Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 4, 2010

18SX KANAK-KANAK DILARANG MEMBACANYA.

Pembantu rumah saya orang Jawa. Tahulah orang Jawa ni terlalu amat banyak petua dan pantang larangnya. Baru-baru ini bibik sakit pinggang. Berhari-hari. Walau sudah dibawa ke doktor, doktor bagi injection pun masih sakit pinggang. Dia pula jenis tak suka minum air,  buang air pun seminggu sekali. Paksa minum air cakap dia minum keluar balik. Kemudian, buah jarang makan walau di dapur tu macam-macam buah. Kata dia, tak sedaplah. Itulah inilah. Dia suka makan kerang, udang, daging. Apa tak mendapat penyakit.
Sekarang saya paksa dia berjogging setiap petang ikut saya. Saya yang biasanya berjalan pada waktu pagi tukar jadual, sebab mahu dia bersama dengan saya berjalan dan berjogging.
Semalam masa balik dari jogging. Ada kucing mengiau depan rumah.
"Umi menurut orang Jawa, kalau kucing mengiau depan rumah. Rumah kita ada orang sakit. Sakit berpanjangan"
Bibik berkata begitu mesti merujuk diri dialah tu.
"Huh! Kucing bunyi macam tu kucing mengawanlah bik. Saya pelihara kucing bertahun-tahun saya tahulah bik."
"Iye ke umi. Tapi orang Jawa cakap, kucing berbunyi depan rumah seekor, ada orang sakit.."
"Kamu nampak dia seekor, sekejap lagi muncullah kucing betina dari mana datang. Percaya sangat dengan benda-benda karut. Kucing tu tengah miang!.."
Tanpa mempedulikan bibik saya masuk ke dalam rumah untuk masak makan malam. Selepas masak, bersolat maghrib saya naik ke atas. Tidak lama kemudian bibik ketuk bilik saya dan ketawa-ketawa menunjukkan telefonnya pada saya. Rupanya.
-
-
-
-
-
-


Kata bibik, ahahlah umi, umi betul..ha ha ha..bibik tak ada kerja sungguh! Mengendapkan kucing tengah berasmara dana. Saya tahu dia tak sedap hati kot dan lega bila nampak kucing tu begini..ha ha..aduh..18SX


Wednesday, November 3, 2010

MELAKA MAJU, RAKYAT DI TIPU?

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.
"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.
Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.
“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini.
Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.
"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya.
OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu

Sumber Malaysiakini

P/S Saya sendiri tercengang-cengang bila ada teman bertanya pendapat saya tentang Melaka maju? Maju? Saya mengaru kepala? Ada definasi maju?Di bandar Melaka ini mahu mencari Wifi pun susah. Apakah maju apabila parking kereta di Bunga Raya tempat kedai-kedai seperti di Petaling Street dikenakan bayaran, biarpun hari minggu?
Maju apabila bangunan Jusco terbesar di Malaysia dibina tetapi meletup sebelum ianya dibuka.?
Apakah maju, apabila pihak kerajaan akan meletakkan sound speaker dengan lagu poco-poco apabila ada ceramah agama yang diberikan pihak yang dikatakan pembangkang?
Maju apabila ramai budak-budak sekolah, gadis remaja membuang anak.
Banyak tindakan orang-orang tertentu di Melaka yang saya lihat amat kebudakkan. Tetapi ini yang baru saya baca bukan kebudak-budakan, tapi menunjukkan betapa kasihannya saya mendapat pemimpin seperti ini?
Bagi saya tidak perlulah maju, menitik beratkanlah pembangunan manusia kerana pembangunan insaniah inilah yang bukan sahaja membuat negara maju tetapi dapat menahan dari seseorang membuat tindakan melulu dan memalukan.


Tuesday, November 2, 2010

ORANG BERNIAGA


Asal gambar pak cik dalam blog saya pulak ni?
Itulah, minggu lepas saya ikut emak tiri dan kakak saya meraun, mencari barang untuk majlis kenduri adik saya. Adik saya ni lelaki, tahulah orang lelaki. Kahwinnya tahu cari barang tak tahu, tak macam orang perempuankan. Ha ha..
Saya singgah di kedai pak cik ni. Kakak saya mahu membelikan suaminya baju melayu raya Adil Adha untuk bersolat raya di surau ayah saya mungkin buat kali terakhir. Hmm..saya sejak akhir-akhir ingatan terhadap surau tersebut memang tak pernah habis.
Saya pula teringat nak cari baju opah untuk seseorang. Jadi ketika mahu membeli, saya bukalah satu persatu plastik yang ada, nak cari size dan kain yang sesuai.
"Pak cik jangan marah yang saya buka satu-satu?"
Saya tanya pak cik tersebut. Begitu juga dengan kakak saya, satu-satu baju melayu dipadan dengan kain pelikat.
"Tak marahlah, orang perempuan. Kalau beli barang mesti buka, belek, buka belek. Pak cik dah berpuluh tahun berniaga. Tahu sangat dengan perangai perempuan ni.. Perempuan ni tak 10 pasang baju dibeleknya, dia tak akan beli.."
Nak tergelak saya dengar. Tapi kata-kata pakcik tu  ada benarnya.
"Pelanggan ni layan aje, esok-esok kalau dia rasa kita layan balik. Dia okay dia datanglah.."
Cerita pak cik itu ramah. Macam-macam petua yang diberikan pada saya.
Natijahnya, saya beli beberapa helai baju opah dan saya yang gemar mengumpul  telekong membeli 3 pasang telekong.
Ha ha ha..ambik kau..
"

