Qaisara anak saya ini jenis yang suka berkawan. Yelah adik beradik tak ada, ada tak ada dia berkawan dengan saya dan bibik. Dia bukan jenis memilih kawan, dia berkawan dengan siapa sahaja terutama budak perempuan.
Tiba-tiba ada satu hari ini, kawan yang biasa tegur dan bermain dengan Qaisara tidak mahu menegur Qaisara. Mula,-mula saya tak perasan, tapi saya lihat Qaisara tidak mahu lagi ke taman. Akhirnya Qaisara memberitahu Jaja kawannya itu tidak mahu berkawan dan menegurnya.. Puas Qaisara tegur tapi budak perempuan ini buat-buat tak tahu. Selidik punya selidik rupanya, Jaja menyampahkan Qaisara sebab emak Jaja selalu memuji Qaisara cantik dan comel. Bukan emak sahaja, bahkan bapak Jaja pun suka memuji Qaisara comel.
Saya ajar Qaisara, tak apa orang tak suka, tak tegur. Mengalahlah. Tegurlah. Bagilah aiskrim atau apa untuk ambil hati. Pada satu petang, ketika uncle aiskrim datang, saya suruh Qaisara belikan Jaja aiskrim. Mula-mula Jaja tak mahu, tapi Qaisara bagi juga dan akhirnya Jaja ambil.
Sekarang ini Alhamdulilah, Jaja sudah berbaik dengan Qaisara. Bahkan Qaisara juga selalu datang ke rumah Jaja bermain dengan Jaja bersama dengan bibik. Cuma kata bibik, Qaisara dan dia ke rumah Jaja bila emak dan ayah Jaja tidak ada di rumah. Sebab apa?
‘Nanti emaknya puji Qaisara berlebih-lebih, Jaja cemburu lagi dan Qaisara jadi mangsanya..”
Kadangkala saya terfikir, apa tindakkan yang harus saya lakukan? Saya tidak mahu mengajar Qaisara perkara yang tidak baik dan saya juga tidak mahu Jaja melayan perasaan cemburunya?
Sebagai emak saya rasa Qaisara tidak bersalah, dia bukan minta dipuji tetapi orang lain memuji. Kadangkala saya terfikir kalau dari kecil Qaisara sudah menjadi mangsa seperti ini, apakah cabarannya bila dia besar nanti?
aku bukan budak baik
8 months ago
8 comments:
kesian Qaisara...jika kecil sebegini dugaannya, besar nanti apatah lagi. Tak dapat nak elakkan, dari sekarang akak kena ajar dia bertabah hati dan bersifat sederhana.Kita tak dapat nak kawal semua perasaan dan tanggapan orang terhadap kita. Za sudah faham kenapa Si Putri bertindak sedemikian kepada Qaisara dulu....hehehe.Sekarang jika dia melihat gambar Qaisara dalam laptop za, dia akan menjerit kesukaan..kawan Putri nek su. Dan setiap kali ke rumah , selalu suruh buka laptop tengok kawan katanya.
susah juga jd org cantik ye..
kecil2 sudah ada perasaan cemburu..hmm..mujurlah qaisara budak baik..betul kata kak nb, qaisara bukan minta di puji, tapi orang yg puji..bukan salah dia kak...
sian Teta...tak bersalah pun dia. Tapi saya rasa semkin di abesar nanti,lagi ramai yg akan jeles dgn kecantikan teta.
Asalkan teta baik budi pekerti, biarlah orang nak jeles dengan dia. AT least ramai lg yg akan sayang Teta sebab baik rupa dan baik pula budi pekertinya :)
Kesian Teta...tak per sabar yer
kesiannyer Qaisara
Cantik menjadikan Qaisara mangsa. Sian dia....tak per..yg penting Qaisara baik hati & baik....
Kalau saya jeles dengan orang tu..saya suka rapat dengan dia..sebab dia cantik..secara tak langsung saya pun kelihatan cantik :D
pengajaran di sini.. >> jgn puji anak org lain berlebih-lebihan dari anak sendiri... ;)
kecomelan teta menggamit rasa cemburu kanak - kanak lain...si teta ni baru kecil...
Post a Comment