Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 10, 2013

PERINGATAN MELALUI SI KECIL




Seminggu dua ini saya ada menghadapi masalah. Bukan masalah saya tetapi masalah yang orang lain bawa dalam hidup saya. Terus terang kadangkala saya lelah dengan manusia yang menyusahkan hati saya dan kadangkala saya fikir balik. Apa yang menyebabkan saya diduga dengan orang-orang sebegini. Akhirnya saya terpaksa akur ini kehendak ALLAH. Saya selalu menimbang kelemahan diri saya. Banyak kekurangan dan terlalu banyak lompong yang harus saya perbaiki dari segi ibadat, sedekah, hubungan keluarga, sahabat dan sebagainya. Walau kita cuba melakukan yang terbaik tetapi belum tentu apa yang kita buat sudah terbaik.
Tadi ketika saya mengambil Qaisara di sekolah, kami banyak berbual dan apabila saya berhenti di satu lampu isyarat Qaisara tiba-tiba berkata.
"Umi walau kita solat, kita banyak sedekah, bantu orang, bantu anak yatim. Tapi kita tetap susah dan tetap ada masalah umi tahu kenapa?"
Ya ALLAH hati saya sudah berdebar-debar. Qaisara macam tahu sahaja saya ada masalah.
"Sebab apa sayang?"
"Tuhan nak uji kita umi. Allah nak jadikan kita lebih baikkan umi.."
"Mana Teta tahu?"
Hati saya sejuk seperti disiram salju. Tidak tahu kenapa itu yang keluar dari mulut sekecil yang berusia 7 tahun ini. Apakah dia dapat membaca fikiran saya yang tengah sarat itu.
"Teta tahu, Teta ada tengok telivisyen. Ada ustaz cakap cam tu.."
Ya ALLAH, saya tahu ALLAH menghantar peringatan pada saya melalu Qaisara dan saya harus sabar dengan dugaan kecil ini.



Monday, January 7, 2013

ANGAN-ANGAN QAISARA



Pagi tadi ketika menghantar Qaisara ke sekolah. Qaisara rancak berbual dengan saya. Kata Qaisara dia bercita-cita mahu membina hotel bila besar nanti.
"Hotel 7 bintang.."
Wah hebat sungguh Qaisara sampai 7 bintang.
"Setiap bilik ada jakuzzi.."
Angan puteri tunggal saya ini.
"Kemudian makanan pakai room service umi. Telefon aje, dia hantar makan dan makan apa sahaja. Percuma.."
Wah..saya ketawa mendengar angan-angan anak saya ini.
"Lagi sayang?"
"Kolam renang sediakan float (pelampung) umi, orang tua yang tak tahu berenang, budak-budak pun boleh pakai.."
Wah bagus juga idea anak saya ni, mungkin dia tahu ramai orang tua tidak tahu berenang agaknya. Ha ha
"Massage di dalam bilik. Panggil sahaja kalau mahu..semua percuma.."
"Aik semua percuma sayang?"\
"Yelah umi, semua masuk dalam bayaran hotellah umi.."
Ha ha ha..mungkin angan-angan Qaisara ini tampak macam saya rekakan sebab mana mungkin kanak-kanak seusia 7 tahun boleh berangan begini. Tetapi Qaisara sudah biasa ke hotel dan mengikut saya ke mana-mana sahaja jadi dia memerhati.
"Semua bilik hotel kita sediakan Al Quran dan sejadah ya Qaisara.."
Saya menambah. Qaisara menganggukkan kepalanya. Mana tahu semua ini menjadi kenyataan satu ketika nanti...Aamiin

