Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 8, 2010

ALAIKA SALAM..

Sepanjang kami ke Kuala Gula, kakak saya bercerita. Kalau jumpa kawasan perkuburan, ustaz beritahu jangan cakap Assalamuailaikum hai ahli kubur. Sebab mereka tidak boleh menjawab. Kata-kata yang harus diucapkan adalah.
"Alaika salam"
Sejahtera ke atas anda atau moga kedamaian menyertai anda.
Jadi baik Qaisara atau Balkish, bila jumpa kawasan perkuburan sahaja akan menyebut kuat-kuat.
"Alaika Salam.."
Tetapi tiba-tiba di satu rumah di Perak itu, mereka pun menyebut
"Alaika salam."
Lantas kakak saya Maznah menegur.
"Kita bagi salam pada ahli kubur sahaja, bagi salam dekat rumah orang buat apa?"
"Abis tu mak long, dekat tangga dia ada kubur.."
Qaisara memberitahu.
"Yelahkan Teta.."
Balkish menjawab. Ha ha ha..


Sedikit lebih kurang beginilah tangga rumah yang Balkish dan Qaisara sangka batu nisan. Ha ha.




Tuesday, December 7, 2010

MAJLIS PERNIKAHAN DI PERAK

Syukur ke hadrat Illahi akhirnya adik saya Ustaz Muhammad Khairul Hidayat akhirnya sudah menjadi suami orang. Pernikahan di jalankan di Parit Buntar Perak. Kami 8 keluarga menginap di Kuala Gula Resort sehari sebelum pernikahan dijalankan.

Dengan sekali lafaz Khairul Hidayat sudah menjadi suami kepada Hamisah Hamzah.

Pemberian mas kahwin. Di Perak sekarang mas kahwin paling mahal rasanya di Malaysia. Kalau di Melaka RM80 sahaja. Tapi di Perak RM552. Ada pulak RM2.


Cincin yang diwajibkan dan harus ditulis dalam surat nikah disamping mas kahwin dan juga wang hantaran.

Makan beradab. Adik saya ni dia nak kahwin, kakak-kakak yang kelam kabut. Apa tidaknya. Saat terakhir mahu ke Perak bernikah, baru saya teringat bekas meletakkan wang mas kahwin tak ada. Saya pula yang kena telefon dia bertanya. Dengan selamba dia menjawab.
"Nak kena bekas ke? Orang nak tanya kak Tie..lupa.."
Rasa nak tarik aje telinga dia tau..


Kek hantaran dari pihak kami ke pihak perempuan. Saya pesan dari d'little kitchen, Roza Ngah. Cantikkan?


Salah satu hantaran bidan terjun yang saya buat. Ha ha


Keluarga Pak Seyit yang sempat bergambar ..ha ha



Monday, December 6, 2010

BUNGA TELUR

Adik saya yang nombor 7 akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Seperti biasa kami membuat kenduri yang sederhana. Tanpa paluan kompang tanpa persandingan yang wajib didahulukan.
Minggu lepas majlis pernikahan telah diadakan di Perak. Orang yang paling sibuk adalah saya. He he..
Sibuk kerana saya mendapat tugasan membuat bunga teluar. Seingat saya, dari kakak, abang, adik kahwin inilah tugas saya.

Ini bunga telur untuk orang sebelah. Kerjanya rumit juga. Kertas pengalas cawan ini harus dilipat, begitu juga kotak harus dibentuk dan saya beli bunga, bunga tersebut harus dicabut dan dibentuk semula. Nasib buat berdua dengan bibik.



Untuk tetamu, masa di ambil tidak ada telur jenis F, yang ada jenis B dalam peti ais saya..ha ha.. Ada beberapa kawan saya fikir, saya beli dah siap macamni. Sebenarnya tidak. Sarang burungnya lain. Bekas plastik tu pun kita kena bentuk sendiri, sebab datangnya merupakan kepingan sahaja. Itupun jenuh juga mencari dalam banyak-banyak kedai di Nilai, hanya satu kedai sahaja ada bekasnya.


Ini sengaja saya buat untuk memeriahkan suasana, kalau tak ada bunga telur taklah rasa macam kenduri kahwin ya tak. Saya buat tak banyak. Hanya untuk satu pohon bunga pahar sahaja.



