Salah satu dil tingkap gambar dari pak cik google.
Saya ni kalau tak ada kerja, ada sahaja benda yang saya buat. Terutama pasal rumah. Tukar itu, tukar ini. Tampal itu tampal ini.Dua minggu yang lepas saya ke Parkson, ternampaklah film tingkap yang cantik-cantik. Mula-mula rasa nak beli masa itu juga, tapi tidak ada ukuran tingkap walau saya tahu ukuran tingkap di Malaysia ini agak standard. Takutlah tersalah beli nanti. Jadi baliklah saya sampai termimpi-mimpi. Ha ha ha
Esoknya saya ke Parkson semula. Tak boleh jadi, asyik teringat sahaja.
Film tingkap ini banyak juga kelebihan dia.
Bukan sekadar dekorasi tetapi orang luar tidak boleh nampak kita terutamanya pada waktu malam.
Ada dua ukuran lebar, satu yang 46cm dan satu lagi 92cm. Harganya RM23.90 semeter dan RM49.90 semeter. Saya beli yang 46cm lebarnya
.
Tingkap kosong. Gambar pak cik google.
Memasangnya, tidaklah susah sangat, hanya memerlukan air yang dimasukkan ke dalam botol penyembur dicampur dengan dua titik shampoo bayi. Bersihkan tingkap dahulu, kemudian barulah sembur permukaan tingkap dengan air yang bercampur shampoo baby. Kopek film tingkap ini dari plastiknya dan tampal (Terlebih dahulu ukur dan gunting). Kemudian hendaklah dikesat dengan pembersih cermin atau kain supaya rata dan tidak bergelembong.
Tapi disebabkan permukaan film tingkap yang saya beli ini memang sudah sedia macam mengelembung, jadi mengambil masa juga meratakankan.
Saya lakukan ke semua tingkap bilik di rumah termasuk bilik pembantu rumah. Suami pun suka melihatnya. Suka sahajalah, tapi tidaklah dia menolong saya.
Seperti kata bibik.
"Di Malaysia ini hairan sayalah, orang perempuan buat kerja rumah macam ni." Ha ha ha
-
-
-
-
Ini hasil tingkap bilik saya. Selamat mencuba ya...
7 comments:
Assalam kak
Wahh!! DIY menjadi ye.. Jenuh gak nak buat satu rumah tu..
Walaikumusalam Yan
Ha ha jenuh jugalah, tapi dah suka. Sampai sakit bahu dibuatnya, telah ajelah panadol. Ha ha
di malaysia wanitanya cekal..kakakakka sebenarnya minat pun iye jugak kak..mcm intan kalau masa shamsul tak ada la semua benda nak jadi, bilik air sumbat la...kenalah fikir dan bertindak sendiri..hahaha
intan itu kalau shamsul tak ada, akak Pak Seyit ada tak ada memang kena buat sendiri. Ha ha..nak buat macam manakan, manusia ada kekurangannya..terimalah seadanya..
ferghhh serba boleh nih kak..
berkarya boleh..memanjat boleh..bekebun boleh..menampal pong boleh...Malaysia Boleh! ehehe
cun la kak kombinasi film tuh..i loikeee :)
cantiknya kak. berkenan tengok
memang cantik...berminat nak cuba, tapiiiiiiiiii takut siap separuh jalan je nanti hihihi
Post a Comment