Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 1, 2012

BERBAIK SANGKA

Saya tengah berbaring, ingat saya mahu melelapkan mata buat sebentar. Sebelum dapat melelapkan mata, saya kuis galaxy tab saya, mencari ayat-ayat Al Quran yang mungkin boleh dihafal atau dibaca sebelum tidur. Sedang membaca terdengar orang memberi salam.
"Umi.."
Itu suara Qaisara. Hesy budak ini, apa jugalah. Tadi lama juga dia masuk ke bilik saya, duduk atas katil sambil membuka lappy kepunyaan dia.
"Umi"
Saya tidak menyahut, dalam hati saya mengatakan. Biarlah saya pura-pura tidur supaya Qaisara tidak menganggu saya. Saya tedengar tombol pintu berusaha dibuka.
"Umi tolong buka pintu.."
Saya tidak menjawab. Hati kecil saya yang berniat jahat mengatakan biarkanlah. Berpura-puralah tidur supaya Qaisara tidak menganggu saya Terdengar pintu dibuka dan saya membelakangkan Qaisara.
"Alah..umi tidurkah?"
Terdengar suara Qaisara yang mengeluh.
"Umi tidurkah umi. Teta belikan umi aiskrim dekat pak cik tu. Hari itukan umi nak aiskrim ni tapi tak ada. Hari ini ada pula."
Mendengar kata-kata Qaisara itu pantas sahaja saya membuka mata, di hadapan saya Qaisara sedang memegang dua batang aiskrim.
"Umi tidur ya, tak apalah. Teta simpan untuk umi nanti lepas umi tidur umi makan ya?"
Tulus sahaja Qaisara. Saya diburu rasa bersalah kerana berprasangka buruk dengan anak saya sendiri. Saya bangun, duduk di katil dan mencapai aiskrim yang dibawa oleh Qaisara dan di hadapan Qaisara saya menjilat dengan hati yang hiba.
"Umi nak makan sekarangkah atau Teta simpankan?"
"Tak apalah sayang umi makan sekarang ya, terima kasih sayang ya...."
Balas saya, apabila Qaisara turun dengan suara yang riang memberitahu bibik yang saya sedang menikmati aiskrim hati saya sangat  hiba. Saya berprasangka buruk terhadap anak kecil. Sesuatu yang sepatut tidak saya lakukan.
Saya sedar, kenapa Islam melarang kita berprasangka. Prasangka sekecil mana pun sebenarnya akan membawa kemudaratan.

Aiskrim ini teta belikan untuk saya..



3 comments:

Leeza said...

Saya sendu lepas baca ini...selalu kita menganggap anak2 kecil ini macam tidak penting..tetapi mereka punya hati dan perasaan yang sangat tulus. Macam teta dia boleh ingat uminya nak makan aiskrim itu ,maka dia belikan. Dia teruja hendak menggembirakan hati uminya..

Fazlinil Irma said...

membaca kisah2 dan status kak yati membuatkan sy tumpang sayang pd teta..

Teta.. bila kita boleh jumpa ya..? ;)

Unknown said...

Teta mmg anak yg baik dan lemah lembut. Suka tgk teta yg comel dan berambut perang dan suka tersenyum.