Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 24, 2009

CORETAN RAYA

Rasanya baru kita berpuasa dan sekarang sudah berada di bulan syawal. Terlalu cepatnya masa berlalu. Bagi saya syawal terlalu besar ertinya. Ketika ini kami dapat berkumpul, bercerita dan bergelak ketawa. Rasanya detik-detik yang berlalu terlalu cepat dan pantasnya pergi.

Keluarga kecil saya, setiap kali orang datang dan berjumpa dengan saya, pertanyaan wajib mereka..bila nak tambah anak lagi seorang..ALLAH..ALLAH...
Di hari raya kali ini saya berpelung berjumpa dengan seorang teman yang sudah berpindah ke Singapura mengikut suaminya bekerja di sana. Usia perkahwinannya hampir dengan saya dan tidak mempunyai anak. Dia meluahkan perasaannya apabila orang bertanya kenapa dia tidak mempunyai anak.
"Sudah..kau jangan peduli kata orang, bila tak ada anak, tanya bila nak ada anak, macam aku pun orang sentiasa tanya bila nak tambah anak.."
"Yelah..betul kata kau Tie..kalau ramai anak pula, orang mengata..asal le beranak ramai-ramaikan.."
"Yalah anggaplah pertanyaan orang adalah pertanyaan mengambil berat dan kerana sayang.."
Saya bergurau dan kawan saya ketawa

Ini menantu lelaki dan anak lelaki keluarga Berahim.

Anak-anak perempuan keluarga Berahim (tidak termasuk Balkish yang sibuk interframe..ha.ha)

Qaisara yang sentiasa membawa botol airnya walaupun berhari raya ke rumah orang.

Adik saya Ustaz Kamal Al Hafiz yang sentiasa mengelek anaknya ke sana ke mari. Kata dia baik kelek daripada dilepaskan. Kalau dilepaskan, asyik nak dikejar. Sekarang baru dia tahu susahnya menjadi ayah ustaz ya..ha.ha.ha.

Bersama adik saya nurul yang banyak memainkan peranan penting di dapur. Dua tahun yang lalu beliau mendapat beberapa tawaran belajar di luar negara tetapi dilarang oleh ayah dan emak tiri saya. Jadi setiap kali datangnya raya, kami mengusik Nurul.
"Dik, nasib baik kau tak pergi dik. Kalau tak, tak ada orang yang menolong di dapur.."
Yelah..dialah yang tidak pernah penat membasuh pinggan mangkuk, masak, melayan tetamu dan sebagainya bersama pembantu rumah saya. Tahun lepas mereka bertiga tetapi tahun ini berdua, kerana pembantu rumah ayah saya bercuti, pulang ke Indonesia.


Ini anak manja kakak saya Mijah, siapa lagi kalau tidak Ojan. Tahun ini menurut Ojan dia tidak berhari raya, yelah lepas raya dua minggu, Ojan akan menghadapi peperiksaan PMR. Moga-moga Ojan dapat menjawab dengan baik..AMIN..


Apa yang diceritakan oleh Hakim (berbaju oren) sehingga semua sepupunya melopong mendengar?



ha.ha.tahun ini baju raya saya memang banyak dan saya beraya dan bergaya di rumah sahaja. Begitu juga dengan adik saya dan bibik yang terperap di dapur tetapi tetap bergaya di hari raya.



Anak buah saya, Danish dan Atmam yang bergaya dengan baju melayu dan juga berkain songket.

Anak-anak merekalah yang paling riang berhari raya. Sebelum raya Qaisara bertanya, raya tu apa umi? Dan sekarang bagi Qaisara raya itu orang ramai datang ke rumah, berjalan-jalan dan dapat duit.


Qaisara yang baru keluar hutan di rumah nenek saudara saya. Rantainya pun entah ke mana. Sepanjang berada di kampung tak lekat di rumah, masuk semak, keluar semak. Calar balar kaki tangannya, digerit ranting kayu, lalang dan juga digigit nyamuk. Biar dia merasa kehidupan di kampung, walau ada yang mengatakan sayang kulitnya yang mulus bertanda-tanda ha.ha.ha. Bagi saya, biar Qaisara ada kenangan 'nakal' dalam hidupnya menjadi anak kampung.


Ini anak buah saya Zafran, yang saya panggil 'haji'. Melekat pula nama tersebut, dia faham pulak orang panggil dia 'haji' tersenyum-senyum dia.


Alin, Baliksh, Danish dan Qaisara yang control ayu..dalam gambar nampak sopan aje. dekat luar? .ha.ha..


8 comments:

kenari said...

mmg seronok dpt berkumpul beramai2 begini

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alololo qaisara sgt ayu dgn persalinan ijo lembot tu...chumel jeh...hamboi akak pink karer...wewittt =D

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

cantik baju raya Qaisara..
bju akak pun cantik..jim suke kaler pink!hikhikhik..

pasni nk tgok pic akak ngan baju raya yg lain2 plak..kire cam entry fesyen ari raya akak & Qaisara r..
ok tak??

luahan said...

salam. selamat hari raya, yati.
semoga perkenalan di alam maya ini akan kekal, ya!

maaf zahir btin.

cheerio.

Captain said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Terima kasih kerana novel-novel yati yang membuat isteri saya asyik membaca sehingga hidup saya aman.

Daripada RESEPI RAHSIA KU

ain said...

salam kak yati..selamat hari raya! comelnya teta ngan baju raya ijaunya itu!!!

psst...zati pun nak pmr gak pas raya ni. Semoga dipermudahkan Allah segala2nya utk mereka!!!

GREENJADE said...

haahhh tu dia..keluar sudah wajah2 famili ceria incek Berahim ek

sakan akok kite beraye ngn 'berpasang-pasang' baju yg 'karer'ful itu ;)

sy ade blk Merlimau umah mertua..tp x jupe akok pong..ihiks :D

MyHasla said...

Salam kak yati. Selamat hari raya aidilfitri untuk kak yati sekeluarga.