Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 30, 2011

PESTA BUKU 2011

Kusyi Hirdan suami isteri yang banyak membantu saya di booth.


Pesta buku masih berlangsung...

Saya sangat gembira bertemu dengan teman-teman pembaca dan ada beberapa perkara yang sangat mengharukan hati saya.

1. Ada pembaca menamakan anak mereka mengikut nama heroin dalam novel saya.
2. Ada pembaca memberitahu sepanjang beliau sakit, novel saya menjadi teman mereka. Bahkan beliau mendapat semangat untuk melawan penyakit melalui novel saya.
3. Ada pembaca menegur saya. "Akak, akak kenal saya tidak? Saya yang sering beremail dengan akak, akak yang sering memberi nasihat pada saya? Alhamdulilah sekarang saya sudah okay.."
4. Akak! Novel akak yang bertajuk.....bla bla..beri idea untuk saya memilih kerjaya..
5. Akak..saya tabah melalui penceraian melalui membaca novel akak...
6. Terima kasih yatie selama ini mendoakan akak! Segalanya sudah menjadi baik (sesiapa menyuruh saya mendoakan untuk mereka, insya-ALLAH saya akan doakan dan kadangkala saya lakukan solat hajat jika mereka menghadapi masalah dan memohon saya melakukannya. Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Bantuan lain diluar kemampuan saya)

Oh banyak lagi yang membuat saya, sangat-sangat terharu. Sekurang-kurangnya saya merasai, saya menulis bukan sekadar tulisan kosong yang tidak membawa apa-apa pengertian. (ya ALLAH maafkan saya jika saya bersikap ujub. Tetapi terus terang saya sangat terharu kerana dapat menyumbang sesuatu yang kecil pada sahabat-sahabat pembaca.)

Walau saya sedar ada yang berkecil hati kerana saya tidak dapat mengingati mereka. Saya pohon ampun dan maaf. Pembaca yang datang terlalu ramai, kita bertemu setahun sekali jadi memang agak sukar saya mengecam. Namun percayalah saya sangat menghargai dan menyayangi anda semua. Semoga persahabatan kita semua berpanjangan. AMINNN..


8 comments:

mamaijat said...

....mamaijat adalah antara peminat yang bertuah dapat bertemu yatie..(tengah hari khamis lepas)
tq,adik..sampai hajat nak bersalaman & peluk yatie..satu lagi hajat nak cubit pipi budak kecik tu yang masih tak kesampaian...semuga masih ada harapan..

sarah said...

bertuah puan... sangat terharu walaupun menjadi sebahagian dr peminat puan.. sumber inspirasi ;)

nina suhaina said...

akakkk..nanti saya upload gambar kita aritu ek :) thanx kak yati sbb bagi free gift pen dan paper bag dari nb kara tu :)

Mrs.Sheikh said...

kak yati,.. saya dah terima novel dari cousin.. tq pada kak yati dan kak kusyi kerna tandatangan ituu :)

Mrs Peanut said...
This comment has been removed by the author.
NAT said...

assalam k.yati:)
novel akak jadi teman masa tengah tunggu masa nk lahirkn anak saya nov thn lepas..sudah nya nurse & saya rancak bersembang pasal cerita2 dlm novel2 akak...heheee...terlupa kejap rasa sakit nk bersalin..:)

Ann Ishak said...

saya pulak simpan semua koleksi buku akak

Miss Tasantek said...

salam kak yatie :)
saya baru baca entri akak yang ini, sebab saya baru saja dapat cari akak di alam maya ni :) saya suka baca tulisan2 akak. betul, akak tidak menulis secara ksong. saya sukakan gaya penulisan akak yang tersusun dan santai. senang nak hayati :) sesuailah dengan nama akak norhayati :)