Monday, November 1, 2010

JANGAN NAK BOHONG UMI!


Surau bapa saya ini akan dirobohkan juga. Ini akta tanah. Kami telah berbincang dan peguam memberitahu ada akta yang mengatakan kerajaan boleh mengambil apa sahaja tanah untuk pembangunan. Tidak boleh tidak tanah itu harus diberi. Dengan perkataan yang ringkas tanah dan surau itu tetap akan dirampas.
Sedih tengok ayah saya menagis. Mungkin selepas 15 tahun surau didirikan, setiap hari berjemaah beramai-ramai. Belajar agama dan bertadarus beramai-ramai di situ, dia sudah tidak boleh melakukannya lagi.
Namun saya beritahu ayah saya, jangan putus asa. Kita dirikan surau ditempat lain. Walaupun di beranda rumah pun ajaklah kawan-kawan bersolat berjemah bersama.
Duduk-duduk saya terfikir.
Apa nak jadi dengan Melaka ini. Sekolah hamil didirikan. Surau dan PASTi tempat anak-anak belajar dirobohkan.
Tidakkah kerajaan sedar, orang-orang yang berzina ini apa hukumnya? Ianya satu dosa besar dan hukumannya cukup berat seperti yang dinyatakan seperti Firman ALLAH.

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)


Kenapa kerajaan yang mendakwa diri mereka beragama Islam, Islam agama utama di Malaysia lebih mengagungkan orang-orang hamil ini daripada anak-anak yang mahu mendalami Islam?
Sebenarnya ketika saya menulis ini, fikiran saya begitu sedih sekali. Saya memikirkan masa depan anak saya, jika kerajaan masih tidak berpegang pada hukum Islam. Apa jadi dengan negara, apa jadi dengan generasi akan datang yang menjadikkan kita sebagai panduan.
Saya takut satu hari nanti, bila saya menceritakan pada Qaisara berzina itu satu dosa besar. Saya takut Qaisara akan memberitahu saya.
"Umi jangan nak bohong umi? Kalau zina itu dosa besar kenapa kerajaan bangunkan sekolah hamil?
Aduhhai..tidak dapat saya bayangkan!





Friday, October 29, 2010

KEBAIKAN VS KEBURUKAN

Setiap malam sebelum tidur sejak akhir-akhir ini saya sudah mengajar Qaisara, menyenaraikan kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan setiap hari. Saya suruh dia senaraikan dulu kebaikan yang dibuatnya.
"Hari ini Teta pakai baju sendiri.."
Teta memberitahu. Saya menganggukkan kepala sambil berkata
"Alhamdulilah bagus sayang.."
"Teta pergi tandas sendiri.."
"Good, good sayang..."
"Teta tolong bibik buat bunga telor"
Ha ha ..ye yelah. Adik saya mahu berkahwin jadi agak sibuk, membuat bunga telor.
"Lagi.."
Mata Qaisara terkebil-kebil. Mungkin cuba memikirkan apa yang dibuatnya siang tadi..
"Tak banyak pun kebaikan yang Qaisara buat? Qaisara lebih banyak buat perkara yang tak elokkan?"
Saya tanya Qaisara. Mula menyenaraikan apa perkara buruk yang dilakukan hari ini.
"Qaisara jerit bibik, marah-marah bibik, Qaisara hempas pintu bila umi sedang menjawab telefon, Qaisara marah-marah umi masa kita pergi pasar malam tadikan.."
"Masa tu Teta mengantuk sangat.."
Qaisara menjawab. Ada sahaja alasan dia.
"Kalau mengantuk kenapa sampai sekarang tak tidur-tidur?" Saya mengerling jam. Hampir 11 malam.
Tegur saya. Qaisara ketawa. Melangap-langap ketawa anak saya nan seorang ini.
"Oh banyak sangat perkara yang tak elok Qaisara buat hari ini. Kemudian Qaisara hempas remote control"
Saya mula menyenarai satu persatu perkara yang tidak elok dilakukan. Tiba-tiba Qaisara menangis.
'Umi Teta tak tahu apa benda baik lagi Teta nak buat?"
Tersedu-sedu dia menangis.
"Boleh, banyak. Kalau nak minta susu cakaplah dengan suara yang lemah lembut, lepas minum letak dalam singki botol susu Qaisara. Kalau nak menonton telivisyen, tekan sendiri remote. Qaisarakan tahu. Jangan sesekali jerit bibik suruh tukar.."
Qaisara pegang tangan saya dan cium tangan saya. (sebelum tidur dia akan cium tangan saya dan saya juga akan cium tangan dia he he he). Dia berjanji melakukan 5 kebaikan esok hari. Tidak tahulah tertunai atau tidak.
Namun melihat Qaisara tidur, saya mula mengira. Apakah kebaikan yang telah saya lakukan hari ini dan apa keburukan yang telah saya buat? Apakah kebaikan mengatasi buruk laku saya...
Jom semua..kita senaraikan apa yang patut, untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik!


