Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 10, 2013

PERINGATAN MELALUI SI KECIL




Seminggu dua ini saya ada menghadapi masalah. Bukan masalah saya tetapi masalah yang orang lain bawa dalam hidup saya. Terus terang kadangkala saya lelah dengan manusia yang menyusahkan hati saya dan kadangkala saya fikir balik. Apa yang menyebabkan saya diduga dengan orang-orang sebegini. Akhirnya saya terpaksa akur ini kehendak ALLAH. Saya selalu menimbang kelemahan diri saya. Banyak kekurangan dan terlalu banyak lompong yang harus saya perbaiki dari segi ibadat, sedekah, hubungan keluarga, sahabat dan sebagainya. Walau kita cuba melakukan yang terbaik tetapi belum tentu apa yang kita buat sudah terbaik.
Tadi ketika saya mengambil Qaisara di sekolah, kami banyak berbual dan apabila saya berhenti di satu lampu isyarat Qaisara tiba-tiba berkata.
"Umi walau kita solat, kita banyak sedekah, bantu orang, bantu anak yatim. Tapi kita tetap susah dan tetap ada masalah umi tahu kenapa?"
Ya ALLAH hati saya sudah berdebar-debar. Qaisara macam tahu sahaja saya ada masalah.
"Sebab apa sayang?"
"Tuhan nak uji kita umi. Allah nak jadikan kita lebih baikkan umi.."
"Mana Teta tahu?"
Hati saya sejuk seperti disiram salju. Tidak tahu kenapa itu yang keluar dari mulut sekecil yang berusia 7 tahun ini. Apakah dia dapat membaca fikiran saya yang tengah sarat itu.
"Teta tahu, Teta ada tengok telivisyen. Ada ustaz cakap cam tu.."
Ya ALLAH, saya tahu ALLAH menghantar peringatan pada saya melalu Qaisara dan saya harus sabar dengan dugaan kecil ini.



3 comments:

Leeza said...

Salam akak..Ya Allah...ia mengingatkan za juga. teringat diri sendiri....Ya Allah ampuni dosaku dan berikan ku kekuatan dan ketabahan dalam dugaanMU.Thanks for sharing. Thanks Teta.

HamizahSharaie said...

Salam, Kak.

Allah tu Maha Penyayang. Dia tahu isi hati hamba2Nya. Dia hantar petunjuk sebagai pemujuk hati melalui orang2 sekelilig kita. Indahkan, kuasa Allah? :) Bersabarlah kak. Apa yang Allah beri memang bersebab. InsyaAllah.

KAHERAH said...

Assalammualaikum..

silent reader di blog dan di FB..Masya ALLAH TabrakALLAH..teta anak yg memahami...bijak dalam tutur kata penyejuk hati keluarga..

Ujian mahupun dugaan yang diterima merupakan kifarah bagi penghapus dosa-dosa kecil..Kita minta kebalkan keimanan tuk menghadapi ujian dan dugaan itu...kerana lagi kita sabar dan minta kesabaran dari ALLAH lagi ALLAH akan uji kita (itu yang saya baca dan dengar melalui ceramah)