Sejak akhir-akhir ini macam terkejar-kejar sahaja saya membuat kerja. Padahal kerja tak adalah banyak sangat pun. Ha ha. Blog pun macam nak tak nak sahaja update. Padahal banyak sungguh cerita yang mahu dikongsi. Hari Sabtu lepas saya ke Tasik Shah Alam, sengaja nak menukar angin. Orang yang paling gembira tentulah Qaisara dapat bermain di sana.
Di sebabkan banyak sungguh gambar Qaisara di dalam kamera si Khamisah yang menanti saya di Shah Alam. Jadi saya letaklah gambar dia sahajalah di sini.
Gaya kucing gedik..ha ha. Suka sangat buat gaya macam ini sebenarnya
Memanjat. Kalau tidak bermain dan memanjat bukanlah Qaisara namanya.
Ini gaya apa ya? Poket penuh gula-gula. Masa melalui tol Kajang, ada orang beri gula-gula bersama broucher entah apa. Gula-gula kami ambil, broucher tu entah ke mana. Amat malang orang yang bagi gula-gula itu. Ha ha..
Saya suka gambar ini. Qaisara suka melakukan pelbagai pose. Tapi depan orang yang dikenalinya. Jangan suruh Qaisara jadi model ya? Sudah berapa kali Qaisara dipanggil casting tapi saya tidak mahu. Biar anak saya ini bebas dengan caranya.
Rambut sudah diikat, Qaisara sudah kepenatan sebab di sini ada jual belon yang ditiup dan dilepaskan udaranya. Dia main sampai belonnya pecah dan beli lagi.
Ini wajib selepas main-main. Botol pink yang harus dibawa ke mana-mana.
Ha ha ha ini lagilah tak boleh tinggal!
8 comments:
kak yatie...alahai..kalau tahu akak ada di tasik shah alam...intan bawak hadif dan raisa pi jumpa akak...datang umah intan pun tak pe...huhuhu...ni tak sabar nak ke pesta buku, nak jumpa teta lagi...
Comel nye Teta~!
Wish kalau ade anak pompuan nanti comel dan kiut miut macam Teta! Kiss kiss~!!
Yang kat gambar buat aksi kucing tu, terperasan pulak couple bahagia.. :) Suke! Suke!
eh... Jadi mrs ikmal plak.. adeshh.. aunty ni asha tau :)
Teta comel :)
Pic yang no 2 tu ada laaa juga terlekat pic couple yang loving tu.....jeles tauuu
hahahaha ye lah...ada couple berpegangan tangan....cute. pandai si kham ambik gambar. kredit tu khamisah pro.
aik x kol pon mau mai sh alam kak..tidak kalu blet piknik kat tasik reramai hehe
alehai anak dara suntik akok tuh...mcm2 pesen aksi aih :p
aksi candid yang menarik
Post a Comment