Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 5, 2009

CERITA ULAR LAGI


Tak habis-habis lagi kisah Qaisara. Mesti ada yang bosan saya asyik bercerita pasal anak saya yang suka melompat tak tentu pasal. Tak pernah mahu duduk diam, selalu sahaja kaki, punggungnya bergoyang apabila mendengar lagu. (Ada yang bertanya Balkish tu anak saya ke?Ya..dia juga anak saya dan juga anak kakak saya. Dia panggil saya umi dan saya sayangkan dia macam anak saya sendiri).
"Umi cerita pasal ular.." satu malam dia minta saya bercerita pasal ular (geli saya!). Qaisara memang begitu sebelum tidur, kena bercerita dengan dia. Kalau tidak, jangan harap dia nak tidur!
"Isk..ular apa pulak ni.."
"Hari itu umi cerita atokkan tangkap ular.."
"Oh..pasal itu. Masa tu atok bangun solat malam. Masa atok nak ambil wuduk, atok dengar bunyi bising dekat luar. Atok ambil touchlight.."
Saya pun berceritalah. Saya bercerita bagaimana ayah saya menyuluh dipokok cempedak dan melihat seekor ular sawa sepanjang 10 kaki. Kemudian ayah saya memanggil bomba. Saya juga beritahu qaisara bomba datang seramai 4 orang dan menangkap ular sawa itu.
Tidak lama kemudian Qaisara pun tidur. Esok malamnya ketika saya menghadap komputer..qaisara dengan babanya diatas katil..
"Baba..baba you want hear story.."
"Yes.."
'One night, atok want to take wuduk. Atok heard something noisy.."
"where does noise come from?" baba dia bertanya..
"From fridge baba...Atok take touch light, after atok open fridge.."
"What's in the fridge?" saya hanya pasang teling, apa jugalah yang mahu dicerita oleh anak dara saya ini.
"Atok see snake. so big, so long.."
"Ahh?" saya dengan suami sudah menjerit.
"Snake in the fridge? Are you sure?" tanya suami macam tak percaya sahaja.
"Yelah..baba. After atok call bomba, bomba come and catch the snake..."
"where do you get this story?" suami mengerutkan dahinya, saya masih lagi ketawa..
"Umilah..baba.."
"Umi tak cakap pun ular dalam peti ais tau.." Qaisara sudah ketawa sambil menakup mulutnya dengan telapak tangan.
"Separuh cerita umi separuh cerita Tetala......"
Ha.ha.ha..setiap kali mahu membuka peti ais saya teringatkan cerita Teta. Huh! harap-harap tak adalah ular sawa di dalam peti ais saya. Kalau tidak mahu saya pengsan!



17 comments:

hertiny said...

kekekeke...bakal penulis novel juga si teta ni...hehehehe

Mrs.Sheikh said...

gelak2 ... akak sy pun geli ulaq..
eiii.....

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hakhakhak..
akak tau??dulu jim cam excited jgk nk pegang bdn ular tau..

but then,masa jim p Zoo ngan my family,jim dpt r pegang ular & bergambar ngan ular tu... SGT GELI ok!!

pling geli bile kepala die gerak merayap2...Eeee..since that time,jim terus geli kat ular!

Nadiah Sidek said...

hehe..pandai qaisara tokok tmbh cerita..blh masuk pertandingan bercerita nnt ni

dhan said...

lawaklah si teta nih... mesti sblm cerita abis dia dah tertido..... hahaha

idasm said...

memang ada bakat si Teta ni ikut jejak akak.. hehe...

ain said...

hihihi...pandai2 je teta ubah skrip ye kak. mmg ada tokoh jd penulis cam akak nanti!!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

KAHKAHKAHKAH...adoiiiiiiii

gelak guling2 ok! ya allah qaisara nih! akak konpem tak makan tua dok bergelak jer dengar teta bercerita...

=D

fieyra said...

Kak yati..dh lama tak tulis pasal teta.citer pasal teta tak kn pnah sye bosan baca akak..
Sye x sabar nk balik mesia utk raya.nk beli buku billy.buat peneman mlm hari sye saat on call...
Kak yati,ape citer teta spanjang bln puasa?bgtau dia,sye kem salam senyum manissss jauh dari surabaya :)

Love,
Fieyra!

ibu aira said...

lawak betullah teta ni. ada je idea dia nak kenakan umi dan babanya..moga dia ikut jejak kak yati jadi penulis terkenal satu masa nanti... Amin...

Feeyza said...

hehehe..terkekek² sy bc kak..bdk² zaman skrng mmg otak bergeliga.tau cite nk buat aper...suka ngat c 'Teta" ni dgr cite psl ular..sebut ular ni..geli sy kak..

Anonymous said...

hehe,..klakar..(^_~)v

GREENJADE said...

hahahha ade2 jek Teta nih

kalu saye..mau 'keras rahang' asek ketawa dgn keletah TEta yg noti tp ceria tuh :))

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

tiny teta bab kelentong bagi kat dia..keh.keh

mrs sheikh, rasanya semua orang geli ular, kecuali raja ular..ha.ha

jim..akak ular yang kuning cantik tu beranilah pegang, ular lain tak beranilah..eeeiii..

nadiah..si Teta memang suka bercerita, bila nak tidur..lepas kita cerita, dia pula bercerita walaupun cerita dia merapu2

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dhan..dia dengar semua cerita tu, tapi gatal aje nak menambah...

ida..harap2 dia jadi lain daripada uminya..

ain..Teta memang suka tokok tambah semua cerita orang, bkn cerita akak..cerita baba dia pun cam tu..

nuar..bukan gelak aje, angin pun selalu dengan dia...he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

fieyra..he.he..cite budak2 memang tak pernah membosankan, sian fieyra, tak apa..tak lama lagi baliklah ya..

yatie..teta memang suka bercerita, ntah apa2lah cerita dia..skrg sibuk ngan cerita gajah le pulak..

feezya..ular semua orang geli, tapi si teta cukup suka cerita pasal ular dgn baba dia..selalu akak marah, kalau dgr dia orang bercerita pasal ular..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

red..budak2 selalu buat kita ketawa..

Tinie..dia buat kita ketawa, dia juga selalu buat kita angin dgn dia..ha.ha