Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.Rasa syukur dan terimakasih padamu Ya ALLAH kerana aku masih berupaya meluahkan apa yang aku rasa..
Banner
SUDAH BERADA DIPASARAN
Pembayaran boleh melalui ke account no.
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli
atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada
D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.
Thursday, December 31, 2009
MAAFKAN AKU YA ALLAH
Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.Wednesday, December 30, 2009
SERUNDING KERANG!
Ramai yang minta saya resipi serunding kerang ini. Ya ALLAH lupanya saya nak meletakakan dalam entry. Sampaikan adik saya Heryati Baharom sudah berpindah dari Singapura ke Johor meminta sekali lagi, barulah saya ingat. . Saya belek-belek dalam kamera. Fuhhh..lega, rupanya ada gambar-gambar cara membuatnya yang sudah saya ambil ketika hari raya tempoh hari, tetapi cuma saya lupa memasukkan dalam entry sahaja. Nasib tak sampai tahun depan lagi..he.he
Bahan-bahannya,
Bahan-bahannya, Bawang putih, bawang merah, halia ,serai, asam keping (halia, asam keping dan serai lupa le nak ambik gambarnya).
Kerang 5 kilo, direbus dan dikopek kulitnya. Kalau hari raya biasanya saya buat 10-15 kilo kerang. Yelah..keluarga besarkan.
Cara-cara membuatnya
JOM BUAT KEROPOK LEKOR!
1 1/2 kilo ikan kembong, kopek kulitnya, ambil sahaja isinya dan kemudian mesin dalam mesin pengisar.Tuesday, December 29, 2009
KALAULA

Pram atau stroller yang boleh memuatkan bayi sehingga 30kg. Kalau saya beli, senang saya, Qaisara baru 16kg.
Monday, December 28, 2009
MIGHTY BRIGHT
Saturday, December 26, 2009
ADA APA DENGAN NAMA!
Suami memberitahu saya pagi ini ketika dalam perjalanan menghantar Qaisara ke sekolah Turkinya. Hari ini ulang tahun perkahwinan kami. Kami bercerita mengenai banyak perkara yang terjadi dalam perkahwinan kami dan Alhamdulilah hidup kami semakin hari semakin bertambah baik dan bahagia.
“Huh..penat sahaja ayah saya membesarkan saya, bila sudah berkahwin nama Berahim itu ditukar kepada Kara..” saya meningkah. Suami ketawa. Saya tahu dia mengusik saya.
Setiap kali orang tanya sudah berapa tahun berkahwin dengan suami. Saya rasa macam dah lama, sebab saya kenal dia pun lama sebelum berkahwin. Jadi saya rasa macam dah 20 tahun berkahwin dengannya. This photo credit to my SIL Zekiye.Saya sedar ramai orang melayu yang berkahwin dengan orang Turki atau bangsa asing, menukar nama mereka kepada nama keluarga. Bahkan nama anak-anak juga di letak nama keluarga. Ketika Qaisara dilahirkan suami mahu saya meletakan Qaisara Kara iaitu nama keluarganya, tapi saya menolak. Saya bagi alasan pada suami, suami patut berbangga mempunyai anak seperti Qaisara dan Qaisara harus berbangga mempunyai ayah bernama Seyit. Lantas saya letak Qaisara Binti Seyit. Supaya kata saya semua orang tahu, Qaisara itu anak pada Seyit dan Seyit itu ayah pada Qaisara. Sedangkan Kara itu adalah nama keluarga yang suami sendiri tidak tahu siapa orangnya.
“Kalau suami isteri bercerai, apakah isteri harus menukar nama ke nama keluarganya semula?” saya tanya suami.
“Oh..dah pasti, mereka tidak boleh membawa nama suami..”
“Tengok betapa penderaan mental terhadap wanita telah berlaku. Sudahlah bercerai kemudian dipaksa menukar nama kepada keluarganya semula. Syukur kami di sini boleh mengekalkan nama ayah kami dalam apa keadaan”
“Cakap awak tu betul, di Turki sekarang kerajaan sudah membenarkan isteri mengekalkan nama keluarga mereka walaupun sudah berkahwin..”
Memang ada apa dengan nama, tapi bagi saya, saya bangga dengan ayah saya dan seharusnya saya bangga membawa namanya di hadapan nama saya.
