Malam semalam Qaisara bertanya saya.
"Umi esok sekolah tak?"
"Hesy esok hari rabulah sayang, mesti sekolahlah. Kenapa?"
Wajah Qaisara keruh sahaja. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak menyenangkan dia.
"Esok ada sambutan harijadilah umi kat sekolah untuk kawan-kawan lahir bulan ini."
'Oh iye ke, seharusnya Qaisara gembirlahkan?"
Qaisara diam. Termenung lama ketika itu kami baru sahaja membaringkan badan di katil.
"Esok ada clownlah umi.."
Oh sudah! Patutlah Qaisara macam malas nak datang ke sekolah rupanya ada clown. Qaisara sangat takut dengan clown kerana tahun lepas, ketika dia berada di Pavillion bersama suami, seorang clown menyergahnya dan dia ketakutan yang teramat sangat.
"Hesy apa nak takut dengan clown. Cuba bayangkan clown itu baba atau abang Ojan atau abang Akim. Qaisara takut tak?"
"Tak.." pantas sahaja anak saya menjawab.
"Jadi apa Qaisara nak takut. Dia cuma manusia juga. Cuma mukanya sahaja yang diawarnakan. Nanti kalau senang-senang umi warnakan muka Teta macam clown nak tak?"
Ha ha ha Qaisara ketawa kecil. Berkali-kali saya yakinkan Qaisara yang clown itu manusia bukan orang jahat, bukan hantu bukan ahli sihir.
Esok pagi nampaknya Qaisara masih teruja pergi ke sekolah dan balik sahaja dari sekolah, Qaisara begitu riang sekali bercerita betapa kelakarnya clown di sekolahnya. Bahkan dia membawa balik 4 biji belon yang sudah dibentuk.
"Magik umi..magik. Dia buat magik. Kelakar gila umi"
Lega hati saya apabila mendengar kata-kata Qaisara yang sebegitu. Sekurang-kurangnya dia sudah dapat menghilangkan rasa takutnya terhadap badut yang ditakuti selama ini.
2 comments:
wahhh... rupanya dak cantik ni takut dengan badut ye?ingatkan nak takut apa.. he he... nasib baik juga tak lekat takut teta tu.. :)
Oh... Kak .... budak cerdik memang takut BADUT ya.... Anak saya juga seperti Teta....... Nampak Badut 100 km dah lari....
Post a Comment