Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 17, 2009

RENCAM SEBELUM RAYA

Tahun ini saya macam tak raya sahaja. Tetapi memang banyak perkara yang sudah saya selesaikan. Syukur Alhamdulilah..(macam tak raya, tapi baju raya saya..nak dekat 10 pasang..teruk sungguh! Entah saya pakai ke tidak! Ini si Lilylah yang mengoda akak untuk menambah baju raya di Sogo!)

1. Baju Qaisara sudah saya selesaikan sejak awal lagi. Jangan tanya berapa pasang, sudah tidak terkira. Baju untuk pembantu rumah dan pekerja juga sudah beres.

2. Baju suami sudah saya belikan, saya hanya beli dua helai sahaja dan beg baru untuknya, suami sebenarnya mempunyai lebih banyak baju dari NB (siap request almari baru..mengalahkan perempuan le pulak).

3.. Baju anak-anak buah saya seramai 9 orang sejak awal lagi sudah saya langsaikan. Baju ayah saya (belikan dia baju banyak-banyak, tahun depan percayalah, masih ada dalam plastik lagi). Baju dan kasut emak tiri saya, baju adik-adik saya yang masih belum bekerja semuanya selesai.
Tahun ini saya belikan sandal mahal untuk ayah saya. Berharga RM100++. Kata khairul adik saya, mesti ayah saya bising kerana beli selipar mahal sangat. Dan seperti jangkaan kami bila dapat selipar itu, ayah saya pun berbunyi.
"Buat apa beli mahal-mahal ni, membazir aje. Nanti kalau bawa ke masjid di kebas orang, satu apa pun tak guna. Aku pakai selipar plastik aje.."
"Kenapa pakailah, tak pakai kufur nikmat, kalau hilang, niatkan sedekah. Selipar tak dapat, pahala dapat." Itu jawapan saya ala-ala selamba aje..ha.ha
Teringat saya dengan si Ojan yang mahu beraya dengan selipar plastik sahaja. Ini mesti dah terikut perangai atuknya.

4. Tak tahulah apa yang saya buat bulan puasa tahun ini sehingga saya tercungap-cungap mahu khatam Al-Quran, hari-hari saya risau (cakap aje..tapi berjalan sana sini tak ingat dunia.he.he). Tapi Alhamdulilah tuhan permudahkan..

5. Tahun ini kuih raya langsung saya tak buat. Tetapi si Nik Fauziah nak kuih sarang semut. Insya-ALLAH nanti lepas raya, kalau umur panjang saya buatkan untuk dia. Mungkin selepas raya baru saya pulun kerana saya akan balik ke kampung beraya selama seminggu.

6. Bonus raya untuk pekerja-pekerja kami pun sudah selesai, termasuklah bibik saya yang tersengeh-sengeh dapat bonus dari suami saya. (nanti adalah satu penulis yang saya tidak tahu, apa silap saya pada dia akan bercakap..itu pun nak tulis dalam blog. Riak! Sorry kak ya! Cuma saya berterima kasih dengannya, marah-marah atau benci pun dia dengan saya, masih juga baca blog saya..terma kasih kak ya!..)

7, Semalam badan saya sakit-sakit, kalau badan saya sakit-sakit itu tandanya saya sudah lama tidak merayau dan hanya duduk di hadapan PC (alasan le tu..sedangkan dua hari lepas, saya merayau di tengah panas di bandar Kajang). Jadi saya, bibik, Suraya dan Qaisara meredah lautan manusia di Jalan T.Abdul Rahman dan masjid India.
Tengoklah orang punyalah ramai..nak bernafas pun susah, sudahlah bercampur aduk bau orang dengan bau longkang.

Mak datuk..orang punyalah ramainya. Sudahlah tu macam-macam bau. Nasib Qaisara duduk di dalam pram, tak adalah dia mengamuk sangat. Cadang saya mahu mencari telekong untuk kakak saya yang mahu mengerjakan haji bulan depan. Alhamdulilah, dapatlah telekong yang saya idamkan. Suami awal-awal dah beritahu. Telekong yang saya nak tu, jangan beli kalau melebihi RM125 (dia orang letak RM180). Dan kerana kepintaran saya menawar, saya dapat RM120..he.he.. Di JTAR banyak dijual kasut Crocs, cantik-cantik saya tengok kasut crocs yang dijual di situ, harganya cuma RM35 sahaja. Macam original aje..tapi bila teringat yang kasut crocs bahaya untuk tangga bergerak dan mungkin diharamkan, tak jadilah beli..

Telekong yang saya dapat sambar.

7. Saya akan balik beraya ke Melaka, sesiapa yang sudi datanglah ke rumah saya di Bukit Katil, di Jalan Demang Hussin dekat masjid bukit katil.

8. Di sini juga saya umumkan, tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjawab TEKA SAMBAL dengan tepatnya dan saya sedang memikiran bagaimana hadiah yang telah saya sediakan ada pemenangnya. Mungkin saya akan menyediakan satu kuiz yang ringkas (rupanya susah teka sambal tu ya) dan akan menambah hadiahnya lagi, tanda terima kasih saya pada anda semua.


9. Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, jika ada segala kesilapan, yang tergores, terkasar bahasa. Harap dimaafkan. Terutamanya penghunjung setia blog saya. Terima kasih kerana sentiasa menyerikan hidup saya dengan mesej anda, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA dari NB, SEYIT KARA dan QAISARA SEYIT..kami sayang ANDA SEMUA!


12 comments:

Marzalina said...

salam kak..bila tgk jalan TAR tu..tiba2 je jd rindu nak pi...hehehe

selamat hari raya juga buat kak NB sekeluarga, maaf zahir batin =)

Intanaziela said...

kak yatie..intan pun pi jalan TAR hari selasa malam...punya la ramai umat...kejap je dah balik umah..tak lalu..macam2 bau ada...

dhan said...

salam aidilfitri buat k.yati sekeluarga..
salah silap harap dimaafkan...

hertiny said...

Salam Aidilfitri buat kak Yati sekeluarga...salam sayang dan SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL...dari SAYA dan Keluarga...

ain said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN UTK KAK YATI SEKELUARGA JUGA!!!!

psst...hati2 di jln raya!!

ibu aira said...

selamat hari raya untuk kak yati sekeluarga jugak.. maaf zahir batin ye! insyaAllah saya balik melaka nanti. ada masa bolehlah saya cari rumah kak yati...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

SELAMAT HARI RAYA KAK..
MAAF ZAHIR & BATIN klu ade terkasar bahasa & terguris hati ngan komen2 & gurauan jim..

btw,bg jim..ape yg akak tulis kt cni bukan utk menunjuk2 secara riak. sbaliknya cara akak menghargai teman2 & owg2 skeliling akak..

pape pun..akak tetap terus happy & berjaya.. :)

Ida Ra said...

salam,rumah kak yati mesti dekat dgn sekolah Demang Husin, betul tak?
Selamat hari Raya Kak

Nadiah Sidek said...

selamat hari raya juga buat kak yati sekeluarga!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

padatnya xtvt akak kiter ni, tu yg tercungap2 tu...hikhikhik...
salam berlebaran utk kak yati dan keluarga =) tgkp gbr qaisara byk2 tau =D

Mrs.Sheikh said...

selamat hari raya kak yati dan family..

Unknown said...

salam lebaran kakyati,
terima kasih buah tangan dari kak tu memang sgt2 mengggembirakan anak2.. terutamanya si anis. sampai hari ke4 ni masih lagi hepi, baju raya pun tak habis pakai..