Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, August 28, 2009

SAMBAL OH SAMBAL

Sambal? Kenapa saya adakan peraduan meneka sambal? Dalam hidup saya sambal cukup berkait rapat, cukup sinonim. Sambal membesarkan saya, menjadikan saya sehingga seperti sekarang. Sambal umpama keju bagi suami, kalau keju membesarkan suami saya, begitulah sambal. Kalau suami memastikan keju berada setiap masa di dalam peti ais, saya sering memastikan sambal berada di bawah tudung saji..he.he
Bukan sahaja saya, tapi adik beradik saya. Kakak saya Mijah, setiap hari pasti membawa nasi dan sambal sahaja ke sekolah, sehingga berjaya masuk ke universiti. Saya masih ingat lagi, di zaman kanak-kanak saya, ketika itu seorang lelaki, jiran kampung saya datang ke rumah saya, kebetulan saya sedang makan. Melihat lauk saya, lelaki itu berkata.
"kasihan kau..makan nasi dengan sambal sahaja?"
Hmm..bagi saya itu tidak ada apa-apa. Sekurang-kurangnya saya mempunyai sambal. Ada orang tidak dapat makan, ada orang makan nasi dengan garam? Tetapi saya ada sambal..
Sebenarnya dalam kehidupan saya terlalu banyak sambal yang telah saya rasa, sambal petai, sambal jering rebus, sambal buah mangga, sambal belacan dan sebagainya..
Jadi marilah berkongsi dengan saya..mengenali tiga dari pelbagai sambal yang pernah saya makan dan masih lagi saya makan...

14 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

suker bila qaisara interprem...hikhikhik =D

nuar dibesarkan dgn maggi kari kak...habislah esok lusa mudah nyanyuk...mujur dah bentikan amalan makan fastfood cenggitu...

ni kene panggil ibu tgk gbr2 sambal ni...hakhakhak...haruslah ngelat...lalalalala =D

Marzalina said...

salam kak..intan pun suka makan sambal..tapi sambal belacan jerr..sambal petai, sambal tempoyak, sambal jering dan seangkatan dengannya intan tak lalu hehehe

ain said...

alahai...sedapnya sambal petai!!! mau ptg ni buat ns lemak ngan sambal petai.hihi

IntanSham said...

kecur liur tengok gambo sambal akak tu...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

adoi!
skali lagi akak menggoda nafsu mkn jim..ishq3..

jim bukan pakar sambal..so jim xtau r..
mkn jim tau r..wakakaka..

dhan said...

akak ni.. seb baik gambo sambal jer... kalau gambo nasi panas sekali... warghhh sedapnye... nyum nyum nyum.. (tapi bleh ker ltk gambo sambil aroma wapnye kuar dr blog.. hehehehehe

ameeza77 said...

urm... sambal nenas, sambal kicap cuka ... sambal per lagi yer.. nanti recall2 dulu yer kak :))

GREENJADE said...

kak....sy dtg nk tapau sambal nih hik3 :p

vahhh ade contest rupenye...nk cube lah mane taw dpt 'adiah comel' dr akak hihihihi

**somelnye Teta..Teta mkn sambal tak?hihihi :p **

Shams Ali said...

simple entry but very touching..huhuhu

Mrs.Sheikh said...

sambal..
saya pun suka sambal...
sambal belimbing,..pehh..sambal belacan.. sambal mangga...
akak...sesungguhnya sedappnya sambal :D

shila said...

adusss... betul teka dpt mkn sambal tu pun kira best huhuhu

nak pg belek novel akak ko jumpa jawapan...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..ha.ha..yelah, kau macam tak ada benda lain nak makan,macam2 makanan ada, sedap tak sedap, malaysia, luar negara..manggi juga yang ko makan ye?

Intan..la..intan makan sambal belacan aje ke. untung2 taukeh belacan..ha.ha

Ain! Dah buat tak sambal petai?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

sayang ibu..sambal memang sedap..makan dgn ikan masin..puhhh

Jim..cuba buat kek dengan topping sambal..ha.ha.ha

dhan..10 tahun nanti, agaknya gambar siap keluar wap..manalah tahu..teknologikan..

meeza, sambil tumis ikan masin pari, sambal tumis belimbing..macam2 samballah..he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tinie..Teta makan sambal tapi tak kuat sangat, anak buah, nama dia danish.6 taun, makan spaghati pun dengan sambal tau! he.he.

Mujahidah..thanks..

Mrsheikh..akak tadi berbuka dengan sambal..sambal sardin pun sedap..tau

ha..ha..pergilah belek2 novel..manalah tau dapat jawapannya..