Jemputan di malam raya yang mengambil bahagian bertakbir dari rumah ke rumah. Menu malam itu satay dan juga ketupat.
Malam raya pertama, sempat lagi Teta, kakak saya Mijah, anak-anak yang lain bermain bunga api. Qaisaralah yang paling gembira bermain bunga api walaupun takut-takut.
Hari raya kedua kami sempat mengadakan makan-makan untuk ahli keluarga. Hidangan malam itu BBQ ikan, ayam dan udang, meehon goreng, nasi goreng, sotong goreng tepung (saya yang buat, bukan kuning jadi hitam..tapi Alhamdulilah..sotong yang dahulu habis) dan juga buah-buahan.
Adik ipar saya Hamdan dan abang ipar saya Rahim Martopo (bukan nama betul sengaja mengelarnya sebab dia suka pakai topi jawa di kepalanya) yang bertungkus lumus membakar ikan, ayam dan udang.
Bapa saudara saya yang datang bersama anak dan menantunya dan juga ayah saya (memakai baju melayu)
Hari raya ke empat, Danish mengajak saya ke Jusco untuk bermain 'lompat-lompat' dan bowling (dia tahu kalau Mak Andak balik kampung, dapatlah dia main lompat2). Setiap kali ke Jusco saya pasti membawa Danish, Alin, Qaisara dan Balkish. Tetapi kali ini Balkisah tidak dapat ikut kerana ramai saudara mara yang datang ke rumahnya. Bila dia tahu saya ke Jusco, meraunglah dia. .
Sebelum ke Jusco, sempat menjenguk di tempat kerja adik saya Ateh, di sekolah pendidikan khas. Ini kraftangan yang dibuat oleh Ateh untuk murid-murid di pendidikan khas.
Lupa pula mengambil gambar jaga yang bekerja di sekolah tempat Ateh bekerja. Sekolah Ateh ini di belakangnya kubur cina dan di hadapannya kubur orang-orang islam. Rasanya ramai yang tidak berani menjadi jaga di sekolah seperti itu. Pukul 5 pagi pak cik jaga berbangsa cina ini sudah datang ke sekolah. "Bini aku kuat pet pot pet pot. Baik aku kerja dari dengar dia membebel." Itu cerita dia pada saya ha.ha.. . Pakcik ini memang fasih berbahasa melayu. Suka sangat saya berbual dengannya. Bayangkan sepanjang 41 tahun bekerja, dia tidak pernah mengambil cuti! Tahun Baru Cina pun masih bekerja tetapi datang agak lambat...ada yang sanggup buat begitu?
6 comments:
salam kak yati, biar berapa banyak pun cerita raya akak, ida tetap setia membacanya.. hehe.. akak post aje... ida suka!
kak, bestnya buat makan2 tu. nak2 buat bbq, bestkan. sotong tepung akak walau hitam tetap habis jugak..mesti sedaplah tu.. hehe.
AKAK!!
bestnya raya akak! ade owg dtg umah bertakbir,ade BBQ & main meriam lg..BESTnyer!!
jim pun nk camtu jgk..wawawa..
jim braya kt kl je..bosan sungguh!
jelez =P
selamat hari raya buat kak yatie dan keluarga...
seronok ye qaisara berhari raya..tambahan sepupu2 ramai...hadif pernah main bunga api tahun lepas, sekali terkena kaki...tahun ni main lagi..tak serik2...hahahah
SALAM IDA..
buat makan2 memang best tapi lepas tu rasa kaki tu sakit sana sikit..ha.ha..penat!
Siannya jim, jadi jim kena pastikan dapat keluarga mertua yang raya sakan tau! ha.ha..
Nuar..sama gak ngan si jim, nanti kalau kahwin kena cari orang kampung yang ada ramai sedara mara..baru raya meriahkan!
selamat hari raya intan..Qaisara suka sangat raya, sbb dia dapat duit raya..selama ini tak pernah orang bagi dia duit kot..ha.ha
kak thnks kerana sediakan citer2x menarik di blog akak ni
Post a Comment