Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 9, 2009

LAYAN GAMBAR MAKANAN

Malas sungguh nak update blog, sama malasnya nak masak untuk berbuka puasa dan sama malasnya nak buat kuih raya. Tetapi saya masih belum lagi malas untuk menghabiskan menulis buku. Selepas raya ini, insya-ALLAH kami akan terbitkan, Buku Kembara Teta, kisah pengembaraan Teta keluar negara. Saya sudah siapkan, tiga buah buku bacaan sekluarga, Teta balik Turki, Teta pergi umrah dan Teta ke Cyprus!
Kerana malas nak menulis apa-apa, mari kita layan gambar-gambar makanan, cahaya semangat bagi kita yang letih lesu untuk bekerja kerana asyik ingat raya..ha.ha... Ini masa saya makan di Penang Village. Tak banyak ambil gambar sebab rasa macam malas aje...

Ini masa saya balik kampung, ada kuih bakar manis dan sup ayam kampung, bersama ikan goreng..



Ini juga masa di kampung, satu kemestian keluarga kami berbuka dengan air mata kucing, itu spaghetti yg nb buat dan dibawah karipap kakak ipar..



Ini ketika berbuka di Chakripress di Alamanda. Masakan dia boleh tahan jugalah.. Ojan yang tukang snap gambar ini.

Saya bawak juga buah hati saya Ojan dan adik saya Nurul bersama makan di Chakripress. Suami ketika itu sedang berpesta kebab dengan kawan-kawannya di PWTC. Jadi saya angkut semua suku sakat saya berbuka berpuasa di luar. Hakim tidak ada kerana berada di asrama. Sian Hakim.... Di Alamanda saya shopping baju dan kasut untuk Ojan dan Hakim. Saya paksa Ojan beli sandal yang cantik sikit, dia kalau boleh mahu beraya dengan selipar asadi aje.


Mak Usu Nurul, Bibik, Qaisara yang muka macam orang puasa dan Suraya, editor saya.


Ini lagi makanan di Penang Village iskk bukan di Chakripress..banyak manalah kita boleh makan bila sudah berpuasa.

Ini mesti ada yang mengata ni, NB ambil gambar tak pernah senyum..ha.ha.ha, menunggu azan dilaungkan. Rasanya macam hari ini nak pergi makan luar lagi..isk-isk...Macam kaya sangat!




16 comments:

Marzalina said...

salam kak NB..haha..semua makanan tu menyelerakan huhuhu..

p/s: kak..intan bukan kutuk..tapi memang slalu intan tgk kak klu bergambar jarang senyum hahaha..mahal ek senyum tu? ;p

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

akak cuba buat biskut-biskut plak tahun dpn (sbb thn ni ala2 malas kan...hihihi)

pastu bila akak dah buat biskut2 tuh

akak jual online kat blog nih

setiap biskut tu dinamakan sempena nama novel akak...meaning here akak ada 40 novel...40 jenis lah akak buat

matilah akak

MUAHAHAHAHA!

=D

cubaan utk buat akak tersengeh nih...ngeee

ain said...

akak samalah ngan saya, makin malas nak masak utk buka, makin malas nakbuat kuih raya tp bersemangat nak kemas cantikkanumah.hehehe

psst...bagusnya ojan ..so simple, klu zati branded item aje kak. masa cuti sek baru2 ni dia rembat kasut raya hush puppies rm258. bapak dia pun tara pakai that pricey.aduss!!!

idasm said...

seronokkan berbuka puasa ramai2 cenggitu..
wah ida teruja bila dgr .. akan keuar buku kembara teta. mesti best. agak2 ada gambar tak dlm tu.. hehe..

ida tau akak mmg tak senyum bila ambik gambar, tp kita bergambar.. akak senyum... thanks kak! (ida suka tengok gambar akak tersenyum... manis!)

Madam Casper said...

huhu saya pun kak yati belum buat apa2 preparation lagi pun untuk raya....

ibu aira said...

akak cubalah amik gambar sambil senyum.. mesti tambah ayu, manis and vogue.. :)

shila said...

kak yati.........saya nak mengata nihehe....kak yati ambil gambar memang tak pernah senyum....actually kak yati tu senyum dalam hati yetak....

GREENJADE said...

hehe seb baik dah tengok senyuman 'live' kak Yati tu ari dpn mata..so..xde ler kempunan sgt hahaha

hehehe sy pon sama malas cam akak..cume rajin makan jek skg nih..bhn2 nk buat cookies raye dh beli..tp till to-date still dok tesepuk dlm gobok hihihihi

*x sabo nunggu latest karya akok..nk penuhkan library kt umah tuh hihihi*

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

amboi kak!tggu azan ke,tggu nk mencekik tu??
garang btul mukanya..hikhikhik..

susah btul nk tgok pic akak kt dlm ni..muka Teta dah puas tgok..umi die plak skali skala je..EKSKLUSIF TAU!

Intanaziela said...

kak yatie...gambar2 makanan itu sungguh mengiurkan..hahahhaha

dan..hubby intan pun cakap..kak yatie kalau amik gambar tak pernah senyum..hahahha

IntanSham said...

amboiii laaa sedapnya tengok gambo. bulan puasa nih, ramai yg tayang gambo makanan berbuka puasa dlm blog... hehehheee

Mama Nazhan said...

mesti bestkan..??tentang kembara teta...kak yati samna cam saya..susah betul nak senyum...tp la ni dah ok skit kot...semakin fotogenik...hehehe

Nadiah Sidek said...

wah...terliur tgk gmbr2 mknn tu!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..ha.ha.ha..bukan apa saspen aje tunggu flash tu menyala, sebab tu tak sempat senyum..

ha.ha..tapi kuih2 tu semua sama aje rasa diakan, rupa dan warna aje yang lain, ha.ha.ko biar betul nuar! Tak pernah dibuat orang..

Ojan memang selebet ain..nak buat camana, bukan kisah apa yang disarungnya, paling penting..boleh hidup kata dia..

ha.ha..ida ni macam si teta pulak, nak buku-buku yang ada gambar..isk2..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

casper..persiapan utk budak2 aje iye..rayakan utk anak2..

yatie, tak apa..tak senyum asal kat luar gambar sentiasa senyum..he..he..

shila..tak apa kata ajelah.he.he.he..

cis! si jim ni kurang gula sungguh..dia mengata akaklah tu..ha.ha, kalau tunggu azan tu apa lagi..nak nyam-nyamlah..

sayangibu..macam semangat le pulak bila tengok gambar makan2kan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tinie..esok-esok bahan kuih tu brought forward ke tahun depan ajelah..he.he..

intannaziela..macam mana nak senyum, karang dah letih senyum..gambar tak jadi le pulak..saspen aje tungguh flash bernyala..he.he..

yelah..bai, kita ni sama aje..dalam gambar aje tak senyum baik, kat luar..galak tersenyum..

sian nadiah..jauh diperantauan dan tidak ada pasar ramadhan ya!