Asal gambar pak cik dalam blog saya pulak ni?
Itulah, minggu lepas saya ikut emak tiri dan kakak saya meraun, mencari barang untuk majlis kenduri adik saya. Adik saya ni lelaki, tahulah orang lelaki. Kahwinnya tahu cari barang tak tahu, tak macam orang perempuankan. Ha ha..
Saya singgah di kedai pak cik ni. Kakak saya mahu membelikan suaminya baju melayu raya Adil Adha untuk bersolat raya di surau ayah saya mungkin buat kali terakhir. Hmm..saya sejak akhir-akhir ingatan terhadap surau tersebut memang tak pernah habis.
Saya pula teringat nak cari baju opah untuk seseorang. Jadi ketika mahu membeli, saya bukalah satu persatu plastik yang ada, nak cari size dan kain yang sesuai.
"Pak cik jangan marah yang saya buka satu-satu?"
Saya tanya pak cik tersebut. Begitu juga dengan kakak saya, satu-satu baju melayu dipadan dengan kain pelikat.
"Tak marahlah, orang perempuan. Kalau beli barang mesti buka, belek, buka belek. Pak cik dah berpuluh tahun berniaga. Tahu sangat dengan perangai perempuan ni.. Perempuan ni tak 10 pasang baju dibeleknya, dia tak akan beli.."
Nak tergelak saya dengar. Tapi kata-kata pakcik tu ada benarnya.
"Pelanggan ni layan aje, esok-esok kalau dia rasa kita layan balik. Dia okay dia datanglah.."
Cerita pak cik itu ramah. Macam-macam petua yang diberikan pada saya.
Natijahnya, saya beli beberapa helai baju opah dan saya yang gemar mengumpul telekong membeli 3 pasang telekong.
Ha ha ha..ambik kau..
"
7 comments:
baiknya hati pakcik tu melayan pelanggan
kak yati... baju opah tu camana?
kalau baju opah saya , saya tau laa..
Salam Kak Yati,
makaihh shopping sakan..
Knowing u.. akan shopping byk.. hahahaha =P
ida pun nak tanya, baju opah tu mcmn. ida imagine mcm baju kurung kedah.
baik pakcik tu.. kan..
pakcik tu memang sangat sporting kak..respek
ade gak orang berniaga yang macam malas layan. bila berniaga tak laku punyalah tuduh orang lain mcm2 plak. huhu
kak...tumpung tanya..
kakak beli baju opah di masjid india kan? kedai pakcik ni di mana? :)
terima kasih :)
Post a Comment