Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 30, 2009

JOM BUAT ROJAK

Sepanjang bulan puasa ini memang pening kepala mahu memikirkan hidang apa yang mahu dimasak untuk berbuka puasa. Sekarang saya sekeluarga sedang berpuasa 6, masalah memasak untuk berbuka timbul semula. Aduh..aduh. Akhirnya dalam dok termenung dapat idea untuk memasak rojak.

Bahan -bahannya sotong yang digoreng tepung. 1. matikan airnya terlebih dahulu dengan meletakkan sotong yang dibersihkan di dalam kuali dan di atas api yang sederhana sehingga airnya keluar 2. gaul dengan garam, perisa dan telur 3. sebelum digoreng gaulkan dengan tepung jagung atau kastard( tepung kastard cantik tapi sotong akan keras sedikit)


Sotong yang sudah siap digoreng.

1. Sengkuang dan timun yang dihiris halus (timun lupa nak ambil gambar) 2. Kuah rojak, halia, bawang putih, bawang merah, serai yang dimesin dengan cili, ditumis. Kemudian selepas garing masukkan kacang tanah yang sudah digoreng dan dimesin halus. Sedapkan dengan garam, gula, asam keping dan juga perasa.

1. Tepung, daun bawang, garam, perasa dan juga bawang dihiris digoreng untuk dibuat jemput-jempt. 2. Tempe yang digaram dan dikunyit juga goreng.


Taugeh yang dicelur.

Tahu yang digoreng, ubi kentang juga digoreng, tempe dan telur.

Buat rojak ini agak leceh sedikit kerana banyak ramuannya yang perlu digoreng dan dimasak. Bak kata kakak saya Maznah, kalau buat di rumah terbuka ni, orang dah semua sampai rojak kau tak siap-siap. ha.ha.ha. Sebab kerana masak ketika berpuasa saya rasa kuahnya macam terlebih serai..keh..keh. Heasy.masak bagai nak rak, suami saya bukan makan pun. Terpaksalah masak hidangan lain untuk beliau. Nak buat camanakan..reda ajelah.


11 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

suami akak xmkn rojak??nape ek??die xsuke mknn pedas ke??

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sedaplah...hukhukhuk...ni kalu openhouse wat rojak nih haros laku dulu sbb mana2 pergi dok balik2 menu yg serupa...kalu pelik, haros terjah dulu =D

ain said...

tulah sbb saya malas gak nak masak2 benda2 yg sy suka mn tp yg lain tak mkn. kena masak yg lain jugak. dah jd 2 keje pulakk..adoiiii!!!!

psst...sotong tu ratah gitu2 ajepun sedap ekh!

Nanak said...

sedapnya,..tapi tak reti nak masak..

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

hua...hua...hua....saya cukup sedey kalu baca entri pasal makanan siap ngan gambar sekali ni...teringin sgt2...nak buat lambatla plak....kalu boleh masa baca tu terus dpt ngap...bestnyer....

Intanaziela said...

kak..heaven nampaknya rojak akak tu..harus dicuba nanti..hihihih tak pe kak.biar lambat asal selamat (selamat dimakan ler..hahahah)

GREENJADE said...

hehehe apekan daye lain tekak lain seleranya kans..xpe kna bt dua keje pon...dpt tmbh2 skill memasak & tmbh2 pahala gitu hehe :)

ceria2 sll kak :)

cheers..!

~penahati~ said...

macam pecal la kak yati. terliur btol saya. nyum! nyum! nyum!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim suami akak tak makan rojak sebab dia bukan orang Malaysia jim, ko macam tak faham2 aje..ha.ha


Nuar..jenuhlan kalau open house nak buat rojakkan..ha.ha..

Ain..kita nak makan kenalah buat, kalau tidak kena makan aje makanan orang lain suka, udahlah kita yag masak..keh2

Nanak..boleh2..senang aje..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Milah..cubalah masak, budak2 mesti sukakan.emak budak pun suka..by the way..thniah2..cemburunya akak..

intan da cuba tak rojak tu..menantuku itu makan tak?

Tinie taupun anda, sudah kupilih suami yang begitu, rasakanlah..ha.ha..

penahati..ini bukan pecal, ini macam rojak singapura

shila said...

aduskak memang leceh yer nak menyediakan bahan2nya sekali ngap kejap je habis.. hmm kalu saya order je la kat kedai..