Hari minggu lepas ketika balik dari kampung, adik saya memberitahu.
"Kak..kau tahu, si Danish dengan Balkish dah jadi pembunuh.."
Terperanjat juga saya mendengarnya. Lantas saya tanya pada adik saya perkara yang sebenarnya. Cerita Ateh Danish dan Balkish bermain air di bilik air yang berada di luar rumah. Di rumah kami di kampung memang mempunyai bilik air di dalam rumah dan di luar rumah.
"Bila mereka keluar, Bapak masuk. Bapak tengok ada seekor kucing yang sudah kembong dalam kolah di bilik air. " (keluarga saya memang pelik sedikit, adik beradik saya seibu sebapa panggil ayah saya abah atau babah, tetapi adik beradik dengan emak baru panggil ayah saya bapak).
"Lah..siapa yang buat?"
"Budak-budak berdualah tu.." Ateh dengan penuh yakin memberitahu.
"Kau tak nampak, tak bolehlah tuduh-tuduh. Kasihan budak-budak tu.."
Ateh pernah cakap dengan saya, Kak Tie kalau balik kampung, Danish sukalah. Ada orang yang tukang back up dia kalau dia buat salah! he.he.
"Alah..siapa lagi. Orang dah denda Danish. Tak bagi keluar bilik 4 jam. Orang tanya dia, dia cakap Balkish, tanya Balkish dia cakap Danish.."
Budak-budak biasalah, ketakutan menyebabkan mereka jarang mahu mengaku salah.
"Danishkan takut kucing. Mana mungkin dia balingkan kucing itu dalam kolah.Pegang pun dia tak berani."
"Balkishkan kecil, kalau tak suruh buat. Dia tidak akan buat. Danish jadi ketua Balkishlah tu." Ateh berdalih. Saya diam. Memang kalau tanya Balkish memang dia mengatakan Danish yang membaling kucing dalam kolam. Kalau tanya Danish, dia mengatakan Balkish yang membuang kucing itu dalam kolah. Tetapi semalam, ketika sudah balik ke rumah di Kajang, saya menelefon Balkish. Memang saya setiap hari akan menelefon Balkish, berbual dengannya di telefon.
"Sayang, umi nak tanya Balkish.."
"Tanya apa umi.."
"Masa Balkish baling kucing tu dalam kolah, kucing tu hidup lagi tak?"
"Hiduplah umi.."
"Lah..kenapa ya kucing tu tak boleh keluar dari dalam kolah, diakan tahu melompat"
"Yelah umi, Balkish ingat pun dia boleh keluar.."
"Oh..Balkish pun ingat dia boleh keluar dari dalam kolah ya? Sebab itu Balkish buang"
"Yelah umi., ingat dia boleh berenang...rupanya dia mati.."
Ha.ha.ha..sekarang saya tahulah siapa sebenarnya yang membuang kucing itu ke dalam kolah.
12 comments:
hahahaha...make sense...pandai akak putar alam kan =D
kak NB ni memang pandai psikologi la hehehe
wah...akak NB pandai reverse psikology utk mencari kebenaran!!! tahniah!!!
Dan balkish pun pandai mengxperimentasikan kucing tu samaada pandai berenang atau tak! ermmm....should I congrats her too!! hihi
Hahahah...senang je pesalah mengaku ye. Tidak payah digertak..cuma dibawa berbincang. Hihihi...
hehheeh...bila baca n3 akak..kite dah memang gerenti akak memang tak puas hati gan penyiasatan adik akak 2...heheheh...sian danish ...tak pasal2 kena denda...ish2...ha tengok ...."csi" dah turun padang....syg akak...obtw kak kak sihat..? teta..? kite tak boleh bukak msjbox tu lah kak ...ish geram2..eheheh..takpe2 kite tengah repair lah ni....
hihihi comel je jawapan si balkish tu ye kak yatie...hahahhaha budak2....manalah diorang boleh fikir sedalam orang dewasa berfikir...kak yatie boleh jadi konselor la... :)
hakhakhak..
kejam sungguh..
jim ni xde r suker sgt kucing,tp xde r smpi nk bunuh..ishq3..
klu teta yg wat,ape akak wat ek??denda tak??ngee..
laa.. ingat tajuk novel baru yati. hehehe, pandai betul mengorek rahsia, ya?
boleh belajar nih!
cheerio.
brilliant kak =D
hahaha teknik meng'kantoi' kan pesalah secara halus & keibuan..
cayalah kak hehe :)
Salam Kak Yati,
Hahahahahaha.. nak tergelak besar saya baca ntri ni.. budak2 akalnya kalau panjang begitulah jadinya...
sgtlah comel kedua2 budak ni..
hihihi... tgelak2 sy bace telatah dak2 ne..
n pndai k.yati trap balkish ye? hihi
miss adk2 spupu yg kecik2 tu :(
**takot kucing jugak. tpi klo kucing dtg sy yg lari!! huhu~ **
Post a Comment