.."
Ha.ha.ha.ha. Geram ada, kelakar pun ada.

Ini dah penat bershopping sampai tersadai di tembok pusat membeli belah Spring. keh.keh..





10 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam :)
Frustnya...tak dapat jumpa akak kat Kuching :(

GreenJade said...

wahh berjalan2 soping sakan

somel nye butu susu couple tuh..memula tu igt utk akak & hubby hahaha

adriea said...

wahh... da lame saya tak menjejakkan kaki kat kuching..
cantik la tshirt kak yati beli tu... comel2 =) pandai akak pilih..

idasm said...

hahaha... mcm2 ragam teta ni ye. lawak pun ada.. hihi. akak beg elle tu mmg cantik. silap akak pilih pink sure dpt kat tetalah jaswabnya. ida rasa akak pun dh tertatik ngan pink kot... hehe..

kasut pink teta tu pun cantik giler... geram je ida tgk.. hehe.

akak... cantik baju akak... warna pink ida suker!!!!

take care yea...

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Amboi kak sengetlah bahu bawa barang2 rembatan.. kekekekeke ;P

Duke Luce Dell'amore said...

byk lg brg teta dr brg uminyer..
kikiki..
part botol susu tu mmg xthn!
tetiba kpala otak jim ni duk terbyg yg bkn2..WAKAKAKA..

Zilla said...

Kak Yati.... cantiklah sling bag yg kak yati pakai tu

NORHAYATI BERAHIM said...

Ros..insya-ALLAH satu masa nanti kita jumpa ya..

Tinie, hantu hang..ha.ha..apakah halnya nak menghisap susu lagi, mesti tak puas.ha.ha

adrie..bab shopping bagi kat akak..

NORHAYATI BERAHIM said...

si ida ni suka nau warna pink, yelah..beg tu dah jadi hak milik kekal si ida. Ha.ha.h kasut pink teta tu akak yang berkenan mula2 dan teta pun minat sekali. Kat Turki hari tu ada beli tapi dah kecil..

Dayah, mana ada senget..campak aje dalam kargo ..MAS yang bawak..ha.ha

NORHAYATI BERAHIM said...

Jim..apalah yang ada kat dalam otak kau ya..ha.ha.ha..isk budak ni

Zilla, ingat cantik sling bag yang akak beli si teta rembat tu..ha.ha