Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 10, 2010

LAKSA SARDIN

Kali ini masak masakan orang malas. Kalau biasanya orang masak pakai ikan kembung, selar dan apa-apa ikan yang mereka minati, saya suka masak laksa menggunakan ikan sardin. Ikan sardin baunya tidak begitu kuat seperti laksa biasa. Jadi suami yang alergi dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan tidak akan membuat sebarang komen secara langsung. He.he
Ini bahan-bahan penting yang membangkitkan aroma laksa. Daun kesum dan juga bunga kantan. Jangan lupa bawang merah, bawang putih, asam jawa/keping, cili mesin, perasa dan juga garam.



Ini juga bahan penting. Saya selalu gunakan dua tin sardin yang besar. Ambil isinya sahaja dan buang sos sardin itu. Satu tin sardin dihancurkan dengan diramas-ramas atau dimesin halus.



Satu tin lagi di hancurkan kasar, terpulang pada kesukaan masing-masing. Tetapi saya lebih suka pada ikan sardin yang kasar-kasar. Bila makan baru terasa.


Masukkan semua bahan dalam periuk, daun kesum, bunga kantan, bawang, cili, asam jawa/keping (saya tidak menggunakan belacan nanti Mr Seyit Kara asyik sembur rumah aje dengan pewangi..ha.ha). Masukkan sardin yang sudah diramas halus. Selepas mendidih, masukkan sardin yang diramas kasar. Sedapkan dengan garam dan perasa.


Hidangkan dengan laksa basah yang sudah dicelur, telur rebus, salad, bawang besar dipotong, timun dan sebagainya. Boleh makan. Cepat dan mudah.




9 comments:

Nor Ramli said...

haha...terasa nak buat laksa je hari ni...inspiring sungguh resepi akak ni :) TQ

Liyana said...

wahhh bestnya..my fav ;)

idasm said...

Haha... Ida ingatkn ikan selayang yg dipanggil ikan sardin (kl), rupanya mmg real ikan sardin dlm tin, mmg kreatif sungguh kakakku ini ... Boleh try lain kali

Nor Azlina Yusof said...

kak..tambah daun pudina, nenas potong ngan otak udang..lagi terangkat..dah jadi cam asak laksa ala chinese lak..Tapi aween pnh mkn kat hotel yang masal laksa guna ikan sardin macam akak..sedap wooo

GREENJADE said...

mai semangkuk kak!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...
This comment has been removed by the author.
Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha. am, resipi mudah..tapi sedap..makan dgn cili api..

Liyana suka laksa ya..he.he

Ida..cubala memang sedap, mudah..

Aween, tambah aje apa yang aween suka, memang letak nenas pun sedap..tapi da tak ada nenas pun bantai..ha.ha

Tinie..marilah..datang umah..akak buatkan..ha.ha

harz... said...

Cam senag je buat laksa guna ika sardin... nak try la... saya mmg x pernah buat laksa selama nie rasa susah sgt nak buat laksa guna ikan basah....

Unknown said...

wah, bagus sungguh kak yati nih!
mudah n lengkap!
klu x ada resepi akak nih, sampai bila pun saya x masak laksa, renyah!

thanks for sharing akak :)