Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 1, 2011

DOA UNTUK SAHABAT..

Cermin mata yang saya pakai itu adalah cermin mata Qaisara. He he he..


Ada seorang kanak-kanak yang sering di hantar oleh ibunya ke rumah saya apabila emaknya bekerja dan tidak ada orang yang menjaga.. Biarlah saya namakan J sahaja. Namun perangai budak ini tidak berapa saya sukai. Apabila dia tidak ada kawan, dia akan berkawan dengan Qaisara. Namun apabila berada dipadang, dia mempunyai kawan-kawan Qaisara langsung tidak dipandangnya walau dengan sebelah mata. Pernah sekali, Qaisara menghampirinya dan mengajak dia bermain. Dia menjerit pada Qaisara mengatakan tidak mahu bermain dengan Qaisara. Menangis-nangis Qaisara dibuatnya.Sehingga ada beberapa orang pembantu rumah di padang ketika itu, memarahi Qaisara.
"Qaisara ni comel, ramai orang lagi nak berkawan dengan Qaisara. Kenapa budak tu yang Qaisara kejar?"
 Bibik dan saya puas jugalah memujuk Qaisara (yelah budak itu selalu datang ke rumah bermain dengan dia jadi dia sudah menganggap sebagai kawan)
Saya rasa J ini ada masalah jiwa. Pernah  dia yang berada di padang hadapan rumah saya, menekan loceng rumah saya dan masuk ke dalam rumah. Pada fikiran Qaisara dia mahu bermain dengan Qaisara. Tetapi J menolak sambil berkata.
"Saya tak mahu main dengan awak. Saya cuma nak minum air sahaja.." (ya ALLAH berlagak macam rumah sendiri sahaja)
Sudah tentu perbuatan anak yang selalu makan, minum, dimandikan oleh bibik itu mengecewakan Qaisara apatah lagi bibik. Tetapi sebagai ibu masakan saya mahu mengajar anak memberitahu yang jangan berkawan lagi dengan budak itu .
Sejak akhir-akhir ini apabila ibunya mahu menghantar anak itu ke rumah kami. Bibik sendiri memberi pelbagai alasan untuk menolak kerana rasa sakit hati apabila anak itu menjerit pada bibik, mengatakan orang Indon tidak baik, mengada-ngada dan sebagainya.
Pada satu malam seperti biasa sebelum tidur Qaisara berdoa seperti yang saya ajar.
"Ya ALLAH ya tuhanku berilahan aku kesihatan yang baik, berilahan kesihatan yang baik pada umiku, babaku, bibiku, kak Alin, Abang Ojan, Abang Akim, Abang Irfan, Abang Adil, mak long, pak long, pak lang, mak lang, pak ngah, mak ngah, atuk, nenek.(ha ha..semua orang disebutnya)."
"Umi, kalau Teta doakan untuk J boleh tak?"
Saya tergamam. Hendak saya katakan tidak, mesti Qaisara akan bertanya kenapa?
"Bolehlah umi ya, dia juga kawan Tetakan? Berilah kesihatan yang baik pada J"
Belum sempat saya menjawab, Qaisara sudah menjawab. Saya rasa mahu menangis sahaja. Terharu dengan sikap Qaisara yang langsung tidak berdendam, bahkan masih mengingati kawannya itu walau kawannya sudah membuat dia menangis beberapa kali.
Namun tahukan pembaca, apa doa saya? Saya berdoa supaya Qaisara melupakanm J, paling kurang pun tidak menghiraukan J kerana saya risau. Qaisara mendapat kawan seperti J yang seperti ada masalah jiwa. Saya tidak mahu Qaisara terpengaruh dengan sikapnya yang sombong dan angkuh dan hanya berkawan dengan Qaisara kerana terdesak. Bahkan sikapnya yang menjerit pada bibik mengatakan orang Indon semua tidak baik dan mengada-gada, seperti anjing yang mengigit tangan orang yang melepaskan dia tersepit.
Syukur Alhamdulilah, beberapa hari ini, Qaisara tampaknya tidak menghiraukan J, apabila J memanggilnya Qaisara hanya tersenyum dan mengangkat tangan,  walau malam tadi sebelum tidur dia masih tetapi menyebut nama J dalam doanya.




10 comments:

Azlina Ahmad said...

Kak, anak itu masih kecil, masih boleh membentuknya. Berilah nasihat kepadanya.

armidila said...

budak2 ada mcm2 prangai tuk tarik perhatian org lain.. mungkin dia cmburu dgn qaisara, jd dia buat mcm tu tuk tarik perhatian org skeliling qaisara.... i guess =)

New Mama Mia said...

Bila ada ank tunggal mmg begitu.sy dgn anak pun mcm tu. Entahla...takut dilukai oleh org lain.sbb itu mmg sifat ibukan kak?.Hanya doa ibu sahajalah penyelamat utk ank2 kita ;D

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

mumtazah dah berbakul nasihat kita beri, tapi dia tak pernah peduli pun. Kadangkala bila bibik bawak Qaisara berbasikal, dia jumpa bibik tengah jalan. Dia tahan bibik nak naik, turun aje basikal terus tak tegur Qaisara..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

New mama, bagi akak tak kira anak itu seorang atau tidak, akak tetap protect anak akak dan juga anak-anak buah akak. Teringat adik-adik masa kecil. Beza akak dgn adik 15 tahun, bila adik akak mengadu ada kawan mengejek, siap kau..akak tunggu budak yang ejek adik akak itu ha ha. Tapi skrg tidak lagi, akak mengambil pendekatan lebih lembut..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

armi, rasanya masalah didikan juga. Emaknya tidak seharusnya membiarkan dia merayau2, kemudian menghantar ke rumah orang sesuka hati, hantarlah ke satu tempat khusus yang lebih selamat..

Aziela said...

Setuju dengan Kak Yati..didikan ibu bapa budak tu juga. Tapi kita tetap kena selamatkan anak kita. Hakikat dalam dunia, tak semua perbuatan baik akan sentiasa di balas baik. Qaisara mesti belajar menghargai diri sendiri dahulu dan adakala, mengikut kesesuaian masa dan tempat, harus tahu utamakan diri sendiri. Saya juga sedang melatih anak utk berbuat baik dan juga tahu bila nak utamakan diri sendiri.

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim....

hihihi...saya suka ayat ni...

Saya rasa J ini ada masalah jiwa...


kesian kan, kalau mak dia terus2 biarkan anak kecil ni dengan jiwa mcm tu...dah besar nnt mcmana la pulak yaaa.....
walau apa pun saya harap Qaisara membesar dengan kawan2 yang ikhlas disekeliling dia...sbb saya tau rasanya bila ada teman2 yang ikhlas disekeliling kita... ^__^

oh ya...lama tak jumpa kak yati, dlm gmbar kak yati bercermin mata pink tu...nampak muda berseri-seri... hihihi... serius... ^__^

ieda said...

saya rasa J ni terikut2 perangai org dlm rumah dia.

btw..memula skroll down td nampak gambar tu separuh without the caption, terus terdetik dlm hati nak komen gini.."kak yati kebas spek teta ke tu?"..hihi

Madam Casper said...

Kak J tu lelaki ke perempuan?? Ya Allah byk cabaran sggh nak didik anak zaman sekarang niii