Thursday, October 28, 2010

BUKAN RIAK YA..

Apa perasaan anda bila masuk sesebuah kedai mewah, tidak dilayan?

Isu ini sudah saya bangkitkan dahulu. Tetapi kali ini salah seorang ahli keluarga saya bercerita.
Masuk ke show room jual kereta BMW orang tak layan, sebab dia hanya pakai sandal sahaja.
Tapi bila dia goyang jam tangan Rolexnya. Barulah mereka mahu melayan. Pandai pula mereka yang dishow room tahu membezakan rolex original dengan tidak. Buat mereka fikir rolex petaling street?.
Bila dia masuk ke show room jualan rumah semi D, yang berharga lebih setengah juta pun orang tak layan. Sedangkan dia baru sahaja menjual salah sebuah rumah yang berharga sedikit lebih kurang begitu dan mahu membeli rumah baru, bagi mengantikan rumah yang lama.
Sebab pakaian dia, hanya t-shirt buruk, slack lusuh dan juga sandal sahaja maka orang tak layanlah.
Jadi kena goyang tangannya sekali lagi bila bersalaman dengan jurujual. Tunjuk jam rolexnya sekali lagi. Ha ha..aduh.
Saya pernah terkena, membeli sebuah ruang pejabat.
Saya pergi showroom. Syarikat pemaju, melayan saya dengan baik bila saya bertanya ada lagikan ruang pejabat yang kosong. Lantas saya mengambil keputusan membeli dan saya letak pendahuluan 10 persen.
Tetapi di situ ada salah seorang pengawai bank, perempuan berbangsa cina.
Terus meletakkan borang pinjaman tanpa berkata apa-apa, di depan saya dan wajahnya sedikit angkuh. Saya terkebil-kebil memandang mukanya.
"Untuk apa?" Tanya saya..
"Ini, borang untuk loanlah.."
"Oh..sorry..saya beli cash.."
Dan saya dapat melihat wajah perempuan itu berubah. Dalam hati saya berharap, moga-moga dia akan ingat perkara ini seumur hidupnya...
Dan tolong jangan fikir, orang yang berpakaian selekeh macam kami orang yang meminta-minta..

p/s tak bergaya asal bersih cukup. Buat apa bergaya, berpakaian sedondon dari kepala hingga ke kasut tapi duit tak ada ya tak..he he he.



Wednesday, October 27, 2010

BERKELAH

 Hari minggu yang lepas tanpa dirancang saya ajak suami ke Port Dickson. Masa tu jam sudah dua petang. Tak sangka pula suami cakap. Okay. Kebetulan masa itu ada anak jiran bermain di rumah bersama Qaisara dan Qaisara pula dengan selambanya memberitahu kawan tersebut.
"Jom Najat kita pergi pantai." ha ha
Jadi saya ajaklah sekali. Emak Najat ni saya tak kenal sangat pun. Tetapi pembantu rumah saya dengan pembantu rumah dia baik. Jadi saya ajak sekali pembantu rumah  Najat. Emak Najat ni membenarkan sahaja bila saya datang ke rumahnya.


Bibik, pembantu rumah Najat, Wati, Najat dan Qaisara bermain pasir..dipantai.


Qaisara takut dengan ombak. Harus dipegang kukuh, baru dia berani. Menjerit-jerit dia suka bila ombak datang. Najat pun begitu. Umi dia pun suka jugalah. Bila bangun, poket seluar saya penuh dengan pasir. Saya cakap dengan bibik, kalau penuh dengan duit tak apa jugalah. Ha ha..ha..




Mr Seyit Kara tak main air pun. Dia cakap kalau mandi nanti badan letih. Kalau nak tahu  kerusi yang suami saya duduk di bawah payung itu disewa dengan harga RM25. Punyalah mahal gila. Sama sedikit lebih kurang, harga chalet dekat sesetengah tempat. Di sini, sana sini payung disewakan. Hairan, apakah ini secara sah atau haram? Pantai yang seharusnya tempat kita membentang tikar sudah tidak percuma lagi. Semua nak kena duit. ALLAH..ALLAH..