Qaisara makan creamy pasta, tapi sikit aje makan. Suami yang habiskan makanan dia. Dia sudah berpindah ke meja sebelah. Sepasang suami isteri, isterinya melayu dan suaminya kulit hitam. Si isteri asyik memangku Qaisara, menciumnya dan begitu rancak bercerita dengan Qaisara. Saya punyalah risau takut anak saya dibawa lari orang. Padahal pasangan tersebut begitu baik sekali. Datang bersalaman dengan saya, berkali-kali mengatakan Qaisara sweet, clever dan cute..fuhhh..lega! Perjalanan balik suami kutuk saya yang bagi dia paranoid! Tapi kita kena hati-hatikan..
Friday, December 25, 2009
MUSAFIR
"Umi kita main musafir nak?"
Ajak Qaisara. Saya tahu dia selalu main musafir dengan babanya. Macam mana permainan tersebut? Qaisara akan membentuk rumah dengan bantal-bantal dan saya harus ketuk pintu untuk masuk dan beritahu saya adalah musafir yang datang mahu meminta sedikit air.
"Tok..tok.."
Saya mengetuk pintu. Qaisara berpura-pura membuka pintu dan mulutnya berbunyit...aittt....seperti bunyi pintu di buka.
"Assalamuailakum.." saya memberi salam.
"Waalaikumshalam (cara qaisaralah).
"Saya ni musafir. Saya nak minta air sikit.."
"Oh..masuklah.." Saya pun masuklah..
"Awak duduk seorang ke?" saya tanya Qaisara.
"Tak dengan baba saya.."
"Mana baba awak?"
"Dia ada kat bawah, tengah main kad kat komputer.." balas Qaisara. Saya sudah gelak.
"Mak awak mana?" saya yang menjadi musafir bertanya.
"Mak saya kat kampung.."
"Oh..nama awak siapa?"
"Nama saya Teta.."
"Nama ayah awak siapa?"
"Nama ayah saya Seyit Kara.."
"Oh..nama emak awak siapa?"
"Emak saya Norhayati Berahim.."
"Nama awak siapa pulak.." Giliran Qaisara bertanya saya pula.
"Oh..nama saya Ting Tong!" Balas saya sambil ketawa.
"Aik..bukan ke nama umi Norhayati Berahim.." Kah..kah..Qaisara dia mencipta cerita, dia sendiri sudah keliru.
"Eh..itu nama mak awaklah, saya ni musafirlah.." terang saya.
"Ya tak ya pulak!" Qaisara sudah menepuk dahinya dan kami berdua sudah ketawa berdekah-dekah. Ha.ha.ha..
"Hmm..awak duduklah, saya buatkan awak jemput-jemput dengan air jus.." suruh Qaisara sambil leka tangannya berpusing sana-sana. Seperti mengadun jemput-jemput.
Ha.ha.ha..baik sungguh hati tuan rumah ini. Kalaulah semua orang tahu bagaimana melayan musafir seperti Qaisara, ramailah yang bermusafir semata-mata kerana ALLAH.
Thursday, December 24, 2009
JADILAHKAN..

Tam..Tam tengok keputusan Ojan. ha.ha..ha.. Ojan dah tak ada orang nak ditunjukkan keputusan peperiksaannya.

Inilah si Tam, kucing yang sering diajak oleh Ojan bercerita

Ini komputer yang ke berapa saya beli pun, saya lupa. Kena ingat balik. Tapi ini saya beli untuk Ojan, tanda kasih sayang saya padanya. Supaya dia senang belajar melukis.. Janji saya kalau dia dapat 8A, saya bawa dia ke London. Nampak gayanya tak dapat le....
Wednesday, December 23, 2009
RM10
Tuesday, December 22, 2009
TEKNOLOGI YANG MELALAIKAN
Bagi saya ini bukan berlaku pada Intan seorang sahaja, pada ramai orang lain. Beberapa bulan yang lepas saya melihat seorang teman yang membiarkan rumah bersepah dan anak tidak terurus semata-mata leka berladang di Facebook. Rata-rata yang saya lihat yang berladang di facebook ini kaum ibu yang mempunyai anak-anak dan suami. Sanggup bersekang mata semata-mata mahu berladang yang langsung tidak ada hasilnya! Alangkah ruginya kita..
