Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 6, 2012

SUDAH BERAPA TAHUN TAK MAKAN SESEDAP INI


Pada hari Sabtu 13hb Nov saya telah  mengadakan program memberi makan pada gelandangan. Pengumpulan dana saya lakukan sendirian pengagihan akan dilakukan bersama rakan-rakan PRS saya iaitu, Pembimbing rakan sebaya dari Care and Cure.. Alhamdulilah ada yang mahu menderma untuk membeli biskut, buah dan air untuk seramai 400 orang gelandangan. Pembelian barangan pula dengan bantuan pekerja saya Suraya.  Tetapi berdetik hati saya, sudah beberapa kali projek gelandangan dilakukan kami hanya berikan biskut sahaja. Mengapa tidak kami beri makanan seperti burger?
Akhirnya saya mengambil keputusan mengeluarkan sedikit duit poket untuk mebeli bahan-bahan untuk membuat burger sebanyak 400 biji. Saya dan Suraya, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Syukur Alhamdulilah, niat yang baik dipermudahkan ALLAH dan akhirnya kami dapat membeli 400 keping burger dengan harga yang agak murah.
Bingung juga mahu memasak burger dengan kakitangan yang tidak ramai. Saya, bibik, Nurul dan suraya. Ada yang mencadangkan mengoreng mengunakan minyak yang banyak seperti goreng pisang. Tetapi  berdetik hati saya,  walaupun mereka gelandangan, saya harus memikirkan kesihatan mereka juga. Jadi saya mengambil langkah membakar burger ini di dalam oven.
 
 

Roti burger terbaik. Ramli

Ketika membungkus, ojan, Baliksh dan suami juga turut membantu. Qaisara tolong menyibuk. Ha ha..

Burger yang sudah siap dibungkus..
 

Ini minyak hasil dari burger yang dibakar. Menakutkan..menjadi lemak tepu! S
 
 
 
 
 
Salah seorang gelandangan dapat burger ini terus makan.
 
Saya sangat terharu apabila rakan-rakan mendengar perbualan seorang gelandangan dengan rakan-rakannya, sambil mengigit burger mereka bercerita.
"Selalu kita dapat nasi dan sayur yang dipotong halus. Rasanya sangat tawar dan tidak sedap. Malam ini kita dapat burger yang sedap, sudah bertahun-tahun tidak aku makan burger sesedap ini.."
Sedih, terharu..walau harganya tidak seberapa tetapi besar maknanya bagi meerka.
Sangat berbaloi untuk saya yang membakar dari jam 9 pagi dan selesai membungkus pada jam 6 petang!
 


11 comments:

Hafimi Huzin said...

berharap suatu hari nanti mampu buat mcm kak yati buat. insyaallah. hye kak yati ..kenal sy lagi x? rindu la..ahaha

Leeza said...

Salam kak...sedih saya dengan komen gelandangan ini. Kita terlalu mewah dengan makanan. Itu sebab sekarang saya berfikir banyak kali sebelum membeli barang dan makanan, memikirkan sebahagian duit itu dapat saya dermakan. Hafimi Huzin, lain kali Kak NB buat aktiviti macam ni jom kita ramai2 turut serta samada secara langsung atau tidak langsung.

muhaini said...

Syabas NB kerana menghulur bantuan tulus dari hati. Terharu mendengar komen mereka .... sdgkan kita bila2 masa saja boleh makan yg enak2. Teruskan NB dan moga Allah berkati, rahmati dah murahkan rezeki NB sekeluarga. Ameenn ..

Sidratul Muntaha said...

senang atau susah seseorang itu
Allah tak menghadkan hambanya untuk bersedekah..
banyak sama lapah sikit sama jamah
mcm ayu
dulu terpikir jugak nak menderma dlm massive volume tapinya tak semampu itu.
yg paling kuat pun..
menjamu mkn makcik cleaner kat sini je and sometimes ade duit lebih mmg menghulur saje pada sesapa yg ayu nmpk susah..
tahniah tuk akak dan mudah - mudahan rezeki akak selalu dilebihkan Allah untuk berkongsi lebih lagi dgn org lain..
:)

Ijahans said...

hilang penat kan bila kita dgr mcm tuh... kalau niat kita ikhlas dan tidak merungut, benda yg simple Allah jadikan ia sedap dan lazat. Lalu segala pujian diberikan oleh siapa yg memakannya dan usaha kita itu diberkati. Allahuakbar... cantik sunnguh apa yg di susun ole Allah swt.

genuine1224 said...

tahniah utk akak atas usaha murni nih!!

Ain Kalam said...

kak/dik... :)

lain kali kalau nak buat macam ni bagitahu saya ya... insyaAllah saya nak join bantu mana2 yang boleh..

reading this made me have tears in my eyes..i remembered one day my daughter told me she wanted to do things like this.

syabas! :)

ain
www.ainkalam.com

Intanaziela said...

kak..menitis air mata membaca entry ini..allah..allah...betapa kita semua ini bernasib baik jika dibandingkan dengan mereka ye kak... semoga Allah limpahkan rahmat buat akak yang mereka yang menjayakan aktiviti ini kak...

Cik Azz said...

Alhamdulillah.. Ada rezeki untuk mereka.. Moga rezeki Kak Yati semakin murah.. Amin...

Unknown said...

Salam.. saya rindu membaca tulisan kak Yati. harap dapat update blog dengan secepat mungkin. Satu lagi boleh tak share macammana nak masukkan entry yg teratas sekali tu "sudah berada dipasaran" di dlm blog? terima kasih..

Unknown said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH... SAYA TERTARIK BERKENAAN DENGAN BANTUAN DAN KEBAJIKAN YANG KAK YATI LAKUKAN, KALAU ADA LAGI SAYA SEBAGAI INSAN YANG PRIHATIN INGIN MENGHULURKAN BANTUAN SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK... TERUSKAN DAN SAYA BANGGA DENGAN KAK YATI.. NAK TANYA, BILA LAGI NOVEL TERBARU AKAN DIPASARKAN..??..:D