Jom kita buat murtabak kucai.
BAHAN-BAHAN
Kucai
Bawang
Cili merah
lada hitam
unjur/ udang kering
perasa, garam
telur
kulit popiah
(semuanya main agak-agak sahaja)
Cara membuatnya.
tumbuk unjur (udang salai sarawak atau undang kering) sehingga lumat.
Kucai, cili, bawang besar dipotong halus. Campurkan lada hitam, garam, perasa, undang kering dan juga telur.
Masukkan ke dalam kulit popia, lipat dan goreng seperti mengoreng mertabak dan sedap dihidang panas.
Credit to Khamisah yang mengajar memasaknya di rumah saya ketika sambutan hari jadi tempoh hari. Bukan senang nak tengok anak dara ini memasak.
4 comments:
Thanks to khamisah atas resipi kucai ini. Yeap....bertuah akak sebab pada harijadi akak akhirnya anak dara ini menunjukkan kepakarannya memasak....lepas ni janganlah tong gas tu sampai 3 tahun .
macam sedap gayanya... boleh saya cuba petang ni..
Boleh lah letak daging atau ayam ye.
menu sarapan untuk besok pun menarik jugak ni
Post a Comment