Cuba bayangkan, kalaulah masa yang terluang di hadapan komputer kita manafaatkan seadanya sudah pasti banyak perkara yang kita boleh lakukan terutamanya meningkatkan hubungan kita dengan keluarga dan juga ALLAH. Kalau sudah asyik berladang, kain baju tidak berkemas, anak-anak tidak diberi makan sewajarnya dan memasak untuk suami cuma ala kadar. Tidakkah kita rasa bersalah sebagai seorang isteri dan ibu. Kalau dengan keluarga pun sudah terlalai, sudah pasti kita mengabaikan perkara yang tidak kita nampak iaitu hubungan kita dengan ALLAH.
Sunday, December 20, 2009
MAKANAN KESIHATAN
Buah yang paling saya suka adalah pisang kaki atau persimmon. Tapi lecehnya di Malaysia buah ini adanya bermusim. Kalau masa mahal gila, RM3.50 sebiji tapi kalau masa murah di Chow Kit Rm0.50 sen pun dapat. Buah ini kebanyakkan di dapati di negara China, Jepun, Korea dan Hong Kong. Semasa di Jepun hari itu tidak jumpa pula saya pisang kaki tapi yang banyak saya jumpa buah strawberi. Tetapi di Hongkong dan China memang banyak. Di Hongkong mungkin diimport dari negara China juga. Saya pergi beli berkilo-kilo ketika bermastautin di Hongkong (seminggu aje.ha.ha), tapi terpaksa dibuang kerana buahnya tidak sedap, bergetah dan saya rasa muda lagi sudah dipetik dan diperam. Tetapi saya memang geram dengan penjaja Hong Kong yang suka menipu, dari barang dia sampailah kepada buah-buahan.
Pokok pisang kaki, gambar Pak Gooogle yang tolong carikan. Sekarang penyakit suka makan buah ini sudah berjangkit ke ayah saya. Mula-mula dahulu dia tanya juga, buah apalah yang kau makan ni? Tapi akhirnya dia suka dan kalau dia datang ke rumah saya, ada buah ini. Siap angkut bawa balik ke rumahnya..ha.ha..(itu kerja mak tiri saya).
Ini juga buah kegemaran saya dan juga suami. Kalau di negara Asia durian adalah Raja segala buah, tetapi di Eropah mangga adalah king of fruits mereka. Tidak tahulah kenapa buah mangga digelar begitu, mungkin sukar untuk didapati atau harganya yang mahal. Saya boleh habiskan buah mangga sekilo atau dua kilo sehari dan suami kalau diikutkan 5 kilo pun boleh. Heasy..melampaukan. Sebab itu saya tanam pokok mangga depan rumah. Walau pun kecil dan rendah, pokok mangga saya sudah 3 kali berbuah. Di Turki memang tidak ada buah ini, kalau ada pun terlalu mahal dan diimport dari India. Dahulu suami akan beli mangga saban hari, sehingga saya naik jemu.
Ini satu lagi buah kegemaran saya. Sekilo sehari boleh habis. Tapi kalau makan terlalu banyak boleh cirit birit. Qaisara pun suka tapi kena kopeklah untuk dia kulitnya. Biasanya saya akan beli seminggu dalam 2 kilo. Pernah bermimpi untuk tanam pokok ini. He.he..teringat semasa balik Turki di rumah bapa saudara kami, ada di tanam pokok anggur dengan banyaknya tetapi masa itu sedang berputik. Hmm..kalau tengah berbuah mahu saya tidak begerak dari pokoknya.
Ini namanya grapefruits. Tak ada kena mengena dengan buah grape atau anggur ya. Suami sangat suka buah ini dah saya pula sangat tidak suka kecuali dibuat jus atau salad. Kerana apa? Ianya terlalu masam..
Ini salah satu juga buah kegemaran saya. Tetapi sebenarnya saya lebih sukakan papaya solo yang kecil dan boleh dimakan dengan sudu sahaja. Tidak perlu dipotong. Papaya adalah salah satu buah yang agak murah dan mempunyai kandungan vitamin, mineral dan juga antioksida. Biasanya di rumah saya seminggu kami akan beli sebiji atau 2 biji buah pepaya.