Tuesday, October 26, 2010

ADIK IPAR TONY BLAIR MASUK ISLAM


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba - tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

P/S inilah kelebihan orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid atau melawat makam orang Islam. Di Malaysia, orang berbangsa asing menjejakkan kaki ke masjid sudah heboh satu Malaysia sehingga memalukan kita orang Islam sendiri. Moga-moga kita semua diberi hidayah dengan peristiwa ini AMINN..




MAK BAPAK ..

Rumah saya di hadapan padang permainan. Dari bilik saya membuat kerja, dengan jelas saya akan dapat melihat anak-anak yang bermain di padang. Kadangkala seawal dua petang sudah ada anak-anak yang bermain basikal dan juga skate board. Sering juga saya tertanya-tanya. Anak-anak ini mana emak dan ayah? Bermain begitu awal lagi.
Paling saya seriau bila hujan lebat dan petir berdentum. Anak-anak ini masih dipadang, gelak ketawa tanpa rasa takut. Saya sendiri yang ngeri melihatnya. Ngeri kalau berlaku apa-apa, bukankah saya yang seharusnya menjadi saksi. Kalau dah hitam rentung, mahu berhari-hari saya pula yang tidak tidur malam. ha ha.. Ya ALLAH jauhkanlah segala musibah ini.
"Macam mana ya emak bapak biarkan anak-anak bermain tanpa kawalan. Ada tu kecil lagi.."
Saya tanya suami satu hari.
"Kenapa?"
"Yelah..saya tengok mereka merayau-rayau dari tengah hari sampai ke petang. Tak makan ke? Tak solat ke dia orang? Tak bersekolah agama ke?"
"Awak fikirkan hal orang kenapa?"
He he he..orang lelakikan. Bukan dia ambil peduli keadaan keliling.
"Semua orang tak fikir macam awak. Bagi awak, anak awak tu segala-galanya. Awak timang hari-hari. Sepuluh minit tak ada depan mata awak dah mencari. Awak kepit celah ketiak awak. Orang dah ramai anak, bukan peduli. Dah tak ada harga.."
Heasy..adakah anak-anak tak berharga? Merekalah harta kita yang paling mahal saya rasa. Macam saya nak dapat bukan main susah lagi. Perit.
Tapi benar juga kata suami, kalau anak itu berharga kenapa dibiarkan. Sudahlah kawasan tempat tinggal saya ini bukanlah tempat orang miskin. Kereta setiap rumah paling kurang ada dua. Tetapi kenapa anak dibiarkan bermain seolah-olah tiada ibu bapa?
Saya benar-benar tidak faham, agaknya ibu bapa ini apabila musibah datang barulah mahu menangis, meraung tetapi ketika itu tangisan sudah tidak berguna lagi?



Monday, October 25, 2010

QAISARA..QAISARA..


Khamis lepas,  saya ambil Qaisara dari sekolah, agak awal. Yelah dari pagi hantar dia ke tadika, saya terus ke pejabat. Kemas pejabat baru dan pasang rak buku. Pukul 11 sarapan pagi terus ambil Qaisara dalam 11.20. Ketika saya datang, terdengar beberapa orang rakannya mengeluh. Ketika itu mereka sedang mewarna.
"Qaisara kenapa awal sangat nak balik?"
Qaisara ni dia tak kisah, kalau nampak sahaja muka bibik atau muka saya. Awal tak awal dia mesti nak balik. Lagipun cikgu dia tak kisah sangat, memandangkan dia baru 4 tahun.
"Janganlah balik.."
Terdengar kawan-kawannya berkata. Rupa-rupanya, kawan-kawannya ini ada dalam 5-6 orang, meminjam pensil warna dari Qaisara. Oh..pensil warna Qaisara setiap hari akan kami periksa. Kalau hilang akan kami tambah dan tampal sticker namanya. Kata Qaisara kadangkala sticker nama dia pun kawan-kawan buang dengan menggunakan air ludah dan ambil pensil warna tersebut. Hendak saya marah, nanti dia akan cakap.
"Macam tu Teta tak payah pergi sekolahlah?"
Jadi apa nak buat? Diam ajelah. Rupa-rupanya kawan yang meminjam bukan seorang dua, ramai. Patutlah pensil warnanya asyik hilang sahaja dan gurunya beritahu, Qaisara murah hati. Bila mahu mewarna, dia akan lambakan pensil warnanya. Siapa nak pinjam..ambillah.
Alah..Qaisara, Qaisara..memang saya ajar .....jangan kedekut dan sering berkongsi. Tapi kalau macam ini selalu, ..taukeh balak pun gugur rambutnyakan? Ha ha ha..