Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 10, 2009

TIDURLAH TIDUR

Semalam ketika berada di dapur menyiapkan hidangan berbuka puasa saya dengar Qaisara membaca doa tidur. Terjerit-jerit dia membacanya. Apa kena si Qaisara ni? Sebentar tadi saya melihat dia membawa makanan di hadapan telivisyen. Masakan makan membaca doa tidur.
"Sayang..baca doa apa tu?"
Saya bertanya dari dapur, yelah rumah teres dapur dengan ruang tamu bukan jauh pun. Tetapi saya tidak nampaklah apa yang dibuatnya.
"Doa tidur.."
"Qaisara nak tidur ke?"
Tanya saya. Qaisara memang ada penyakit tidak boleh tidur. Sepanjang hari dia boleh melompat tanpa tidur walau sepincing pun dan malam akan tidur hanya apabila jarum pendek bercium dengan jarum panjang.
"Taklah.."
"Abis tu kenapa baca doa tidur?"
Saya tanya Qaisara. Dia diam, tidak lama kemudian terdengar sekali lagi dia membaca doa tidur dan seakan cuba menidurkan seseorang. Isk..siapalah pulak yang dicuba ditidurkan. Tidak lama kemudian dia membebel seorang diri.
"Tidur, tidur. Teta cakap tidur.."
Saya yang berada di dapur menjenguk di ruang tamu. Seriau juga saya bila Qaisara sudah bercakap begitu, seperti bercakap dengan seseorang yang tidak ujud!.
Bila melihat siapa yang mahu ditidurkan, saya ketawa . Geli hati pun ada, geram pun ada. Apa tidaknya...di hadapan telivisyen dia membuat kerja...

Anak patung ini yang cuba ditidurkan oleh Qaisara, sebelum ditidurkan, puas dibedakkan sehingga habis sebotol bedak baby johson dikerjakan oleh Qaisara...ha ha. ha...
P/S Ini mesti ada yang mengata, Qaisara nak adiklah tu. Ye..kalaulah anak ini boleh dibuat-buat, boleh dicetak-cetak. Alangkah bahagianya saya..tiap2 tahun saya cetak dan buat..ha..ha..

14 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
Kalaulah anak boleh dibuat-buat, dicetak-cetak..nik tambah diorder-order..nak anak lelaki satu!...siapp!!!
macam order teh tarik kat mapley je!! hehehe!

Nadiah Sidek said...

hehe..ada2 je akalnya ye? pastu cmne nk tahu doll dia tu dh tido ke belum? :D

Marzalina said...

lawaklah si qaisara ni kak...tapikan kalau anak buat dibuat dan dcetak..intan pon nak satulah ahahaha..takyah kawen terus ada anak boleh hehehe

Nurain_Mummy said...

kalau anak boleh dicetak2..dia adun2 macam kuih siap cepat..saya orang paling hepi skali...

takpe, buat sementara ni menumpang kasih anak buah saya yang 2orang tu dulu...doa dan harapan saya semoga Allah cepat beri saya rezeki...

baca gelagat teta makin rindu pada anak buah saya....

yatie@smaya1709 said...

ish2 kak ....qaisara ni ...bila lah agaknye yea benda tu nak tido....hihihi....eh2 kalau lah anak boleh dcetak2 ...tak tau lah nak bayang kan mcm mana.....

IntanSham said...

hahahaa... kak yati, org tak sempat nak ckp, dia dah buat p/s dulu... ;p

tu x pe kak, kalo anak saya si aina tu, bukan takat nak ditidurkan barney dia... siap nak dibagi 'nenen' lagik, macam yg dia tengok saya buat kat adik dia... hahahhaaaaa

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

teta tuh anggap doll tu dia lah tu..diri dia plak dia anggap mcm mak...

anak buah nuar pn camtu, dak kecik ni suka mengajuk tingkah org besar... =D

ain said...

anak saya pulak, dia akan tdokan saya mcm mana saya tidokan dia, klu mood baik saya usap2 lah kepalanya suruh tido, klu tgh angin, saya akan tepuk2 bontot sambil cakap..tidooo, kan ibu kata tidoo. so dia buat exactly mcm yg saya buat kat dia.hehehe

psst...ye kot teta nak adik tu. kerja keras sikit le kak.hihihi

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

YA AMPON!!
ketawa besar jim baca kerenah Teta ni!!
bleh plak paksa anak patung tu tdo..hikhikhik..

btw,anak buah jim si ARINA tu pun sama..susah nk tdo! keje die nk blari, melompat & mengacau jim..
die hanya tdo klu bwk die msuk keta..hahaha...

at least Teta main anak patung..Arina plak main bola & keta! LASAK SUNGGUH!

Intanaziela said...

oh kak yatie..kalau la anak boleh di cetak2 dan dibuat2....intan nak anak perempuan secomel qaisara...hahhahahah sungguh comel telatah teta... :)

Deeeee said...

Salam Kak,
Kekekeke.. dayah dah agak gak tadi mesti doll yg dia tdokan.. lawokk tol la. Panjang aje akal teta kan..

idasm said...

teta yg adorable... so cute!

betul kata akak tu.. kalaulah anak itu boleh dicetak2.. dh lama ida cetak...hehe..

GREENJADE said...

yelah kak kalu anak bley dicetak2..nk jek sy cetak2 berkembar2 gitu hehe

wahhhh sgguh penyayang & 'keibuan' skali si Teta itu..bagus utk perkembangan minda & kreativiti tuh :)

Nur Asiah said...

kak yati,saya baru join blog ni..qaisara...cerdik nya dia..suka baca kisah dia..