Saturday, January 5, 2013

MOMEN INDAH


Satu ketika dahulu pernah tak ada di antara pembaca berangan seperti gambar di atas. Setiap kali pergi ke sekolah di hantar oleh emak dan kemudian dari sekolah pun diambil. Pasti ada, begitu juga saya. Saya selalu berangan, emak menunggu saya ketika hujan dengan payung. Namun itu hanya angan seorang budak kecil yang kurus. Atas sebab tertentu apa yang saya citakan tidak pernah tercapai, namun saya tidak pernah marah pada emak bahkan bagi saya mungkin tuhan bagi saya kurang beruntung ketika kecil untuk mesyukuri rahmat yang saya ada sekarang ini..(sedih pula)



Qaisara paling tinggi dalam kelas, dia pakai kasut size 2 tau? Ha ha

Tahun ini Qaisara sudah mula memasuki darjah satu. Saya  masukkan Qaisara ke sekolah Seri Abim di mana sessi pelajaran bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 4 petang.
Walau agak jauh sedikit tetapi saya mahukan yang terbaik buat Qaisara. Berharap dia mendapat pelajaran agama dan dunia dengan seimbang.

Sessi hendap mengendap hari kedua persekolahan 

Kemudian dia pula yang tahu saya mengendap dia, mengendap saya balik pada hari ketiga.

Ini kepenatan yang melampau pada hari pertama. Hari kedua Qaisara telah dapat mengimbangkan tenaganya. Saya atur jadul solat, jadual belajar dan tidurnya. Saya berdoa kami sama-sama istiqamah .

Setiap hari saya mengambil Qaisara pergi dan balik dari sekolah. Hari pertama apabila saya memarkir di kawasan sekolah, selepas 30 minit baru saya boleh keluar. Jadi hari kedua saya sudah cerdik sedikit. Saya parking agak jauh. Berjalan kaki dalam 5 minit dan kemudian terus dapat balik ke rumah.
Saya rasa saat-saat menghantar Qaisara ke sekolah adalah momen sangat indah bagi seorang ibu. Saya hantar dia sampai ke kelas. Peluk dan cium dia sebelum mengucapkan selamat tinggal dan apabila sudah melangkah beberapa langkah. Saya akan kembali ke kelasnya semula dan melihat dia  dari celah tingkap.
Mengambil dia dari sekolah juga adalah satu saat yang selalu saya nantikan. Sepanjang balik sekolah, walau saya tidak pernah ditunggu oleh emak tetapi saya selalu berharap dapat melakukan pada anak saya. Syukur segalanya tertunai.  Melihat saya di luar kelas, Qaisara tersenyum-senyum. Saya pegang tangannya yang mungil sambil menjinjing begnya sambil berbual. Beberapa hari ini kami berhenti di kantin dan sambil menyedut air yang kami beli, Qaisara bercerita macam-macam hal di sekolah. Ada cerita yang sedih dan ada yang mengembirakan.
Kata kawan saya ada bas sekolah yang lalu di kawasan saya bayarannya hanya RM70 sedangkan sebulan  saya terpaksa membayar RM120 duit tol untuk menghantar dan mengambil Qaisara ke sekolah.
Namun bagi saya, momen saya mengambil dan menghantar Qaisara ke sekolah adalah momen indah yang tidak mungkin saya lepaskan, kerana setiap saat adalah sangat bernilai.
Kerana saya akui saya tidak pernah memilikinya sebelum ini dan saya mahu Qaisara merasainya.


PERNIKAHAN ADIK SAYA

Dah berlapuk dah majlis ini. Majlis pernikahan adik bongsu saya Nurul Inttisar yang berlangsung di Bukit Katil Melaka pada 15 Disember lepas. Menitis juga air mata saya apabila adik saya selesai dinikahkan. Dia adik bongsu yang tinggal dengan saya untuk beberapa tahun yang sentiasa membantu saya menjaga Qaisara dan melayan Qaisara dengan baik. Sedih memang sedih, dia yang selalu hantar Qaisara ke kelas renang dan piano. Saya terpaksa menerima hakikat adik saya yang bezanya hampir 20 tahun dengan saya akhirnya menamatkan zaman bujangnya.


Ha ha..pasti ini saat yang sangat mendebarkan..

