Ini cerita lama, tetapi disebabkan ada masalah membuka blogger.com maka cerita lama ini saya harus letakkan juga supaya kita-kita sama dapat melihat kerja kerja amal yang saya dan rakan lakukan. Bukan mahu menunjuk tetapi saya berharap agak dapat memberi teladan pada rakan-rakan yang lain.. Saya bersama dengan rakan-rakan bekas gelandangan telah menjalankan program gelandangan ini. Bayangkan apa perasaan anda yang satu masa dahulu pernah menjadi gelandangan dan akhinya berjaya melepasi halangan tersebut. Sudah pasti anda dapat menyelami peasaan gelandangan tersebut bukan?
Gelandangan berbaris mengambil burger yang kami sediakan..
Ini gelandangan di cahaya suria. Ada yang beritahu, dua hari kami tak makan bang! Tak tahu betul atau tidak, tetapi sebagai penderma kami bantu apa yang sepatutnya..
Ad Rahman dari Singapura, datang sama-sama membantu..
Geng-geng dari CNC yang berlawan perut ha ha sehingga ada gelandangan yang menyangka mereka polis.
Ada yang datang mengambil makanan sambil membawa anak...
0 comments:
Post a Comment