Rumah saya di hadapan padang permainan. Dari bilik saya membuat kerja, dengan jelas saya akan dapat melihat anak-anak yang bermain di padang. Kadangkala seawal dua petang sudah ada anak-anak yang bermain basikal dan juga skate board. Sering juga saya tertanya-tanya. Anak-anak ini mana emak dan ayah? Bermain begitu awal lagi.
Paling saya seriau bila hujan lebat dan petir berdentum. Anak-anak ini masih dipadang, gelak ketawa tanpa rasa takut. Saya sendiri yang ngeri melihatnya. Ngeri kalau berlaku apa-apa, bukankah saya yang seharusnya menjadi saksi. Kalau dah hitam rentung, mahu berhari-hari saya pula yang tidak tidur malam. ha ha.. Ya ALLAH jauhkanlah segala musibah ini.
"Macam mana ya emak bapak biarkan anak-anak bermain tanpa kawalan. Ada tu kecil lagi.."
Saya tanya suami satu hari.
"Kenapa?"
"Yelah..saya tengok mereka merayau-rayau dari tengah hari sampai ke petang. Tak makan ke? Tak solat ke dia orang? Tak bersekolah agama ke?"
"Awak fikirkan hal orang kenapa?"
He he he..orang lelakikan. Bukan dia ambil peduli keadaan keliling.
"Semua orang tak fikir macam awak. Bagi awak, anak awak tu segala-galanya. Awak timang hari-hari. Sepuluh minit tak ada depan mata awak dah mencari. Awak kepit celah ketiak awak. Orang dah ramai anak, bukan peduli. Dah tak ada harga.."
Heasy..adakah anak-anak tak berharga? Merekalah harta kita yang paling mahal saya rasa. Macam saya nak dapat bukan main susah lagi. Perit.
Tapi benar juga kata suami, kalau anak itu berharga kenapa dibiarkan. Sudahlah kawasan tempat tinggal saya ini bukanlah tempat orang miskin. Kereta setiap rumah paling kurang ada dua. Tetapi kenapa anak dibiarkan bermain seolah-olah tiada ibu bapa?
Saya benar-benar tidak faham, agaknya ibu bapa ini apabila musibah datang barulah mahu menangis, meraung tetapi ketika itu tangisan sudah tidak berguna lagi?
aku bukan budak baik
8 months ago
10 comments:
Betullah tu kak...macam kat sini, kat kampung selalu za tertanya kenapa mak bapak ni biarkan anak2 merayau waktu maghrib dan malam...sehingga si Luqman tensen za tak bagi dia keluar.
NB... saya kesal.. novel NB langsung tak dapat saya cari kat ipoh ni! Popular tader publisher NBKARA.. mana saya nk dapatkan buku NB?? pening kpala pikirkan nih!
Sebab ibu bapa diaorang sibuk cari duit kak..harta yg ada belum cukup..anak2 bukan tak penting..."DUIT" lagi ipenting sebab nak bagi keselesaan pada anak
tapi pada saya..anak adalah segala-galanya...tak ada galang gantinya walaupun RM berjuta
saya sokong crita NB..kat kawasan rumah saya pun mcm tu..bila anak dah ramai, mak bapak mcm xhairan keselamatan anak2.biar je anak2 main tanpa kawalan..budak2 lagi, bukannya faham keadaan sekeliling..saya pulak yg duk tolong risau tgk budak2 tu..
Za..akak seriau sungguh bila hujan, boleh main lopak dalam hujan..aduh.geram aje tengok budak2 tu tau..
Bakisz..di ipoh cuba cari di MPH, kami ada pasarkan di semua MPH, kalau tidak di Pustaka Syafi pun ada.
Ziela..mungkin juga dan pembantu rumah pun biarkan sahaja, semalam baru akak bising dengan satu pembantu rumah tu..jangan biarkan anak2 dia berkeliaran. Kurung dalam rumah. Dah petang baru bawak padang, temankan..aduhai..
Genuine..betullah tu, kita kecut2 perut budak2 ni bermain dalam hujankan. Heasy..geram aje tgknya.
Kak Tie,
Kat kawasan rumah saya pun macam tu. Tengah hari buta budak2 dah keluar main. Saya memang tak bagi anak2 saya keluar time tu. Pukul 5.00 baru boleh keluar. Balik mesti pukul 630, ya la nak mandi, makan, lepas tu nak tunggu maghrib. Kalo lebih dari 630 memang kena denda. Saya pun heran sengan setengah ibu-bapa yang tak kisah anak merayap, lewat balik pun tak kisah. Bila dah jadi sesuatu, baru nak menyesal, salah kan org tu salah kan org ni.
kak, kawasan rumah saya pun sama..kadang-kadang tu, budak umur 2 & 3 tahun pun lepas bebas je..tak risau agaknya mak bapak diaorang..rasa nak angkat bawak balik je..he.he..
kak yati..kat tempat saya..tengah hari buta dah merayau..dengan selipar x pakai..saya yang melihatnya yang jadi risau..ntah makan ke tidak..hu hu hu hu..lastlt,saya tanya dah makan ke belum....dan halau balik...ha ha ha ha...
Kak, kalau kat kampung saya...budak2 yang bermain baru balik bila tiba waktu maghrib...yelah lepas habis sekolah terus menghilang......
saya ni tiap petang kena jadi guard tgk anak2 main depan rumah (bukan di laman).. kdg2 nak terkucil pun terpaksa minta/pesan jiran tolong tgkkan kejap..
tak berani nak biarkan diorang main tanpa pengawasan... walau ade jiran2 yang sama2 juga jd 'guard'.. tp anak kita biorle kita yg awasi..
ni pun pintu pagar saya kena manggakan.. sbb anak jiran ade juga yg tgh hari rembang dok main beskal di jln depan rumah.. normally budak2 yg dah sek rendah.. kdg2 fikri pun sibuk nak main kat luor sbb tgk anak org lain main kat luor... tu yg kena manggakan pagar.. ni baru umur 4 tahun++..
x larat nak ckp.. x boleh main tengahri.. panas, nanti demam, nanti abg akit.. tp sebb ade anak org lain yg main tgh panas tu yg reasoning saya x leh diterima nya...
Post a Comment