Ini pun saya suka. Banyak di tanam di kampung. Kadangkala balik kampung, buah ini tersadai aje di luar rumah macam tak laku. Sayalah dengan bibik yang selalu melakukannya. Kalau yang boleh digoreng kami gorenglah, kalau boleh dibuat pengat kami pengatkan dia. Teringat cerita suami saya ketika dia bermukim di Solo Indonesia, kerana berulang alik membeli barangan textile. Dia makan pisang berkilo-kilo sehari. Gayat tengok pisang. Maklumlah di Turki mana mewah dengan pisang, kalau ada pun kata dia pisang yang berwarna hijau bahkan orang yang mampu makan pisang macam orang beradalah di sana. Akibatnya dia asyik ke tandas..ha.ha
Oh buah-buahan ini sentiasa ada di dapur rumah saya terutamanya tembikai dan honey dew. Rock Melon jarang ada dan harganya amat mahal. Sebiji kecil akan menjangkau RM15. Kadangkala kalau di Tesco buah honey dew dan tembikai dijual murah, berbiji-bijilah di beli suami. Paling kurang seminggu 3 biji dan kalau murah boleh 10 biji seminggu. Suami suka breakfast buah-buah ini dengan keju. Kata dia di Turki musim panas sahaja ada tembikai dan harganya tidak semurah di sini. Tetapi kadangkala cemuih juga tengok asyik tembikai dan honey dew sahaja di dapur rumahkan..ha.ha..

Ini buah kegemaran siapa kalau tidak Teta dengan babanya. Hmm..selalu suami saya makan di luar buah ini dengan kawan-kawannya. Walaupun agak berbau tetapi ramai kawan-kawan suami suka buah ini. Mereka selalu pergi ke tepi jalan melepak di situ dan makan ramai-ramai. Setiap kali makan buah ini di luar, suami kena basuh tangan dia bersih-bersih. Kalau tidak, bila balik Qaisara cium tangan babanya dan dapat tangkap babanya makan durian. Alamat saya terpaksa tadah telinga mendengar Qaisara membebel.
Buah ini pun saya suka. Buah salak. Rasanya semua kenal. Jeruk salak lagilah saya suka. Semalam CT pembantu rumah Indonesia yang pernah saya cerita, bawak balik buah ini. Hmm..saya duduk menghadaplah. Dalam 10 biji jugalah habis.TERBAHARU DI PASARAN
RM31.90/34.90
JOM BACA NOVEL NBKARA
YANG MENJENGUK
About Me
- Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim,
- Selangor, Malaysia
- Seorang yang jarang memilih di dalam hidup..
IKLAN
PERMATA.
KEKASIH2KU
ANAK-ANAKKU
Blog Archive
-
▼
2009
(219)
-
▼
December
(22)
- MAAFKAN AKU YA ALLAH
- SERUNDING KERANG!
- JOM BUAT KEROPOK LEKOR!
- KALAULA
- MIGHTY BRIGHT
- ADA APA DENGAN NAMA!
- MUSAFIR
- JADILAHKAN..
- RM10
- TEKNOLOGI YANG MELALAIKAN
- MAKANAN KESIHATAN
- SYURGA DAN NERAKA!
- KENAPA TINGGALKAN TETA
- SABARLAH..CT
- TETA OH TETA KENAPA BANYAK TANYA!
- TETA PERGI KELAS
- TERIMA KASIH YA ALLAH!
- TETA CANTIK TA!
- MALASNYA!
- ENTRY TERPANJANG
- JANGAN JADI BAPALAH...
- KISAH HARI RAYA..
-
▼
December
(22)
Followers
SAHABAT MAYA
-
No more in practice6 years ago
-
-
-
-
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!14 years ago
-
Aku dan buku Part 2..14 years ago
-
Dari Blog Ke Telegram3 years ago
-
-
-
Terkunci9 years ago
-
Ganu Kite12 years ago
-
aktiviti 5S15 years ago
-
Blueberry Cheese Tart9 years ago
-
Bilik Sewa London.10 years ago
-
Separuh Jiwa Pergi...5 years ago
-
-
Blog lucah.............?????13 years ago
-
JUN YG MANIS - SIRI 213 years ago
-
Cinta Hati Baru.. My LOVE!7 years ago
-
-
Hadir Mu DiSudut Hati9 years ago
-
Tips mengamalkan Qaseh Gold10 years ago
-
-
-
Persediaan Guru di hujung tahun.11 years ago
-
Dating.....15 years ago
-
-
-
Perjalanan yang masih panjang...11 years ago
-
Medan, Indonesia part 212 years ago
-
Ujian hidup5 years ago
-
-
Wordless Wednesday: Video: Salji turun di Hallasan10 years ago
-
Semarakan Cinta Kepada Rasullah S.A.W12 years ago
-
-
ViRuS TrOjEn Vs ViRuS BeRjAmBuL "m".....15 years ago
-
-
COME BACK5 years ago
-