Apa yang ayah saya bisikan pada menantunya itu?

Ayah saya menikahkan menantunya..

:

Upacara membatal air sembahyang..

Lepas pernikahan selesai dijalankan..

Anak dara berdua ini sempat lagi...

Ha ha bff saya Liza Bujang..sempat bergambar di dalam bilik.

Bergambar sebelum majlis makan berhadap.

Bersama kawan-kawan. Asal mata saya ke atas ya..ha ha sebenarnya tak banya gambar yang saya ambil dengan adik saya mungkin kerana sibuk masak dan melayan tetamu

 Keluarga pihak lelaki



 Marhaban wanita

marhaban  lelaki.

My sister cum my bff. Ha ha kak saya yang sulong dan kedua. Maznah dan Mijah yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Tuesday, December 25, 2012

TINDAKAN YANG BETUL

Kata pembantu rumah saya, ada beberapa keluarga dia bekerja, sayalah emak yang paling sabar. Tetapi saya tahu saya tidaklah sesabar mana. Kadangkala hilang juga sabar saya dengan Qaisara yang kadangkala bila anginnya datang suka merengek-rengek.
Semalam ketika saya sedang membuat cover buku, Qaisara datang dan bertanya sama ada saya nampak salah satu mata guntingnya yang sudah hilang. Saya beritahu dia saya tidak tahu dan tidak nampak.
"Omii carikanlah.."
Suruh Qaisara dan saya beritahu dia, suruh bibik cari dan kalau tidak jumpa nanti saya carikan. Selang beberapa minit Qaisara datang lagi dan saya melayan dia dengan baik dan menyuruh dia jangan menangis.
"Omi..dah hilang satu macam mana ni omi.."
"Cuba cari dekat sofa, semalam Teta dengan sweet main, cuba telefon sweet ada tak dia terbawa balik."
Sweet adalah nama baru Balkish yang diberi oleh Qaisara. Hampir seminggu Balkish dengan saya sepanjang cuti sekolah ini.
Salah satu mata gunting Qaisara ini hilang itu yang dia mengaruk.


"Tak adalah omi, teta dah cari tak ada."
Saya hanya diam, Qaisara merengek-rengek. Saya ulang lagi memujuk dia, dia turun lagi dan naik semula. Merengek benda yang sama. Rasanya sudah hampir 7 kali Qaisara turun naik dan merengek. Saya menengkingnya kuat.
"Qaisara ni kenapa? Tak nampak umi ada kerja ni. Nanti bila-bila umi senang umi carilah.."
Saya tengok bahu Qaisara terjungkit tanda terperanjat. Mungkin seumur hidup dia hanya sekali dua sahaja dia kena tengking jadi dia seperti tidak dapat menerima. Pantas sahaja dia berlari masuk ke dalam biliknya yang bertentangan dengan bilik saya. Dihempaskannya pintu dan saya tahu Qaisara sedang marah.
Ada rasa kesal di dalam hati saya, kenapa saya tengking anak saya. Namun kemudian saya tahu sebagai ibu kadangkala ada masanya saya harus berkeras dengan anak sendiri. Bukan benci tetapi mahu mengajar.
Tidak lama kemudian Qaisara keluar dan melalui bilik saya. Saya memanggil dia dan dengan tersenyum-senyum dia merapati saya.
"Umi minta maaf sebab tengking Teta, tapi teta nampakkan umi tengah kerja. Sabarlah, nanti kita cari mata gunting Teta yang hilang itu.."|
Ini kelemahan saya lepas tengking anak minta maaf dan cium anak.
"Tak apa umi, teta pun minta maaf. Umi tahu..dalam bilik tadi Teta urut dada dan baca LailahaillALLAH  dan ayat kursi, sebeb itu Teta keluar bilik boleh senyum.."
Mahu ketawa pun ada, bangga pun ada tetapi apa pun saya tahu Qaisara telah melakukan perkara yang betul dan saya sebagai emak harus mencontohi tingkahnya. Kadangkala kita harus juga mengambil teladan dari seorang anak.
(Alhamdulilah Qaisara sudah pandai membaca ayat kursi. Setiap kali mahu tidur saya akan baca sekali dan Qaisara akan membacanya  2 kali)


KONSERT QAISARA..