Ini untuk tetamu, mug ni sebenarnya ada 2 jenis tapi sempat ambil satu gambar sahaja sebab semuanya sudah diangkat bawa balik kampung. Walau tidak rumit sangat tapi kotak tersebut harus dibentuk.


Ini untuk anak-anak batangnya dari pensil, isinya pemadam, pengorek dan gula-gula.


Selesai kerja saya dan di majlis perkahwinan nanti hanya satu sahaja tinggal tugas saya iaitu membuat acar buah. he he..






Saturday, December 4, 2010

DAGING PENYET

Minggu lepas kami singgah makan di Wangsa Walk. Banyak-banyak kedai tak ada yang saya berkenan. Lantas masuklah ke kedai ayam penyet.

Ini daging penyet. Saya yang pesan Kerasnya sampai nak tercabut gigi saya..ha ha


Ini juga yang sedap, tahu dengan tempe..tapi kata bibik asal tak penyet..biasanya kalau jawa punya ditumbuk2 tempe ni..


Ini pak seyit punya, bila balik Pak Seyit tanya.
"Honey kedai apa kita makan tadi. Tak sedap pun, macam kat Indon hari tu aje kita makan.."
Ha ha ha.mesti Pak Seyit ingat lagi kami terdera kena makan ayam penyet ini pagi petang siang malam masa di Indonesia.


Friday, December 3, 2010

SEDEKAH

Hari Selasa yang lepas ketika saya berada di pejabat sedang membantu Ojan yang sedang membungkus buku untuk di hantar kepada kedai yang memesan, dua orang lelaki yang memakai jubah, berserban dan berjanggut tanpa salam masuk. Dia membawa sebuah file menunjukkan beberapa keping surat pelbagai pihak merayu bantuan untuk anak-anak miskin Islam di India. Saya tahu India ada program di mana, seseorang boleh menaja untuk anak-anak miskin sepanjang tahun. Tidak banyak yang diperlukan. Rasanya cuma seratus dua sahaja setahun. Program tersebut satu ketika dahulu sering dimasuki oleh beberapa orang rakan saya. Saya kemudian mengambil beg saya dan mengulurkan sekeping not.
"Malaysia, children eat one day RM50.."
Salah seorang darinya bercakap tanpa mengucapkan terima kasih.
"But in India, the whole children can eat.."
Dia bercakap dengan bahasa India yang cukup pekat. Saya hanya diam sahaja.
"Please give us another RM100, we need RM150."
Mak aii....saya beristighfar di dalam hati. Orang sudah bersedekah boleh meminta lagi. Bila saya cukuplah, dia masih tidak mahu berganjak. Masih berdegil.
Saya memberitahu dia, banyak kerja yang perlu saya lakukan dan meminta dia keluar. Dalam hati mahu sahaja dia marah, mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan tetapi saya tahan. Saya tidak mahu bertingkah suara, nanti niat saya untuk menderma sudah hilang.
Saya tidak tahu sama ada lelaki itu jujur atau tidak, tapi kalau duit yang saya beri itu digunakan untuk makan mereka (macam orang tabligh) saya halalkan sahaja. Namun saya sedih, bagaimana Islam itu boleh dipandang indah kalau orang yang sebegini ujud.  Sudah minta orang bersedekah tetapi tidak puas hati dengan sedekah yang diberi.
Saya teringat seorang tua yang sering meminta derma di Melaka untuk sebuah sekolah agama di sana. Kalau saya beri RM5 pun dia akan mengucap terima kasih berkali-kali. Pak cik yang saya kenal itu sering mendoakan saya murah rezeki setiap kali saya memasukkan ke dalam tong dermanya. Saya juga selalu mendoakan dia sihat kerana saya tahu, sekolah itu adalah sekolah yang didirikan seratus peratus atas bantuan orang ramai. dan sekolah itu masih tegak berdiri, walau musim berganti.



Thursday, December 2, 2010

TAK SUKA MAKAN SAYUR

Qaisara suka makan coleslaw, tapi masakan hari-hari mahu makan coleslaw ye tak?

