Gambar dari pak google.
Kenapa pula anjing ini ada dalam blog saya ni? Ha ha ha..nak ketawa dahulu sebelum bercerita.
Jiran sebelah rumah saya ini, ada seekor anjing.
Sentiasa berada di dalam kawasan rumah, di kurung dan diikat oleh jiran saya ini.
Anjing ini pandai dan baik. Kalau orang lain selalu disalaknya.
Tapi kami dia kenal, bila kami balik dari mana-mana mesti dia berdiri di pintu pagar menjengukkan mukanya dan saya akan tegur.
"Hallo, how are you? Are you okay?"
Bibik pula akan bertanya.
"Hallo apa khabar, dah makan tak? Sihat tak?"
Ha ha ha..
Satu hari, saya dengar bunyi bising di rumah jiran saya ini. Bunyi anak anjing.
Riuhnya boleh pekak telinga saya. Hesy..bila masa rumah jiran sebelah ada anak anjing?
Mungkin uncle sebelah rumah jumpa agaknya.
Uncle ini ada satu masalah besar. Dia suka kutip kucing dan kucing itu kalau dijaga tidak mengapa jugalah tetapi dicampak di rumah saya. Tapi tak apalah kucing, kalau anjing mahu pengsan saya dengan bibik. ha ha..
Satu hari saya terserempak dengan uncle tersebut. Saya tanya mana dia dapat anak-anak anjing itu.
Uncle beritahu, anak anjing itu adalah anak pada anjing dia.
Saya dengan bibik berpandangan dan sampai sekarang musykil.
Macam mana anjing dia boleh beranak, sedangkan anjing itu sentiasa saya lihat dikurung sahaja. Tidak pernah keluar. Ada tidak ada uncle itu yang membawanya berjalan dengan tali yang diikat dilehernya.
Hesy..dalam kurung-kurung begitu pun boleh bunting ya?
Ha ha ha (nak tanya uncle tu seganlah pula)
5 comments:
anak angkat anjing tu kot kak? hehehhe
saya rasa dia antar kedai laa kak tuk dikawen kan.. kalu kat veterina leh jugak.. kita byr tuk bagi anjang kita kawen ngan anjing lain.. lepas tu bawa balik.. kalau jadi.. bunting laa dia.. hehehe
liyana..anjing tu memang cucu uncle tu..ha ha ha
Ain tak tahulah tapi anjing tu sentiasa ada di rumah. Sudahlah tu anak anjing tu macam-macam rupa le pulak..
nak tau jugak...anjing uncle tu betina ker jantan?
Post a Comment