Tidak lama lagi Qaisara akan melangkah ke darjah 1. Sedar tak sedar anak saya sudah semakin besar. Sebelum Qaisara menutup tirai sekolah tadikanya, satu konsert telah dijalankan di mini stadium di UNITEN Kajang pada November yang lepas.

Qaisara dengan rakan-rakannya mempersembahkan hat dance..

Qaisara yang paling besar sekali..he he

my adorable  baby..love you so much sayang..(maaf sesekali puji anak sendiri ya..ha ha)


Salah satu persembahan dari 4 persembahan Qaisara.


Syukur Alhamdulilah tahun ini Qaisara mendapat tempat pertama juga dan mendapat hadiah untuk pelajar terbaik dalam mata pelajaran sains. Diakan suka sains comot..he he



Hadiah dari umi dan baba...
Bawak penyokong juga, Mak usu, acu dan bibik..


Lagu perpisahan..sedih juga ketika ini, entah berjumpa atau tidak Qaisara dengan rakan-rakannya nanti. Setahu saya hanya seorang sahaja kawannya yang sama satu sekolah dengan Qaisara..
Anak saya sudah semakin besar ....



GELANDANGAN

 Ini cerita lama, tetapi disebabkan ada masalah membuka blogger.com maka cerita lama ini saya harus letakkan juga supaya kita-kita sama dapat melihat kerja kerja amal yang saya dan rakan lakukan. Bukan mahu menunjuk tetapi saya berharap agak dapat memberi teladan pada rakan-rakan yang lain.. Saya bersama dengan rakan-rakan bekas gelandangan telah menjalankan program gelandangan  ini. Bayangkan apa perasaan anda yang satu masa dahulu pernah menjadi gelandangan dan akhinya berjaya melepasi halangan tersebut. Sudah pasti anda dapat menyelami peasaan gelandangan tersebut bukan?
Gelandangan berbaris mengambil burger yang kami sediakan..
 
 
 
Ini gelandangan di cahaya suria. Ada yang beritahu, dua hari kami tak makan bang! Tak tahu betul atau tidak, tetapi sebagai penderma kami bantu apa yang sepatutnya..

Ad Rahman dari Singapura, datang sama-sama membantu..

Geng-geng dari CNC yang berlawan perut ha ha sehingga ada gelandangan yang menyangka mereka polis.

Ada yang datang mengambil makanan sambil  membawa anak...




Tuesday, November 6, 2012

SUDAH BERAPA TAHUN TAK MAKAN SESEDAP INI


Pada hari Sabtu 13hb Nov saya telah  mengadakan program memberi makan pada gelandangan. Pengumpulan dana saya lakukan sendirian pengagihan akan dilakukan bersama rakan-rakan PRS saya iaitu, Pembimbing rakan sebaya dari Care and Cure.. Alhamdulilah ada yang mahu menderma untuk membeli biskut, buah dan air untuk seramai 400 orang gelandangan. Pembelian barangan pula dengan bantuan pekerja saya Suraya.  Tetapi berdetik hati saya, sudah beberapa kali projek gelandangan dilakukan kami hanya berikan biskut sahaja. Mengapa tidak kami beri makanan seperti burger?
Akhirnya saya mengambil keputusan mengeluarkan sedikit duit poket untuk mebeli bahan-bahan untuk membuat burger sebanyak 400 biji. Saya dan Suraya, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Syukur Alhamdulilah, niat yang baik dipermudahkan ALLAH dan akhirnya kami dapat membeli 400 keping burger dengan harga yang agak murah.
Bingung juga mahu memasak burger dengan kakitangan yang tidak ramai. Saya, bibik, Nurul dan suraya. Ada yang mencadangkan mengoreng mengunakan minyak yang banyak seperti goreng pisang. Tetapi  berdetik hati saya,  walaupun mereka gelandangan, saya harus memikirkan kesihatan mereka juga. Jadi saya mengambil langkah membakar burger ini di dalam oven.
 