Qaisara makin besar, makin tidak suka makan sayur. Susah menyuruh dia makan sayur dan harus bergaduh dengannya dahulu sebelum dia makan...
Macam-macam akal kadangkala saya gunakan untuk dia makan sayur.
Satu tebiat makan Qaisara yang saya benci, Qaisara suka amat makan gula-gula. Satu makanan yang saya kawal pengambilannya.
 Nasib baik setiap kali mandi atau makan gula-gula saya akan seret dia ke bilik air untuk mengosok gigi.
Mengosok gigi memang tidak ada pilihan untuk Qaisara. Saya akan kepit dia celah kaki dan gosok gigi dia atau dia gosok sendiri? Ha ha..
Beberapa hari yang lalu Qaisara marah-marah bibik apabila melihat ada sayuran yang banyak dalam nasi gorengnya.
"Kenapa nak marah.." tegur saya pada Qaisara. Sebenarnya malas saya mahu marah-marah dengan anak nan seorang ini.
"Umi tengok, banyak sangat sayur dalam nasi goreng Teta"
Qaisara menunjukkan sayur campur yang berada di dalam nasi gorengnya.
"Cuba Qaisara pejam mata"
Saya suruh Qaisara. Sambil mengambil sudu di tangannya dan menyuapkan dia.
'Kenapa umi?"
"Pejam mata dan rasa manisnya lobak yang Qaisara makan ni. Qaisara bayangkan macam makan gula-gula."
Nasib saya baik ketika itu Qaisara mahu mengikut dan dia memejam matanya.
"Yelah umi manislah.."
"Cuba Qaisara makan lagi.."
Saya suap dia, ada udang, ada jagung dan lobak. Qaisara makan sedikit demi sedikit dan akhirnya suapan yang terakhir.
"Lain kali Qaisara makan lobak, Qaisara bayangkan macam makan gula-gulakan. Kalau Qaisara nak tahu, orang yang makan sayur wajahnya akan jadi cantik dan seksi.."
Ha ha..Qaisara kalau part cantik dan seksi suka aje. Nampaknya beberapa hari ini sukalah dia makan lobak dan sayur-sayuran. Tidak tahulah esok-esoknya nanti, ketika itu kenalah saya mencari akal yang lain.


Wednesday, December 1, 2010

RINDU

Rindu..
Pernah tak kita rasa rindukan seseorang. Bukan rindu beralaskan nafsu, tapi rindu kerana mahu mendengar cerita dari dia. Kerana rindu mahu mendengar secebis nasihat?
Ya..saya rindukan seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya. Seseorang yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
Walau kenal dia tidak lama, tetapi rasanya banyak yang saya pelajari daripada beliau.
Beliau seorang lelaki cina. Usianya kalau dia masih hidup mungkin sudah melebihi 50 tahun.
Satu ketika dahulu dia ketua saya. Dia seorang lelaki yang amat lemah lembut
Dia bujang dan saya pun bujang. Dia pernah beritahu saya.
"Yatie..awak kahwin dahulu, kemudian baru saya berkahwin."
tapi bila saya sudah berkahwin. Dia pula tidak berkahwin-kahwin. Ha ha..
Saya amat rindu mahu mendengar cerita dia. Cerita bagaimana dia menghias wajah pelakon opera Cina.
Mendengar cerita bagaimana setiap kali dia mengembara, berjalan atau tinggal di hotel sekali pun, dia akan membawa bantalnya sendiri.
Saya rindu juga dengan cerewat beliau dengan kebersihan, sehingga dia marah saya yang makan buah epal tanpa mengopek kulitnya.
Bahkan dia banyak mengajar saya prinsip merendah diri.
"Dunia boleh berubah sekelip mata yati. Sekarang mungkin saya ketua awak tapi esok-esok awak mungkin boleh menjadi seorang ketua. Lebih dari saya.."
Ya..kata-katanya ada benarnya.
"Jangan pandang hina orang sapu sampah, budak pejabat. Satu hari bila dia berusaha dia boleh menjadi orang lebih berjaya dari kita.."
Ya..itu satu kebenaran. Di mana ada usaha di situ ada jalan.
Dia mengajar saya bagaimana menguruskan kehidupan dengan teratur. Kata dia, catit sesuatu kerana catitan yang kecil akan membantu. Buat kerja jangan bertangguh kerana kerja bertangguh lebih banyak rugi dari untung.
Sudah lama benar saya tidak mendapat nasihat ringkas tetapi berguna seperti dia.
Sekarang saya pula banyak memberi nasihat pada orang dan sebab itu saya rindu pada nasihat seperti lelaki itu berikan pada saya.
Saya tidak tahu di mana dia berada. Kami putus hubungan dan dia menukar nombor telefon.
Walau di mana dia berada, saya berharap kehidupannya berjalan lancar dan dia sudah berumah tangga supaya segala nasihatnya dapat diberikan kepada generasinya pula.


