Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, September 14, 2009

MAKAN-MAKAN LAGI..

Semalam saya menghadirkan diri di malam berbuka puasa Turkish culture centre di Marriot hotel. Tahu sahajalah hotel Marriot di Jakarta baru sahaja di bom. Jadi nak masuk ke hotel marriot macam kena lalui pegawai imigresen dan kena siap buka bag lagi. Saya memang malas mahu pergi, tetapi kerana nama kami sekeluarga sudah dimasukkan ke dalam senarai dan tidak boleh diganti, jadi saya pergilah juga.
Saya dengan Qaisara berposing sebelum balik. Bagus juga Marriot, mengadakan dewan khas untuk orang berbuka puasa bersolat. Bagus..bagus..bagus..


Suami berposing depan Pavillion sebelum masuk ke Marriot hotel..


Antara makanan yang dihidangkan, ada juga kebab tapi tak sempat ambil gambar. Punyalah ramai orang beratur mahu mengambil kebab. Di bawah sekali itu makanan yang bernama yaprak (nasi yang dibalut dengan daun anggur)


Ini manisan yang disediakan. Saya tak makan pun apa-apa dari manisan ini. Puding beras, baklava dan juga puding karamel.


Si Qaisara yang kontrol ayu. Ramai anak-anak Turki yang berada di majlis berbuka puasa itu, agak nakal-nakal, saya kurang berpuas hati kerana anak-anak ini dibiarkan berlari-lari di atas pentas. Menjerit-jerit berbuat bising ketika persembahan dijalankan.


Anak kecil ini saya suka sekali, sopan dan suka berkawan dengan Qaisara, tetapi Qaisara pula buat perangai.
"I dont want boy! I like girl!"



Di akhir berbuka puasa ada pula majlis persembahan anak-anak Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu Turki. Okay jugalah dia orang menyanyi, teringat pula saya masa buat persembahan di sekolah dulu.


Gambar ini sengaja saya tempelkan di sini. Qaisara baru bangun tidur. Tengoklah si Qaisara yang gilakan hello kitty, baju tidur hello kity, bantal hello kitty, sarung tilam hallo kitty dan gebar hallo kitty.


13 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

owh puing karamel tu sedap ok...kalu kat bazar sepotong kecik...dua hengget digasaknya...gewam...

qaisara dah makin cun...kemain duta Hello Kitty betol! =D

Nadiah Sidek said...

baklava tu cmne rsnya kak yati? diperbuat dpd apa? biasa dgr cuma baru ni je tahu rupanya cmne..

pandai memilih org ye qaisara ;)

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

Duta Hello Kitty xsuke boy??Hahahaha...

tintong btul Teta tu..die pemalu kot?
hihihi..

yatie chomeyl said...

saya suka sgt mkn baklava time gi mkn kat restoran turki....sedap toll wpon manis x hengat hehe

idasm said...

salam kak yati...
gambar makanan yg di atas yaprak tu apa kak.. putih hijau tu.. cantik pulak disusun begitu.

wah..Qaisara ni dh makin ayu dan nampak matanglah kak. kalau kata 5 tahun org percaya ni.. comelnyer dia berbaju soft pink tu..

collection Hello Kitty Teta .. wau.. tak ingatt punyer!! cukup lengkap.. tuala mandi HK ada tak? .. hehe

akak .. pic akak ngan Teta tu.. punyalah jauh... saje r tu!!! hehe..

Mrs.Sheikh said...

teta tu chumel nyer..
padan la dgn boy yg chumel tu..
ekekekekek...

akak.. sangat la sedap makanan tu..wahh.sepanjang ramadhan ni sy belum sempat menyentuh kebab..:(
iskkk...

Intanaziela said...

hihihi teta bergaya dgn collection Hello Kittynya...anak perempuan begitulah..kalau macam intan..naik jemu tengok Ben-10...hahahha

ain said...

hai miss hello kitty!!! kemain lg dgn koleksinya itu!!!

SELAMAT HR RAYA AIDIL FITRI UTK KAK YATI SEKELUARGA DAN MAAF ZAHIR BATIN!!!

GREENJADE said...

wahh comel jek duta hello kitty mlm tuh ek..suke nengok rambut dia..ikal lembut

wahhh macam terbau2 makanan2 di sane hingga ke sini hehe

tp kan camne pon still makanan Mesia tetap di hati..betui tak akak ku cayang.?.hehe ;)

**alehai kecit tiut tul pic ibu & anak tuh..sengaja la tuh.. :p

Unknown said...

manisan tu nampak sedap.. walau hanya puding karamel jer yg kenal.. :D

semakin bijak si Teta ya.. betul lah kak, teta nampak 'besor' dr umur nyer..

owhhh, Teta tak suka boy.. hmm, camno nak kawan dgn fikri ni...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..suruh si jim buat puding caramel tu, senang aje..lepas tu makan puas2...

Nadiah, baklava tu manisan..guna pastri pilo dgn kacang..dan dibakar, kemudian disiram dgn kuah gula..tersangatlah manisnya..he.he

jim..Teta pemalu? entahlah,rasanya tidak..he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha..yatiechomely, tau pun manis..suami kalau makan, setengah loyang pun boleh..akak tak suka sangatlah..

ida, itu kacang kuda yang dikisar, akak tak berapa gemar sangat..senang aje buatnya itu..he.he Teta memang besarkan ida ya?

mrs sheikh..suka kebab ya? he..he..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..memang, sampai dia suruh kita beli pembakar roti hello kitty, mana nak cari..dalam gambar adalah, fridge hallo kitty.(akak belikan fridge mainan aje..)

Ain..selamat hari raya untuk ain sekeluarga juga ya..salah silap harap dimaafkan..

betullah tinie, makanan malaysia tetap dihati..cik abang balik beraya tak?

Kakyong, teta tak suka boy sbb boy suka rampas barang orang kata dia, boy tak suka main princess, boy tak suka makeup..ha.ha