 

Roti burger terbaik. Ramli

Ketika membungkus, ojan, Baliksh dan suami juga turut membantu. Qaisara tolong menyibuk. Ha ha..

Burger yang sudah siap dibungkus..
 

Ini minyak hasil dari burger yang dibakar. Menakutkan..menjadi lemak tepu! S
 
 
 
 
 
Salah seorang gelandangan dapat burger ini terus makan.
 
Saya sangat terharu apabila rakan-rakan mendengar perbualan seorang gelandangan dengan rakan-rakannya, sambil mengigit burger mereka bercerita.
"Selalu kita dapat nasi dan sayur yang dipotong halus. Rasanya sangat tawar dan tidak sedap. Malam ini kita dapat burger yang sedap, sudah bertahun-tahun tidak aku makan burger sesedap ini.."
Sedih, terharu..walau harganya tidak seberapa tetapi besar maknanya bagi meerka.
Sangat berbaloi untuk saya yang membakar dari jam 9 pagi dan selesai membungkus pada jam 6 petang!
 


Thursday, November 1, 2012

BERBAIK SANGKA

Saya tengah berbaring, ingat saya mahu melelapkan mata buat sebentar. Sebelum dapat melelapkan mata, saya kuis galaxy tab saya, mencari ayat-ayat Al Quran yang mungkin boleh dihafal atau dibaca sebelum tidur. Sedang membaca terdengar orang memberi salam.
"Umi.."
Itu suara Qaisara. Hesy budak ini, apa jugalah. Tadi lama juga dia masuk ke bilik saya, duduk atas katil sambil membuka lappy kepunyaan dia.
"Umi"
Saya tidak menyahut, dalam hati saya mengatakan. Biarlah saya pura-pura tidur supaya Qaisara tidak menganggu saya. Saya tedengar tombol pintu berusaha dibuka.
"Umi tolong buka pintu.."
Saya tidak menjawab. Hati kecil saya yang berniat jahat mengatakan biarkanlah. Berpura-puralah tidur supaya Qaisara tidak menganggu saya Terdengar pintu dibuka dan saya membelakangkan Qaisara.
"Alah..umi tidurkah?"
Terdengar suara Qaisara yang mengeluh.
"Umi tidurkah umi. Teta belikan umi aiskrim dekat pak cik tu. Hari itukan umi nak aiskrim ni tapi tak ada. Hari ini ada pula."
Mendengar kata-kata Qaisara itu pantas sahaja saya membuka mata, di hadapan saya Qaisara sedang memegang dua batang aiskrim.
"Umi tidur ya, tak apalah. Teta simpan untuk umi nanti lepas umi tidur umi makan ya?"
Tulus sahaja Qaisara. Saya diburu rasa bersalah kerana berprasangka buruk dengan anak saya sendiri. Saya bangun, duduk di katil dan mencapai aiskrim yang dibawa oleh Qaisara dan di hadapan Qaisara saya menjilat dengan hati yang hiba.
"Umi nak makan sekarangkah atau Teta simpankan?"
"Tak apalah sayang umi makan sekarang ya, terima kasih sayang ya...."
Balas saya, apabila Qaisara turun dengan suara yang riang memberitahu bibik yang saya sedang menikmati aiskrim hati saya sangat  hiba. Saya berprasangka buruk terhadap anak kecil. Sesuatu yang sepatut tidak saya lakukan.
Saya sedar, kenapa Islam melarang kita berprasangka. Prasangka sekecil mana pun sebenarnya akan membawa kemudaratan.

Aiskrim ini teta belikan untuk saya..