Tuesday, November 30, 2010

CUTI SEKOLAH 1

Cuti sekolah sudah bermula. Jadi aktiviti pertama saya bersama anak-anak, iaitu Ojan, Akim, Qaisara, Bibik pergi mnenonton wayang. Kami menonton Ranpunzel Tangled.  Tempat biasa kami kalau tidak di Jusco Cheras Selatan sudah pasti di Mines. Panggung di Mines baru selesai diubah suai dan kami mendapat panggung yang terbaru sekali. Tidak ramai orang ketika kami menonton mungkin tidak ramai yang berminat dengan cerita animasi.




Sinopsi Cerita.


Seorang wanita tua bernama Gothel saksi tunggal sinar matahari menyentuh tanah, mencipta bunga ajaib dengan kemampuan untuk menjaga dirinya muda . Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan besar jatuh sakit ketika mengandungkan putrinya. Ratu hanya boleh sembuh dengan meminum air daripada bunga ajaib yang disembunyi oleh Gothel, Pengawal dapat membawanya kepada ratu. Bunga menyembuhkan ratu dan ia melahirkan seorang gadis bernama Rapunzel, yang datang untuk mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, Gothel menculik Rapunzel di menara dan kemudian membesarkan Rapunzel sebagai anaknya sendiri. Namun, setiap tahun pada hari ulang tahunnya, kerajaan melepaskan  lentera ke undara untuk melepaskan kerinduaan pada puteri mereka yang hilang untuk kembali.




Lapan belas tahun kemudian, Rapunzel yang mempunyai rambut panjang yang sungguh luarbiasa,  mengatakan bahawa dia ingin melihat lampu lantera yang terapung di udara yang muncul pada hari ulang tahunnya, tapi Gothel menolak dengan mengatakan Rapunzel bahawa dunia adalah tempat yang berbahaya.

Saksikan cerita animasi yang sangat cantik dan comel. Walau ceritanya agak simple tapi penuh nilai persahabatan dan kasih sayang.

Qaisara sangat-sangat gembira menonton cerita animasi ini. Ojan pula berangan satu masa nanti dia boleh membuat animasi yang secantik begini.

Cerita animasi ini sesuai untuk ditonton oleh semua generasi..

Saya sendiri lebih suka melihat cerita animasi seperti ini, dari melihat cerita propaganda barat yang sejak akhir-akhir ini agak memualkan. 




Monday, November 29, 2010

ANAK-ANAK MASA HADAPAN



















Saturday, November 27, 2010

NASI BERYANI EXPRESS


Ha ha..tajuk bukan main lagi, bunyi dia macam cepat sangat memasaknya ya.
Bukan susah memasak nasi beryani ni.
Saya pakai perencah nasi beryani maggi.
Cuma tumis, bawang merah, bawang putih dengan minyak sapi. Masukkan perencah.
Masukkan beras yang sudah direndam sekejap.
Tutup periuk (pakai rice cooker aje)
Bila nak dekat masak kacau dan masukkan gajus. Kalau nak letak kismis letaklah.
Makan dengan rojak bodoh, kata orang Melaka.
Asal pula nama rojak bodoh. Kasihan rojak ni, diberi nama begitukan?
Oh..sebenarnya bukan rojak itu bodoh tetapi kata orang tua-tua, orang bodoh pun boleh buat rojak tu. Senang sangat. Ha ha..
Kemudian makan dengan ayam  sambal atau ayam masak merah.
Hmm..emak mertua lalu belakang kita pun tak perasaan.
Sebab punyalah seronok makan, tunduk sampai tak angkat muka.
Selamat mencuba.